Semalam, pengarah muzik iaitu Datuk Ramli MS ada memuat naik gambar sebagai tanda terima kasihnya kepada pereka fesyen yang telah menaja bajunya baru-baru ini.

Katanya, dia berterima kasih kepada pereka tersebut kerana telah bertungkus lumus menyiapkan suitnya itu.

“Terima kasih banyak belanja baju lagi tahun ni. Tungkus lumus kamu berdua. Nasib baik tak ketat crotch tahun ni,” tulisnya

IKLAN

Gambar tersebut telah menerima lebih 16,000 tanda suka setakat ini dan turut dihujani komen daripada netizen yang  fokus dengan penampilannya itu.

Namun apa yang melucukan, entri tersebut telah didatangi komen daripada rakan-rakan artis yang menyifatkan Tok Ram sudah pandai membuat ‘paid review’.

IKLAN

“Aku Hidup Dulu Daripada Korang,”- Puji Usaha Pereka Fesyen, Artis ‘Usik’ Tok Ram Dah Pandai Buat Paid Review

Sementara itu, rata-rata netizen turut memuji penampilan Tom Ram yang sentiasa kelihatan segak dalam apa juga majlis walaupun sudah berusia.

IKLAN

“Aku Hidup Dulu Daripada Korang,”- Puji Usaha Pereka Fesyen, Artis ‘Usik’ Tok Ram Dah Pandai Buat Paid Review

Agak-agaknya apa sebenarnya rahsia Tok Ram untuk sentiasa kekal tampan dan awet muda walaupun sudah berusia ye?

Foto: Instagram Ramli MS

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI