Program Pentas Marhaban minggu ke-5 menyaksikan kumpulan Al-Maqari’ berjaya menewaskan Qalbun Hadi seterusnya melayakkan diri mereka ke peringkat separuh akhir.

Bagaimanapun, kemenangan tersebut menerima pertikaian segelintir pihak susulan keberadaan hos yang juga anggota asal kumpulan Al-Maqari’, Tilmiz Fahmi.

Al-Maqari’ Juara Pentas Marhaban Minggu Ke-5 Tapi Hos Pula Dipertikai… Ini Respon Penerbit! Al-Maqari’ Juara Pentas Marhaban Minggu Ke-5 Tapi Hos Pula Dipertikai… Ini Respon Penerbit!

Ini kerana ada yang mendakwa situasi itu secara tidak langsung telah mewujudkan konflik kepentingan.

Menjawab mengenai perkara itu,
Penerbit Pentas Marhaban, Nurul Ain Mohamed memaklumkan Fahmi hanya bertindak selaku hos dan tidak terlibat dengan sebarang keputusan program.

Al-Maqari’ Juara Pentas Marhaban Minggu Ke-5 Tapi Hos Pula Dipertikai… Ini Respon Penerbit!

“Tilmiz Fahmi memang merupakan salah seorang anggota kumpulan Al-Maqari tapi dia memang tidak terlibat langsung dari segi pemarkahan dan pemilihan daripada awal.

“Mereka dipilih melalui ujibakat diantara pihak produksi dan penasihat tanpa penglibatan Fahmi. Dia hanya hos semata-mata dan tak bertanding.

IKLAN

“Apa-apa input pun kami tidak pernah sampaikan kepada Fahmi. Begitu juga sebaliknya. Malah, penilaian dibuat oleh pihak luar dan kami tiada kuasa,” katanya pada sidang media sejurus program, pada Sabtu.

Pada masa sama, Nurul Ain turut mengulas mengenai pertembungan di antara dua kumpulan pada minggu ke-5.

Al-Maqari’ Juara Pentas Marhaban Minggu Ke-5 Tapi Hos Pula Dipertikai… Ini Respon Penerbit!

“Pertembungan ini tidak dinafikan agak sengit, khasnya di antara qari dan qariah. Kami sudah boleh agak penerimaan para penonton.

“Penetapan kumpulan yang bertanding pada setiap minggu pula adalah berasarkan undian yang telah dibuat lebih awal.

IKLAN

“Kita tak tahu kumpulan mana akan bertemu dan di minggu ke berapa mereka akan bertanding.

“Jadi, kita lihat komen-komen di media sosial juga positif. Kedua-dua penyokong memberikan pendapat masing-masing,” ulasnya lagi.

Sementara itu, Pengurus Penjenamaan dan Kajian Penonton, Zulkarnaen Mokhtar menjelaskan pemilihan Al-Maqari’ di program ini bukan disebabkan populariti tetapi kerana mahu mengangkat seni marhaban ke peringkat lebih tinggi.

Al-Maqari’ Juara Pentas Marhaban Minggu Ke-5 Tapi Hos Pula Dipertikai… Ini Respon Penerbit! Al-Maqari’ Juara Pentas Marhaban Minggu Ke-5 Tapi Hos Pula Dipertikai… Ini Respon Penerbit!

“Ramai kata kumpulan Al-Maqari ini sudah jauh ke hadapan. Namun, sasaran TV AlHijrah, kami mahu bawa marhaban ke tahap yang lebih tinggi iaitu ke platform televisyen.

IKLAN

“Kalau, kita sekat mereka yang sudah bergiat secara aktif, penonton tidak akan tahu penanda aras seni marhaban di negara ini.

“Jadi, untuk musim pertama ini, kita tidak meletakkan sekatan. Sesiapa sahaja boleh masuk bertanding.

“Ada kumpulan lain yang dapat markah lebih tinggi daripada Al-Maqari pada minggu sebelumnya. Tak semestinya mereka berpengalaman, akan menang mudah,” katanya.

Terdahulu, Pentas Marhaban bersiaran pada setiap Sabtu pada jam 9 malam di saluran TV AlHijrah.

Program ini juga dihoskan oleh gandingan pengacara Shamsul Ghau Ghau dan Tilmiz Fahmi.

Manakala, Ustaz Zulhafis Gambus dan Ustazah Asni Mansor bertindak selaku juri tetap.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI