Pengacara dan penyampai radio, Sharifah Shahirah atau mesra disapa Sheira menzahirkan rasa kagum dengan bakat melukis yang dimiliki anak perempuannya Airra.
Ketika menjenguk bilik tidur anaknya itu, Shiera terkejut apabila melihat karya lukisan di atas permaidani yang dihasilkan Airra yang melukis figura watak dalam filem Squid Game iaitu Sae-Byeok, berdasarkan nombor ‘067’ yang tertera.
Pelakon dan penyanyi, Ayda Jebat telah mengadakan satu majlis cukur jambul buat puteri sulungnya, Ana Nayla pada Selasa.
Menerusi perkongsian di akaun Instagram, kelihatan majlis yang diadakan serba ringkas itu diraikan bersama ahli keluarga terdekat.
Dalam pada itu, Ayda atau nama sebenarnya Nur Suhada Jebat turut mengharapkan ramai agar mendoakan zuriat pertamanya itu menjadi anak solehah.
“Assalamualaikum Ana Nayla Selesai majlis cukur jambul our little wuvv @ananaylaofficial. Semoga menjadi anak yang baik dan Salam Maulidur Rasul buat semua.
“Mohon semua doakan yang baik-baik buat Ana Nayla. #AydaJebat #NabilMahir #AnaNayla #CukurJambul #SalamMaulidurRasul,” tulisnya.
Penganjur Anugerah MeleTOP Era 2021 (AME2021) menyifatkan gandingan hos tahun ini iaitu Nabil Ahmad dan Jihan Muse sebagai gandingan serasi yang bakal memeriahkan acara anugerah tahunan itu.
Malah hos tiga yang bakal diperkenal tidak lama juga dilihat sebagai antara elemen kejutan pada AME kali ini.
Menurut Naib Presiden Strategi Pembangunan Kandungan Hiburan Melayu Astro, Raqim Ahmad, Nabilyang sinonim dengan jenama MeleTOP pasti mampu memberikan kelainan saban tahun bersama hos gandingan.
“Kita tahu Nabil bersama AME sejak dahulu hinggalah sekarang malah Nabil dikira membawa MeleTOP pada satu tahap yang boleh dibanggakan. Jadi sebab itulah dia masih dikekalkan.
“Malah kita juga tahu gabungan Nabil dan Jihan juga memang serasi. Tahun lalu mereka lakukan yang terbaik dan tahun sebelumnya kita juga mengekalkan Jihan.
“Gembira melihatnya sekali lagi di AME2021. Cuma kita tunggu sahaja nanti kejutan hos ketiga,” katanya.
Sementara itu, Raqim berharap tidak ada calon awal Top 20 AME2021 yang menarik diri, sebaliknya sama-sama turut serta dengan memberikan sokongan padu.
“Kita mengharapkan calon yang disenaraikan dapat turut serta memandangkan kita tahu industri hiburan agak senyap untuk beberapa lama kerasa situasi semasa.
“Saya rasa ia penting untuk kita sama-sama mengembali, semarakkan semula industri seni. Sudah tentu kita tidak boleh paksa sesiapa untuk meneruskan saingan. Akan tetapi besar harapan kami moga semua selebriti yang menyertai dapat turut serta.
“AME juga memberikan pengiktirafan yang tinggi kepada semua warga kerja kreatif, terutamanya peserta pada tahun ini,” katanya.
Mengenai sejauh mana persediaan atau kebarangkalian sekiranya AME2021 dianjurkan tanpa penonton, pihaknya akur dengan ketetapan namun mengharapkan situasi pandemik di negara ini terkawal.
“Sudah tentu kita mengharapkan prosedur operasi standard (SOP) sedia ada ketika ini kekal, yang mana kita dibenarkan untuk melakukan acara yang ada penonton mengikut kapasiti dewan.
“Bagaimanapun, perlu akur sekiranya pada ketika itu kita tidak dibenarkan untuk mempunyai penonton.
“Tidak mustahil untuk kita terbitkannya tanpa penonton memandangkan sebelum ini ada beberapa program hiburan yang dibuat tanpa penonton.
“Cuma saya rasa dengan adanya SOP yang ketat bersama kadar vaksinasi yang semakin tinggi dalam negara kita harap ia dapat diteruskan bersama penonton,” katanya.
Format penganjuran asal AME menyerahkan kuasa penuh kepada peminat untuk mengundi pemenang bagi kesemua 16 buah kategori utama masih dikekalkan.
Untuk edisi 2021, sebanyak tiga buah kategori baharu bakal dipertandingkan iaitu Personaliti TV MeleTOP, BBNU MeleTOP dan Video MeleTOP.
Manakala dua buah kategori yang sedia ada pula digugurkan daripada senarai utama iaitu Hos MeleTOP dan Fesyen MeleTOP.
Undian fasa pertama untuk memilih calon Top 5 akan dibuka bermula 5 Oktober 2021, jam 6 petang hingga 19 November ini jam 6 perang menerusi laman rasmi www.anugerahera.com.my dan aplikasi SYOK.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Saida Tarudin pada 18 Oktober memuat naik foto bersama anak sulungnya, Nyssa Ghazali bersempena dengan ulang tahun kelahiran puterinya iti yang ke-24.
Sambil menitipkan dedikasi, kakak kepada penyanyi kesayangan ramai Dato’ Sri Siti Nurhaliza yang mencecah usia 45 tahun itu turut berdoa moga permata hati menjadi anak yang berjaya dunia akhirat.
“Selamat Ulangtahun Sayang ibu @nyssaghzli. Ibu sentiasa doa kejayaan dan kebahagian dunia dan akhirat. Ibu sangat menyayangiMu,” tulisnya ringkas.
Lalu, perkongsian tersebut turut mendapat perhatian peminat yang rata-ratanya memuji penampilan mereka berdua.
“Cantiknya anak dara dia, mewarisi kecantikan ibunya,” puji peminat lainnya.
“Happy birthday Nysa, absolutely beautiful,” reaksi yang diberikan peminat.
“Anak rupanya. Dah macam adik kakak,” antara komen yang tertera.
“Dah nak sama tinggi dengan ibu. Selamat hari lahir anak ibu. Semoga diberikan kejayaan, dirahmati dan diberkati,” doa peminat lain pula.
Saida menerusi majalah Nona sebelum ini pernah berkongsi mendoakan agar Nyssa sukses dalam bidang yang diminatinya iaitu kecantikan, fesyen dan seni kreatif.
Menurut Saida lagi, dia dan Nyssa umpama sahabat baik dan bila berkesempatan isi masa bersama, mereka senang bersembang tentang kecantikan dan juga fesyen.
Sementara Nyssa pula menyifatkan ibunya seorang yang sentiasa murah dengan senyuman dan punya jiwa yang bersih.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.