Selepas kerap mengalami demam serta gejala batuk dan selesema, pelakon, Elfira Loy memaklumkan dirinya telah membawa anaknya, Muhamad Rayyan Khalaf untuk mendapatkan rawatan di hospital.
Selepas menjalani beberapa pemeriksaan, Elfira memberitahu, pihak doktor mengesahkan anaknya itu telah mengalami jangkitan kuman di bahagian paru-paru atau pneumonia.
Bagaimanapun, pihak doktor memaklumkan simptom yang dialami oleh anaknya itu hanyalah merupakan penyakit bermusim yang keram kali menyerang kanak-kanak ketika ini.
“Hari yang mommy nanti-nantikan, akhirnya terjawab after looooong on-off sick period. Today, mommy tergerak bawak jelah jumpa Dr walaupun macam selesema dan batuk je.
“So, we went to Andorra buat rtk , test clear baru buat xray. The result came in, with infections at both lungs.
“Ada phlegm pulak, Dr kata memang musim kids kena pneumonia. Ward pun tengah penuh. So, since Rayyan tak demam, boleh balik monitor kat rumah je lepas dua kali Neb dekat emergency ward tadi. Hopefully akan terus sihatlah,” tulisnya.
Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh pelakon drama, Di Sebalik Kasyaf itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.
Ads
Dalam pada itu, Elfira turut menjelaskan, sebelum ini, dia sudah pun terlebih dahulu membawa anaknya itu ke klinik, namum, pihak doktor di klinik tersebut dikatakan tidak dapat mengenal pasti mengenai punca sebenar penyakit anaknya itu.
Lantaran itu, Elfira turut menyeru kepada para ibu untuk membawa anak-anak mereka berjumpa dengan beberapa doktor berbeza bagi mendapatkan khidmat nasihat.
“P/s: ni bukan first time kita pegi check up. Dah pegi hospital and clinic pun baru -baru ni. Nasib baik Dr kat sini nak buat x-ray. So we found out lung infections.
“Kalau tak, memang macam flu dan cough je. Mommy memang ada trust issues lah dengan hospital dan clinic mana nak pegi.
Ads
“So mommies , if you dont feel good about your babies , just keep trying and go to different places. Semoga cepat sembuh baby mommy,” kongsinya lagi.
Meninjau di ruangan komen, rata-rata netizen dan rakan selebriti turut menzahirkan duka selian turut mendoakan semoga Rayyan dapat kembali sembuh.
“Get well soon Handsomeboyyy Rayyan.
“Allah sayang. Semoga sembuh Rayyan dear.
“Semoga Rayyan cepat sembuh. Aamiin Ya Mujib.
Ads
“Ya Allah El, semoga dipermudahkan dan cepat sembuh handsome boy,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.
Sekadar informasi, Elfira dan suaminya, Faris Khairol Anuar telah pun mendirikan rumah tangga mereka pada tanggal 1 Januari 2019.
Hasil perkongsian hidup tersebut, pasangan ini telah pun terlebih dahulu dikurniakan cahaya mata sulung yang bernama Muhammad Rayyan Khalaf pada Oktober 2019.
Elfira juga kini sedang menghitung hari bagi menantikan detik kelahiran cahaya mata keduanya.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber: Instagram Elfira Loy
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Instafamous, Atierah Zulfatie atau lebih dikenali sebagai Beby Tora telah membuat kejutan buat suaminya, Apit Johari bersempena ulang tahun kelahirannya semalam.
Momen indah itu dikongsikan Beby Tora menerusi Instagramnya.
“I love u so much husband ! Harap awak suka dngn surprise ni ..kita tak sweet mcm orang lain tapi saya cuba
“Moga awak pnjang umur dan jadi suami yang soleh 💕syang syurga saya ni,” tulisnya.
Berlatarbelakangkan tema lagu Perfect yang diiringi biola, nyanyian Ed Sheren, Beby Tora memakai maskot beruang (teddy bear) dan membawa sebiji kek, lalu diberikan kepada suaminya itu.
Beby Tora kemudiannya membuka maskot tersebut , lalu Apit terkejut dengan kejutan yang diberikan isterinya itu.
Menerusi ruangan komen, netizen turut gembira melihat kemesraan pasangan ini.
Untuk rekod, pasangan ini diijabkabulkan pada 1 Mac lalu.
“Saya belum hamil, saja buat sebab suami belikan ujian kehamilam,” itu kata penyanyi, Kaka Azraff apabila menjelaskan mengenai sepotong video yang yang dimuat naik suaminya, Adam Azraff menerusi Insta Stories, minggu lalu.
Video yang dimuat naik itu menimbulkan spekulasi netizen memandangkan usia perkahwinan mereka belum cecah sebulan.
“Memang sengaja saya minta isteri buat sebab dia asyik mengadu sakit perut,” jelas suaminya.
Kaka bagaimanana pun seloroh mengakui dia sengaja ‘speku’ diri mengandung kerana tidak mahu melakukan kerja rumah.
“Biasalah, kami bergurau. Lazimnya sekarang kalau suami minta itu ini, saya akan cakap padanya ‘sayang i tak larat, i lan pregnant.
“Jadi bila dah banyak kali saya mengadu hal sama, lalu suami pun belikan kit ujian kehamilan dan saya secara spontan lakukan ujian, ia negatif.
“Saja gurau-gurau,” katanya kepada MH.
Ditanya mengenai soal zuriat, pasangan ini tidak merancang, sebaliknya menyerahkan soal anak kepadaNya.
“Kaka memang sukakan kanak-kanak, jadi saya terima saja kalau dapat zuriat cepat,” jelas Adam pula.
Terdahulu, pasangan ini ditemui pada majlis pengenalan visual produk Airish Cosmetics dan sambutan ulang tahun ke-35 pengasasnya, Datin Jann.
Majlis turut diserikan dengan kehadiran beberapa orang tetamu VIP antaranya Yang Berbahagia Profesor Emeritus Tan Sri Dato’ Sri Ir. Dr. Sahol Hamid bin Abu Bakar di Hotel Royal Chulan, Kuala Lumpur.
Selain Kaka, turut sama membuat persembahan ialah Datuk Hattan dan UNIC.
Foto: Instagram Kaka Azraff
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!