Merakam momen indah menerusi tabir pintu, kelihatan seorang ustazah sedang mengajar seseorang mengaji Al-Quran.
Dikongsi di Insta Story, Mizz Nina “mengintai” si suami sedang mengalunkan bacaan kalam Allah sebelum menyedari sang isteri tiba-tiba hadir dengan kamera.
Primadona, Erra Fazira baru sahaja pulang ke tanah air dari tanah suci Mekah bagi menyempurnakan fardhu haji.
Penyanyi lagu Pasrah itu berangkat ke tanah suci awal Ogos lalu.
Kepulangan Erra turut disambut rakan baik, sebagaimana yang dikongsikan juru solek terkenal, Othong Danish menerusi video pendek yang dikongsi menerusi Instagram, awal hari ini.
A post shared by OthongDanish (@iamothongdanish18) on
“Alhamdulillah syukur Ya Allah. Rara, Hajah Erra Fazira selamat sampai,” tulisnya menerusi ruangan kapsyen yang turut merakam kelibat anak tunggal Erra, Engku Aleesya serta penulis lirik, Habsah Hassan yang turut menyambut kepulangannya.
Terdahulu, Erra menerusi laporan media menjelaskan, pemergiannya ke sana adalah secara sendirian tanpa mahram dan niat untuk mengerjakan haji sudah pun tersemat dalam diri lebih lima tahun lalu.
Foto: Instagram Othong Danish
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Kisah yang cukup menyayat hati apabila hanya kerana sebatang jari seperti yang didakwa suspek, seorang lelaki kehilangan nyawa buat selamanya.
Kisah yang berlaku itu nyata mendapat perhatian ramai, termasuk golongan selebriti.
Suami kepada aktres dan hos, Fouziah Gous misalnya, Zhafran Md Yusof menerusi Instagram menukil sebuah kisah tragis yang bermula dari hanya satu kesalahan kecil.
Tulisnya, sekiranya kedua-dua teruskan pemanduan dan hanya menyimpan amarah dalam diri, tiada apa yang perlu dirisaukan.
“Terus memandu. Mungkin kita semua sudah membawa mengenai arwah Syed Muhammad Danial dan Mr Yew Wei Liang.
Kedua-duanya memandu seperti hari biasa. Allahyarham Syed mempunyai seorang isteri dan anak perempuan yang menunggu kepulangannya di rumah sewaktu dia keluar dan memandu sehari sebelum Aidiladha.
Ye Wei Liang dan isteri sedang menuju ke Seremban. Ia hanya hari biasa. Tapi nampaknya, bukan.
Satu kemalangan kecil. Ia hanya satu kejadian malang. Dan emosi menguasai keadaan. Kita tidak tahu apa sebenarnya yang berlaku.
“Tapi. Kita tahu kedua-dua kereta sepatutnya sampai ke rumah dengan selamat. Tiada kemalangan besar terjadi.
Pemandu sepatutnya terus berlalu pergi.
Tapi, tidak. And kerana itu, seorang lelaki mati. Dia meninggal dalam keadaan yang tidak sepatutnya berlaku.
Dan seorang lelaki bakal dihadapkan ke mahkamah. Seluruh negara menonton, dia kini seorang sasaran politik. Papan catur undang-undang kini dibuka.
Yew Wei Liang sepatutnya boleh terus memandu. Nikmati makan malam dan tidur di atas katil empuk.
“Namun. Dia kini di dalam penjara. Dia penyebab kematian seorang lelaki.Kenapa?
Kerana lelaki itu mengangkat jari tengah terhadapnya dan membuatkannya marah?Itu kata Yew Wei Liang. Dan terdapat video bertebaran mengatakan hal ini. Satu jari.
Itu yang diperlukan. Dan kini hidup berubah selamanya. Seorang anak hilang bapa.
Isteri hilang suami. Suami dan isteri kini di dalam penjara.
Mungkin ada anak-anak yang kini sedang merindui ibu bapa yang sedang dipenjarakan. Semuanya…kerana satu jari,” kongsi Zhaf panjang lebar.
Pada masa sama, dia turut memberi pesan kepada semua agar menyerahkan kesulitan yang berlaku di jalan raya kepada pihal berkuasa.
“Sahabat. Tolong. Pandu ke mana sahaja. Teruskan memandu. Pandu ke pejabat. Ke rumah. Apa-apa pun, teruskan memandu. Jangan biarkan sesiapa halang anda di jalan raya.
Biarkan mereka. Jika mereka mengejar, cari balai polis berdekatan. Pandu ke sana.
Jangan berhenti. Ia tidak akan berakhir dengan baik. Untuk semua. Tidak akan berlaku,” kongsinya.
Terdahulu pemandu kereta Axia, Syed Muhammad Danial Syed Syakir, 29, meninggal dunia di Hospital Nilai ketika mendapatkan rawatan selepas dia terlibat dengan perselisihan faham dengan seorang lelaki dalam kemalangan di Lebuhraya Utara-Selatan.
Foto : Instagram Zhaf Yusof
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas berkongsi ciri-ciri hubungan toksik di Instagram, hos dan pelakon Sarah Hildebrand ada menyatakan 9 cara bagaimana untuk meneruskan kehidupan tanpa si dia.
Ulasnya apa yang penting ialah, seseorang itu harus kuatkan hati dan nekad dengan keputusan yang dibuat.
“Bagaimana untuk beralih arah?
1. Jujur dengan diri sendiri Benarkan diri untuk benci pasangan yang melayan kita sesuka hati. Menangis. Percayalah, anda akan menangis dengan banyak. Jangan salahkan diri. Anda telah lalui banyak kesakitan dan sudah terlalu penat.
2. Sediakan diri untuk melalui waktu peralihan Anda mungkin tidak akan lalu makan atau tidur. Anda perlu berehat dan bersedia untuk melalui fasa ini. Jalaninya dengan tenang.
3. Jika sudah membuat keputusan untuk beralih arah, tekad. Berhenti hubungi si dia. Putuskan segala hubungan. Jangan biarkan dia hubungi anda. Sekat dia daripada kehidupan jika perlu.
4. Jangan hiraukan perasaan dia. Fikir sudah berapa lama anda abaikan perasaan sendiri. Jika kita asyik fikirkan perasaan dia, dia akan mula ragu-ragu. Jika anda risaukan seseorang yang asyik sakiti hati, berhenti dan beritahu diri bahawa anda layak dapat yang lebih baik. Percayakan Allah untuk bawa anda ke realiti yang lebih bagus. Mungkin kita akan merana namun ia berbaloi.
5. Jangan gantikan dia dengan seseorang Ada yang katakan cara terbaik untuk lupakan seseorang adalah cari pasangan baru. Tapi ini bukan caranya jika anda sedang pulih daripada hubungan toksik. Malangnya anda sedang rapuh dan peluang untuk tertarik dengan individu toksik yang lain sangat tinggi. Jangan hiraukan orang lain. Belajar sayangi diri sendiri dahulu.
6. Terima hakikat masa sudah terbazir dan hubungan itu palsu. Sedarlah, walau apa yang dia katakan, hubungan ini adalah palsu. Jika tidak anda tidak perlu lalui semua ini.
7. Detoks Diri Buang semua foto, mesej dan memori si dia. Buang nombor telefon dan emel. Buang segala benda yang mengingatkan kita kepada si dia. Dia tidak memberi kita kebahagiaan, jadi bersihkan segalanya daripada hidup.
8. Berada dengan individu yang menyokong Luangkan masa dengan individu yang mahukan yang terbaik untuk kita. Kasih sayang dan semangat yang diberikan akan meningkatkan keyakinan.
9. Berhenti tanya kenapa Semua berlaku punya sebab tersendiri. Teruskan bersyukur dan percaya aturan Allah.
Pelakon dan penyanyi MK K-Clique mendedahkan anaknya yang baru berusia dua tahun sudah mampu menghafal beberapa lagunya, termasuk ‘Pulang’ dan ‘Risiko’.