Menjawab isu penyebaran nombor palsu melalui akaun Twitter, Aliff menegaskan akaun tersebut memang akaun official miliknya tetapi telah digodam oleh individu yang tidak bertanggungjawab.

‘Akaun Twitter Digodam Untuk Jatuhkan Saya’ – Aliff Aziz

IKLAN

“Isu ini memang ingin saya tekankan. Saya tiada beri apa-apa kenyataan di sosial media. Akaun tersebut telah digodam. Saya sendiri terkejut melihat nombor entah sesiapa yang ditulis.

“Saya telah menerima pelbagai mesej di DM berbaur ancaman meminta saya untuk buang tweet tersebut. Mereka kata saya sudah buat hal, lepas itu nak buat hal pulak letak nombor orang lain.

“Saya tidak balas sebarang mesej kerana ingin jelaskan hari ini. Saya meminta bantuan daripada beberapa pihak untuk dapatkan semula akaun saya,” jelasnya menjawab isu tentang penyebaran nombor telefon palsu tersebut.

‘Akaun Twitter Digodam Untuk Jatuhkan Saya’ – Aliff Aziz

IKLAN

Malah, Aliff juga memberitahu gaya penulisan yang dipakai oleh individu tersebut tidak sama dengan caranya terutamanya dalam penggunaan shortform.

IKLAN

“Akaun tersebut telah digodam untuk main peranan menjatuhkan saya.

“Ingin saya jelaskan di sini, akaun Instagram memang saya yang jaga. Tentang Twitter pula, sejak tukar telefon saya memang dah tak pakai. Memang dah terlalu lama, lagi pula saya sudah lupa apa password saya. Tiba-tiba sahaja saya nampak ada posting seperti ini. Memang saya terkilan,” jawabnya lagi.

Aliff juga meminta hentikan penyebaran sebarang maklumat palsu pada orang ramai dan memohon agar netizen memahami situasinya yang sudah lama tidak aktif di akaun twitter.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI