
Penyanyi rap terkenal, Altimet telah berkongsi kegembiraan di akaun Instagramnya apabila dia berjaya menyelesaikan hutang pinjaman Perbadanan Tabung Pendidikan Tinggi Nasional (PTPTN).
Menerusi Instagramya itu, dia telah memuat naik sepotong video Boomerang beserta kaspyen.
“Harini aku berjaya settlekan PTPTN aku, memang lega rasa! Nak bayar macam2 cara ada, siap ada diskaun lagi haaa..
Jom tunaikan tanggungjawab untuk yang generasi muda kita pulak ah guys!,” tulisnya.
Tambahan pula, penyanyi lagu Bunga itu telah membayar secara tunai pinjaman PTPTN berjumlah RM26,000 di cawangan PTPTN Kuala Lumpur.
Serentak dengan itu, netizen turut memuji kesungguhan Altimet atau nama sebenarnya Syed Ahmad bin Syed Abdul Rahman Al-Hadad melangsaikan pinjaman tersebut.
Altimet,40, sebelum ini mengikuti pengajian di Universiti Perubatan Antarabangsa dalam jurusan Ijazah Sarjana Muda Perubatan.
Apa-apa pun, MH ucapkan tahniah kepada Altimet dan dapat dijadikan contoh buat generasi muda.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
Setelah Kematian Suami, Jennifer Coppen Berhasrat Tunai Umrah Bersama Anak

Pelakon filem dan sinetron Indonesia, Jennifer Coppen berhasrat untuk menjalankan ibadah umrah bersama anaknya setelah kehilangan suaminya, Dali Wassink kira-kira tiga minggu lalu.
Dalam laporan media tempatan Indonesia, perkara itu dikongsikan sendiri oleh sahabat Jennifer, Ustaz Derry Sulaiman yang bertemu pelakon itu minggu lalu di Bali.
“InsyaAllah doakan sahaja Jennier dan Kamari yang mahu melakukan umrah dalam waktu terdekat, dengan kami juga. InsyaAllah,” kongsi Ustaz Derry.
Selain berkongsi tentang perkara mengenai umrah, Ustaz Derry turut berkongsi yang dia banyak menasihati Jennifer selepas pelakon filem Akad itu kehilangan suaminya.
Menurutnya, Jennifer banyak menyalahkan diri sendiri atas kematian suaminya.
BACA JUGA: Bimbang Roh Tak Tenang, Jennifer Coppen Tidak Lagi Pakai Rantai Loket Berisi Abu Mayat Arwah Suami
Perkara ini disebabkan pada malam kejadian itu, Dali mahu menjemputnya tetapi dia menolak dan mahu terus berjumpa di rumah sahaja.
Ahli agama itu meminta Jennifer Coppen untuk bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT atas segala yang berlaku dalam kehidupan dia dan keluarganya.
“Kita kena bersangka baik dengan ketentuan Allah SWT, jangan anggap begitu,” katanya.
Imbas kembali, Dali Wassink meninggal dunia pada 18 Julai lalu akibat kemalangan jalan raya sebaik pulang dari tempat kerja. Menurut saksi, dia yang menaiki motosikal jenis Kawasaki terbabas melanggar pembahagi jalan.
Jennifer dan Dali memiliki seorang cahaya mata perempuan bernama Kamari Sky Wassink yang kini bakal mencecah usia setahun pada 28 Ogos nanti.
++Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di halaman rasmi Telegram Media Hiburan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Ternampak Rumah Beliau Kosong Di Dalamnya Tanpa Ada Perabot,” – Penyanyi Izam EYE Kini Lumpuh Sebelah Badan, Azuan Mazlan Mohon Bantuan

Bekas pelakon, Azuan Mazlan berkongsi kisah vokalis kumpulan EYE, Izam ketika berkunjung ke rumahnya bagi menghulurkan sumbangan.
Jelas Azuan, penyanyi popular sekitar tahun 90-an itu amat memerlukan bantuan kewangan sementelah keadaannya kini lumpuh separuh badan.
Malah, keadaan rumahnya yang kosong tanpa sebarang perabot turut mendatangkan sebak mereka yang hadir membantu.
“Assalamualaikum wbt..
“Di waktu PKP ini ramai orang2 susah yang Allah visualkan.. Dulu hidup senang dan sekarang hidup susah itulah luahan yang sy dengar dari mereka.
“Ada yang rumah banglo pun minta bantuan makanan dari saya.. Saya faham dan saya tak nak fikir yang bukan2.. sebab tabligh tak mengajar saya untuk bersangka buruk pada orang lain. Kita tak tahu apa yg berlaku sebenarnya, maybe nampak orang tu macam have2 dengan hartanya tapi sebenarnya kat poket dia takde duit pun.
“Nak makan pun susah sekarang ni. Banyak yang Allah swt ajar saya waktu menghulurkan sumbangan supaya jaga hati, bersangka baik & jangan memilih untuk menghulurkan bantuan pada mereka diluar sana, kerana mereka semua adalah pilihan Allah swt.
“Maafkan saya, ketika sy berkunjung ke rumah penyanyi utama Kumpulan E.Y.E abang Izam, untuk menghulurkan bantuan, beliau mengajak kami masuk kerumahnya tapi kami enggan sebab kami dari luar & kami dah ramai jumpa orang takut nanti membawa virus (Naudzubillah minzalik),” tulis Azuan.
Pada masa sama, dia turut mencadangkan ramai untuk membantu memandangkan bekas penyanyitu seorang yang beramal soleh.
“Jadi kami taknak terjadi apa2 pada kesihatan berliau.. Kita jaga kita, in syaa Allah supaya tidak menyusahkan orang lain walaupun kita dtg menghulurkan bantuan. Maafkan saya, Saya ternampak rumah beliau kosong didalamnya tanpa ada perabot, kesiannya saya tengok.
“Rasa nak menangis pun Ada. Allahuakbar, sekarang ini beliau amat2 memerlukan bantuan kewangan kerana beliau lumpuh sebelah badan.
“Sesiapa yang ingin membantu saudara Islam Kita silalah hulurkan bantuan, tak mampu tolong banyak sedikit pun jadilah. Atlest kita meringankan beban beliau. Saya syorkan, bantulah beliau kerana beliau orang yang soleh.
“(Sayyidina ‘Abdullah bin Umar r.hu. meriwayatkan bahawa Nabi saw bersabda, “Sesiapa yang menunaikan hajat saudaranya maka Allah swt akan menunaikan hajatnya.” – hadith riwayat abu daud.)
“(Katakanlah kepada hamba2 Ku yang beriman hendaklah mereka mendirikan solat & menginfaqkan daripada apa2 yang Kami telah kurniakan kepada mereka, sama ada dengan merahsiakan pemberiannya itu atau dengan terang-terangan sebelum datangnya hari yang tidak ada jual beli padanya, dan tidak ada sahabat handai (yang dapat memberikan pertolongan.)” – Surah Ibrahim -ayat 31-,” kongsinya panjang lebar di laman Instagram.
View this post on InstagramA post shared by Saad bin Abi Waqas (@azuanmazlan7) on
Sekadar imbasan, EYE antara kumpulan rock terkenal pada tahun 90-an dan antara lagu popular termasuk Izinkan Selamanya Namamu Di Hati, Setelah Dirimu Ku Kenali dan Setiamu Gugur Di Mata.
Foto : Instagram Azuan Mazlan
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI
“Siapa Kahwin Tak Mahu Anak Kan?,” – Syifa Melvin

Hampir empat bulan bergelar isteri, pelakon dan usahawan, Syifa Melvin tidak terlepas ditanya mengenai cahaya mata.
Mengakui tidak membuat sebarang perancangan keluarga, sebaliknya Syifa dan suami, Safawi Rasid, 26, menyerahkan soal rezeki anak kepada Allah SWT.
“Siapa kahwin tak mahu anak kan, insyaAllah ada rezeki adalah. Doakan yang baik-baik.
“Banyak perubahan selepas berkahwin, tanggungjawab pun bertambah serta berat badan saya pun makin bertambah sebab bahagia kot,” kata Syifa kepada MH.
Syifa ditemui pada majlis pelancaran Kekasih Lebaran 2023 yang berlangsung di Glass House Klang, Selangor pada malam Khamis.
Kini berhijrah ke Ratchaburi, Bangkok menemani Safawi yang bermain untuk kelab Ratcaburi FC, Syifa atau Nur Syifa Athirah Amirol Melvin, 29, berkata di sana dia memberikan sepenuh tumpuan dan fokus terhadap tugasnya sebagai seorang isteri.
“Kehidupan di Ratchaburi okay sebab saya dengan suami sahaja. Memang seratus peratus saya beri perhatian pada dia sahaja.
“Di sana memang saya betul-betul jadi surirumah sepenuh masa.
“Tempat kami duduk tu susah nak cari makanan halal, jadi memang hari-hari saya akan memasak tapi saya okay sahaja sebab memang suka memasak,” katanya lagi.
Untuk rekod, Syifa mendirikan rumah tangga dengan Safawi pada 28 November lalu di Hotel Hilton, Petaling Jaya.
Sebalik melangsungkan perkahwinan, pasangan ini kemudiannya terbang ke Ratchaburi kerana Safawi kini bermain untuk kelab bola sepak Liga Thailand, Ratchaburi FC.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI