Berat mata memandang, berat lagi bahu memikul apatah lagi setelah kehilangan bapa tersayang.

Mungkin itulah yang dirasai oleh tiga selebriti adik-beradik, Sharifah Haslinda, Sharifah Shahirah dan Sharifah Sakinah di atas pemergian bapa tersayang, Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman ataupun Sulaiman Kati.

Berita tersebut dikongsikan Shahirah menerusi laman Instagram miliknya.

Al-Fatihah, Bapa Sharifah Sakinah & Shahirah Meninggal Dunia!

“”Syed Abu Bakar Syed Abdul Rahman atau Sulaiman Kati telah selamat ke Rahmatullah pada pukul 9.15 malam, 11 Januari 2018 di Hospital Ampang di samping isteri, anak2 dan sanak saudara.

IKLAN

“Semoga roh dicucuri rahmat. AlFatihah,” tulisnya.

Tambahnya lagi, jenazah bapa mereka dikebumikan di Tanah Perkuburan Klang Gate, jam 10 pagi tadi.
“Jenazah sekarang berada di rumah saya, Taman Melawati.

IKLAN

“Besok (hari ini) akan di kebumikan, insya-ALLAH bersebelahan dengan kubur arwah Mak Esah di perkuburan Klang Gate pukul 10 pagi,” tulisnya lagi.

Dalam pada itu, Haslinda turut memuat naik gambar Allahyarham beserta kapsyen di IG miliknya.

IKLAN

“We love you Abah, Al-Fatihah,” tulisnya.

Para peminat mengucapkan salam takziah pada mereka dan ahli keluarga yang lain. Dalam kesempatan ini, MH juga ingin mengucapkan salam takziah dan semoga keluarga mereka kuat menghadapi dugaan ini.

Al-Fatihah.

sumber: IG Sharifah Shahirah & Sharifah Haslinda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI