Selepas sedih atas kematian ratusan Ikan Kelah yang dibelanya beberapa hari lalu, usahawan sensasi Datuk Seri Aliff Syukri akhirnya siang ikan berkenaan untuk digoreng sebagai hidangan.

Perkara tersebut dikongsikan penyanyi Abang Nak Tegur ini menerusi IG TV yang terkini.

Sempat bertanya sama ada pengikut pernah merasa makan ikan semahal itu, gelagat usahawan terbabit yang sedang menggoreng ikan sambil disaksikan anak angkatnya, Aminah cukup menghiburkan.

“Akhirnya abang pasrah, hati abang sakit ramai yang menghina abang dan kejam terhadap ikan abang.

IKLAN

“Abang tak sanggup makan ikan ini, dah bela hampir dua tahun orang cakap ikan ni harga dia beribu ribu ringgit tapi abang terpaksa.

“Sekarang ini abang ada simpan untuk sesiapa yang nak merasa kesedapan ikan abang boleh dm abang harga seekor rm500- RM 1000 sahaja. Ada minat nak rasa dm abg ok,” tulisnya.

IKLAN

Terdahulu, ketika insiden tersebut berlaku, dia turut mendedahkan alami kerugian lebih RM300,000 lantas menarik perhatian pengasas produk kosmetik Qu Puteh, Datuk Seri Vida untuk berkongsi tips penjagaan ikan kelah di kolam rumahnya sendiri.

Kata Vida, ada beberapa perkara yang perlu dititikberatkan dalam usaha untuk menjaga dan menternak ikan air tawar itu.

IKLAN

Aliff bagaimanapun memberitahu apa yang berlaku adalah berpunca dari sebab lain, bukan kerana kualiti air, menempatkan kawanan ikan yang terlalu banyak dalam sesebuah kolam dan sebagainya.

Malah Aliff turut merakam video kolam ikannya secara langsung sebagai bukti menerusi IG TV.

Foto: Instagram Aliff Syukri

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI