Pelakon yang terkenal dengan watak ‘Ali Setan, Azmil Mustapha meninggal dunia dipercayai akibat sakit jantung di kediaman keluarganya di Shah Alam, tengah hari tadi.

Berita tersebut disahkan oleh anak Allahyarham, Mohd Bazli kepada BH Online.

IKLAN

“Kami akur dengan ketentuan ini. Pahit untuk ditelan tapi Allah lebih menyayangi bapa kami.

“Setakat ini, saya tidak dapat pastikan dengan tepat bila arwah bapa akan dikebumikan,” katanya.

IKLAN

Beliau menghembuskan nafas pada usia 65 tahun meninggalkan lima anak.

IKLAN

MH difahamkan bahawa kesihatan Azmil merosot sejak dua tahun lalu. Takziah MH ucapkan buat ahli keluarga Allahyarham.

sumber: BH Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI