Categories: Berita Hiburan

Al-Fatihah… Pelakon Veteran Jalil Hamid Meninggal Dunia

Share

Pelakon veteran, Jalil Hamid dilaporkan meninggal dunia pada tengah hari tadi.

Berita duka itu dikongsikan oleh anaknya, Afiqah Jalil dan menurut Afiqah, arwah bapanya menghembuskan nafas terakhir di kediaman mereka.

“Selepas solat Subuh, ayah tertidur. Kemudian sekitar jam 12.30 tengah hari tadi, ibu pergi periksa ayah dan didapati ayah sudah tiada,” katanya, lapor Xtra.

Difahamkan, arwah sebelum ini mempunyai sejarah masalah jantung.

Jenazah Dikebumikan Selepas Asar

Afiqah turut memaklumkan jenazah Allahyarham dijangka akan dikebumikan selepas solat Asar di Tanah Perkuburan USJ 21.

“Kami sekeluarga mohon semua mendoakan urusan ayah dipermudahkan dan ditempatkan dalam kalangan orang beriman,” katanya lagi.

Berita mengenai pemergian Allahyarham turut dikongsikan rakan artis, Didie Alias menerusi hantaran terkininya di Instagram.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini

Published by
MH