Pelawak dan pelakon, Pian Cecupak atau nama sebenarnya, Mohd Rafik Abdul Raman, meninggal dunia selepas ditemui terjatuh dalam bilik air di rumah ibunya di Flat Sentul Murni malam tadi.
Menurut adiknya yang dikenali sebagai Hassenah, arwah Pian ditemui oleh ibu mereka dalam keadaan tidak sedarkan diri dalam bilik air sekitar jam 8 malam.
Allahyarham meninggal dunia pada usia 52 tahun.
“Punca kematiannya belum diketahui. Sepatutnya abang ada tawaran persembahan esok, tapi kami tidak pasti lokasinya.
“Proses pengkebumian juga belum dapat dipastikan dimana buat masa ini dan hanya akan diketahui esok.
Ads
“Buat masa ini jenazahnya masih di rumah emak dan selepas ini akan ditempatkan di surau di sini,” katanya menurut laporan Harian Metro.
Terdahulu, Pian pernah dimasukkan ke Hospital Kuala Lumpur (HKL) selepas mengalami kesukaran bernafas pada Oktober 2018.
Ads
Ahli kumpulan Cecupak itu kerap berhadapan dengan masalah semput serta sering menerima rawatan doktor.
Kemudiannya, Pian mengalami serangan jantung dan diletakkan di Wad Pemulihan Jantung.
Ads
Allahyarham Pian pernah mendirikan rumah tangga dan bercerai dengan bekas isteri pada 2000.
Satu khabar gembira terutamanya buat pencinta dunia permainan apabila sebuah siri drama komedi keluarga terbaru bakal menemui penonton tidak lama lagi.
Siri komedi berjudul Take CTRL merupakan sebuah drama bergenre sains fiksyen yang menceritakan kisah sebuah keluarga menghadapi pelbagai konflik dan rintangan setelah terperangkap di dalam dunia permainan.
Menariknya, konsep dan jalan ceritanya sangat berbeza dan unik jika dibandingkan dengan siri komedi yang lain.
Take CTRL ini juga padat dengan pelbagai aksi yang menghiburkan dan sememangnya sangat sesuai ditonton seisi keluarga di rumah.
Siri komedi sebanyak enam episod ini telah dibintangi oleh pelakon hebat Shaheizy Sam, Hana Mazlan dan para pelakon pelbagai bangsa antaranya bintang Maharaja Lawak Mega (MLM) Prakash, Chi Ho, Jinnyboy dan ramai lagi.
Jadi kepada anda semua jangan lupa untuk saksikan Take CTRL pada setiap hari Sabtu, jam 9 malam di saluran TA-DAA (612), mulai 29 Januari ini.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Scha Alyahya yang bakal terlibat di dalam filem Telaga Suriram arahan Osman Ali mengakui dia mengambil inisiatif dengan mengambil kelas lakonan tambahan sebagai mempersiapkan diri mendukung watak pengawai penyiasat bernama Karmila.
Meski produksi tersebut ada menyediakan guru lakonan (acting coach) iaitu Ellie Suriaty, namun Scha,38, mahu mempersiapkan diri apabila bakal bergandingan dengan para pelakon hebat lainnya.
Selain Scha, filem berkenaan turut dilakonkan oleh Farid Kamil, Maya Karin dan Nabila Huda.
“Saya tak nafikan ia satu cabaran besar sebab para pelakonnya semua pernah menerima pengiktirafan, termasuk Osman Ali selaku pengarah. Jadi persediaannya sudah pastinya ada. Saya ambil kelas lakonan bersama Norzizi Zulkifli.
“Saya ada bertanya saranan pelakon Vanidah Imran sebelum ini dan dalam masa sama kita ada guru lakonan juga iaitu Ellie Suriaty. Harapnya ia sedikit sebanyak dalam mencantikkan keseluruhan perjalanan filem tersebut nanti InsyaAllah” katanya.
Sanggup mencari guru lakonan secara peribadi, Scha akui tahun ini dia berazam untuk lebih fokus dalam lakonan selain mahu terlibat dalam pementasan teater.
“Memang rasa perlu ada juga guru lakonan sendiri sebab bagi saya, ia sesuatu yang saya perlukan. Watak yang diterima juga tidak pernah saya mainkan. Ia ‘heavy’.
“Malah saya juga ada impian, kalau boleh tahun ini mahu cabar ini untuk berlakon teater juga. Apa lagi yang boleh saya lakukan untuk mewarnai lagi kerjaya seni saya berbanding tahun-tahun sebelum ini. Itu niat saya.
“Sekiaranya ada tawaran yang menarik selepas ini, saya rasa perlu untuk buat ekstra persiapan. Sekurang-kurangnya biarlah kualiti lakonan itu setara dengan rakan pelakon lain, nampak ‘compliment’ antara satu sama lain,” katanya lagi.
Telaga Suriram bakal memulakan penggambaran selama 45 hari bermula Januari ini dan ia adalah filem ke-17 daripada Osman Ali.
Naskhah berkenaan juga adalah filem sulung terbitan syarikat Odissi Creative Sdn. Bhd. dengan kerjasama produksi milik Osman, Nuansa Films.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Berpantang merupakan antara proses yang harus dilalui oleh para ibu sejurus sahaja mereka melahirkan cahaya mata.
Tidak kisahlah sama ada berpantang secara moden atau tradisional, tujuannya tetap sama iaitu bagi memastikan keadaan tubuh badan kembali sihat seperti sedia kala.
Bagaimanapun, menurut usahawan popular, Vivy Yusof, sepanjang melahirkan empat orang cahaya mata, dia pernah melalui proses berpantang secara secara penuh dan begitu juga sebaliknya.
Katanya lagi, selepas melahirkan cahaya mata kedua, dia lebih selesa untuk menjalani tempoh berpantang mengikut caranya sendiri.
“Day 15/365: You better pantang properly, I get told everyday. If you’re not familiar with tradition, everytime a mom gives birth, she has to observe confinement (pantang) for at least 30 days. Lots of herbal stuff, ginger drinks, strictly no ice, hot stone massage everyday, super tight corset from day to night and socks on always. And no going out.
“I’ve been known to my loved ones (and maybe even you if you’ve been following me all four pregnancies) to cheat confinement. Every delivery I tell Fadza “Ok I’m gonna do it properly this time.” He just nods even though he knows it won’t happen – I’m just so stubborn.
“First delivery to Daniel, I did confinement at my parents’ place so there was no way I could cheat. The subsequent ones I learned to do it at my own house, where my mom couldn’t watch me like a hawk,” tulisnya.
Perkara tersebut dikongsikan sendiri oleh pemilik jenama The Duck Group itu menerusi seuah hantaran yang dimuat naik di laman Instagram.
Tambahnya lagi, dia sebenarnya tidak berniat untuk bersikap culas ketika sedang berpantang, namun, ada kalanya dia berasa sedikit janggal kerana harus duduk di rumah tanpa melakukan sebarang pekerjaan.
Malah, dia juga sudah terbiasa dengan rutin hariannya yang sentiasa aktif dalam melakukan pelbagai perkara.
“It’s not that I don’t want to rest properly, of course I do! I love the rituals and I do them, but my only challenge is the sitting down and doing nothing part. Once I feel like my body has healed and even the doctor has cleared me to do normal things again, I am itching to go back to work and my normal routine.
“Then I’ll get lectured by mom and mil. “Matsalehs where got pantang2 like this, and they’re fine,” I would argue with them. #prayformymoms
“My life has always been go go go that staying home and not working for 30 or 44 days is really hard for me. I live with my CEO so hearing his online meetings make me super fomo and the problems that arise I immediately want to fix too,” ujarnya lagi.
Ibu kepada empat orang cahaya mata ini turut menambah, dia juga berasa kesian dengan suaminya, Fadza Anuar yang harus menguruskan mengenai keperluan anak-anaknya yang masih bersekolah meskipun dipenuhi dengan jadual kerja yang agak padat.
“And there’s always something – appointments, deadlines, store openings, important work opportunities that come there and then. As an entrepreneur, sure got something.
“On top of that, I have 3 other kids who need haircuts, school supplies, playdates, etc that I feel so bad to just pass to Fadza completely (when he’s super busy himself!).
“A full pantang seems impossible in this day and age, to be honest. How do you just rest and sit… without feeling guilty? Helppppp!,” akhirinya.
Terdahulu, Vivy atau nama sebenarnya Vivy Sofinas Yusof telah selamat melahirkan cahaya mata keempatnya pada tanggal 23 November 2021.
Bayi lelaki tersebut telah diberi nama Idris Ali Shah.
Sekadar informasi, Fadza dan Vivy telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada 2012 dan terlebih dahulu dikurniakan tiga orang cahaya mata iaitu Daniel Azim Shah, Mariam Iman Shah dan Sarah Ilham Shah.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Vivy Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Seorang lelaki berusia 26 tahun ditahan pihak berkuasa selepas dipercayai menjadi dalang di sebalik kebocoran filem animasi yang belum ditayangkan, The Legend of Aang: The Last Airbender yang juga karya terbaharu dalam francais popular, Avatar.