Pelawak dan pelakon Azlee Jaafar, atau lebih dikenali sebagai Azlee Senario kini dilaporkan berada dalam keadaan stabil dan sedang dirawat di Institut Jantung Negara (IJN).
Perkhabaran tersebut dimaklumkan sendiri oleh rakan artis yang juga merupakan aggota Senario, Yassin menerusi hantaran terkini di Instagram.
Menurut Yassin, Azlee kini berada dalam keadaan baik dan dalam pemantauan IJN.
Pelakon Redza Rosli memaklumkan dirinya tidak mempunyai niat untuk merahsiakan hubungannya bersama isteri yang juga merupakan pelakon Bella Hanna daripada pengetahuan umum.
Memetik laporan Harian Metro, Redza memaklumkan, dia lebih selesa sekiranya hubungannya itu tidak diuar-uarkan dan menjadi bualan ramai memandangkan pada ketika itu, mereka masih belum mempunyai ikatan yang sah.
“Segala persiapan majlis ini dibuat ketika saya menjalani penggambaran drama Dedaun Hijau Di Angin Lalu. Ketika itu juga kami pergi kursus kahwin.
“Saya memang tidak berkongsi kepada sesiapa atau di media sosial. Malah, sepanjang perhubungan ini pun tak pernah muat naik gambar.
“Sebabnya, saya berasakan ia tak perlu. Lagi pula, ketika itu masih dalam fasa perhubungan yang belum ada sebarang ketetapan.
“Namun, apabila semuanya sudah pasti dan ditetapkan baharulah saya berbesar hati untuk berkongsi kepada semua. Dalam Islam pun kata, pernikahan tidak boleh dijalankan secara sembunyi dan sebaiknya perlu dihebahkan,” katanya seperti yang dipetik.
Dalam pada itu, pelakon drama Wanita Syurga ini juga memaklumkan dia Bella tidak pernah meletakkan tanda di dalam perhubungan mereka ketika fasa mengenali hati budi.
“Kami sudah kenal lama sebagai kawan. Apabila hubungan itu serasi, kami cuba untuk terus bersama dan bawa ia ke fasa lebih serius. Kalau boleh memang tak nak berkawan lama-lama.
“Sepanjang perhubungan ini, kami tidak ada fasa seperti ‘declare’ sebagai pasangan kekasih. Ia berjalan secara semula jadi saja.
“Sampai satu tahap, saya terus bertanya pada Bella adakah dia serius. Selepas itu, saya terus bawa dia pergi beli cincin. Ketika itu kami saling meluahkan perasaan. Bagi saya, apa yang penting adalah sudah mengenali hati budi,” katanya lagi.
Pada masa sama, Redza juga memaklumkan dirinya akan berusaha menjalankan tanggungjawab sebagai suami sebaik mungkin.
“Perkahwinan yang dibina selepas lafaz akad nikah yang sah ini tidak sama dengan berlakon. Walaupun saya sudah banyak kali melakonkan babak kahwin, ia berbeza. Ini sebuah rasa yang lain.
“Apabila selesai akad, segalanya sudah menjadi tanggungjawab saya yang mana ia bukan tugas mudah.
“Malah, di sebalik tanggungjawab itu perlu ada keikhlasan agar kehidupan baharu yang dibina ini berlangsung dengan baik dan mendapat keredaan Allah SWT,” katanya lagi.
Terdahulu, Redza telah selamat bernikah dengan Bella dengan hanya sekali lafaz, pada jam 4.05 petang.
Pada majlis itu, Redza atau nama sebenar Ahmad Redza Rosli menyerahkan mas kahwin RM3,000 beserta lima dulang hantaran dan berbalas tujuh daripada pihak perempuan. Manakala wang hantaran dirahsiakan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Harian Metro, Instagram TV3 & Drama Sangat
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pendakwah terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid kini menunggu arahan rasmi daripada produksi program Salam Baitullah selepas difahamkan Radio Televisyen Malaysia ( RTM) membuat keputusan merehatkannya daripada bersiaran.
Pengurusnya yang dikenali sebagai Ana dipetik berkata, bagaimanapun Don Daniyal, 40, belum lagi dimaklumkan keputusan dia direhatkan itu, sebagaimana dibuat dalam hantaran di laman sosial X oleh Ketua Pengarah Jabatan Penyiaran RTM, Datuk Suhaimi Sulaiman.
“Setakat ini, kami masih belum dapat apa-apa arahan. Kami akan tunggu dulu dan kalau perlu kami keluarkan kenyataan secara rasmi.
“Pihak kami pun tak mahu melebihi RTM. Jadi, tunggu dulu jawapan pihak mereka,” katanya berkaitan situasi Don Daniyal yang direhatkan berkenaan.
Terdahulu, Don Daniyal dilaporkan direhatkan daripada bersiaran di RTM susulan isu pertikaian di media sosial berkaitan kisah hidup Nabi Muhammad SAW hingga mengundang pelbagai kritik beberapa pihak.
Difahamkan, Don Daniyal berbuat demikian ketika bersiaran di sebuah stesen radio.
Meskipun mendapat teguran beberapa tokoh agamawan, pendakwah terbabit bertegas dengan dakwaannya dan tidak membuat sebarang pembetulan.
Susulan itu, Pejabat Mufti Wilayah Persekutuan turut mengeluarkan kenyataan menjelaskan mengenai isu terbabit.
Program Salam Baitullah di RTM pula bersiaran pada musim haji bermula 2 Jun sehingga 17 Jun.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
Sumber: Harian Metro
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Riena Diana mengakui sudah menemui kebahagiaannya apabila tidak menafikan kini menjalin hubungan dapat bersama aktor Keith Foo.
Menurut Diana, mereka saling mengenali sejak mereka terbabit penggambaran drama bersiri Salju Rindu untuk siaran TV3.
“Keith seorang lelaki yang baik dan kami saling mengambil berat antara satu sama lain.
“Saya tahu mengenai statusnya (duda anak satu) dan ia bukan satu masalah untuk saya memandangkan kami sedang menguruskan perkara ini.
“Saya pun sudah berjumpa dengan anak dan keluarganya.
“Cuma kami baru saja berkenalan dan tak tahu apa yang akan berlaku pada masa mendatang.
“Saya tidak mahu terlalu memikirkan soal perhubungan ini, sebaliknya saya serahkan kepada takdir.
“Doakan yang terbaik buat kami,” katanya ketika ditemui pada Majlis Ulang Tahun Pertama Perkahwinan Janna Nick & Dini Schahatzmann di Putrajaya, pada Ahad.
Dalam pada itu, Keith berkata, Riena memiliki ciri-ciri wanita idaman yang diimpikannya dan mereka mempunyai banyak persamaan.
“Hubungan kami berputik tanpa sengaja. Kami pun tak jangka perkenalan kami akan sejauh ini.
“Cuma saya nampak keserasian kami semakin kuat sehingga kedua-duanya pun rasa macam tak percaya apa yang kami lalui ini.
“Apa yang boleh saya katakan Riena memiliki ciri-ciri wanita yang saya inginkan. Dia membuktikan saya masih ada ruang untuk jatuh cinta semula.
“Sesuatu yang saya sendiri tak sangka akan berlaku dalam hidup saya lagi, tapi ia berlaku sekarang. Doakan yang baik-baik untuk kami berdua,” katanya.
Imbas kembali, Keith pernah mendirikan rumah tangga dengan Kim Raymond pada November 2015 dan mereka dikurniakan anak perempuan bernama Skylar yang kini berusia tujuh tahun.
Namun, mereka memutuskan bercerai secara baik pada hujung 2019.
Sementara itu, Riena pula mendedahkan hubungannya dengan kekasihnya, Nik Afiq berakhir pada penghujung tahun lalu.
Untuk terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Sally Whoo mengulas mengenai sikap segelintir pihak yang gemar mengecam dan mengkritik gaya solekan orang lain di media sosial.