Rapper Gary mendedahkan dia seboleh-bolehnya tidak mahu memberikan ‘spotlight’ pada anak dan isterinya berikutan tidak mahu mereka dikecam ramai.

Katanya semasa satu interview bersama media Korea Selatan, Sport Chosun, keluarga isterinya banyak terluka akibat diserang dengan komen-komen negatif netizen.

Akhirnya Gary Buka Mulut Mengapa Rahsiakan Tentang Anak, Isteri & Tinggalkan Running Man

IKLAN

“Saya tidak kisah kalau komen-komen jahat itu ditujukan pada saya tetapi bila melihat kecaman pada isteri, saya sampai tak boleh tidur malam memikirkan tentang perkara itu.

“Kami kini bahagia menjalani kehidupan rumah tangga dan menjaga anak kami, sama seperti pasangan lain.

“Mengenai isu kahwin, saya memang tidak mahu adakan resepsi. Perkara yang sama saya sering jelaskan pada rakan-rakan Running Man lain. Pada saya, perkahwinan itu berkaitan dua orang individu.

“Bila adakan resepsi, ia dah jadi macam ‘oh, kena tukar-tukar hadiah, buat fotoshoot kahwin dan sebagainya. Mujurlah isteri saya berfikiran sama, oleh itu kami sah jadi suami isteri setelah mendaftarkan perkahwinan kami.

“Gambar perkahwinan kami hanyalah sebuah foto yang diambil secara ‘selfie’ mengunakan ‘selfie stick’ semasa bulan madu kami, hehehe,” katanya.

Kasihan juga MH baca kenyataan Gary ini, sebagai seorang ketua keluarga tentu dia rasa bersalah sebab dia ahli keluarganya yang lain dikecam peminat.

Dalam pada itu, Gary turut menjelaskan sebab sebenar dia meninggalkan Running Man.

IKLAN

Akhirnya Gary Buka Mulut Mengapa Rahsiakan Tentang Anak, Isteri & Tinggalkan Running Man

IKLAN

“Memang saya nak fokus pada muzik saya tetapi jauh di sudut hati, saya merasakan bahawa saya tidak dapat memberikan yang terbaik pada program itu. Saya tidak mahu sebab sayam program itu terus jatuh.

“Ketika saya suarakan isi hati saya, rakan-rakan memberikan sokongan tapi memanglah mereka ‘keluarga’ namun saya tetap merasakan dah tiada apa yang saya boleh berikan pada rancangan itu lagi.

“Lagipun, tengoklah dengan kehadiran dua orang ahli baru, mereka semakin baik dan saya seronok melihatnya.

“Tidak pernah terlintas dihati saya rasa menyesal meninggalkan rancangan itu kerana perasaan ‘saya tidak melakukan yang terbaik’ masih ada dalam hati, jadi rasa bersalah itu masih ada,” jelasnya lagi.

Tidak dinafikan rancangan Running Man semakin kelakar sekarang tapi MH kadang-kadang rindu nak tengok gelagat Gary yang bendul itu. Harap-harap bila dah surut perasaan bersalah itu, Gary boleh jadi ‘guest’ dalam program itu bersama dengan Song Joong Ki.

sumber: Allkpop

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI