“Alhamdulillah, persiapan berjalan dengan lancar.” Itu perkongsian daripada pelakon popular, Mira Filzah selepas ditanya mengenai perkembangan persiapan majlis perkahwinannya yang bakal berlangsung tidak lama lagi.

Meski tidak memberikan perkongsian secara terperinci mengenai majlis raja sehari yang akan dijalankan, bintang ini tetap terbuka berkongsi menjelang hari istimewanya itu.

“Insya-Allah kami akan mengadakan beberapa majlis resepsi. Bagaimanapun, saya ingin beritahu awal-awal kepada semua, atas kekangan semasa yang tidak menentu, jadi kami hanya menjemput sekitar 200 hingga 250 sahaja bagi setiap majlis.

“Kami pun tidak mahu mengambil risiko meski sejujurnya ramai yang ingin kami jemput. Terpaksa dipecah-pecahkan senarai tetamu untuk beberapa majlis yang akan berlangsung nanti,” katanya kepada MH.

Ditanya mengenai gaun perkahwinan serta tajaan perkahwinan, pelakon Sweet Dreams itu lebih selesa menguruskannya sendiri.

Apatah lagi, ia merupakan suatu fasa bermakna buat dirinya dan bakal suami.

IKLAN

“Soal persiapan tidak boleh saya kongsikan secara terperinci, cuma insya-Allah saya akan menggayakan persalinan rekaan Rizman Ruzaini dan Fizi Woo.

“Saya juga memilih untuk menguruskan sendiri soal perkahwinan. Apa yang boleh saya cakap setakat ini, kira-kira 90 peratus menggunakan pembiayaan sendiri.

“Momen indah ini insya-Allah akan berlaku sekali dalam hidup. Kalau boleh saya mahu ia berjalan sebagaimana yang saya impi dan rancangkan.

IKLAN

“Bagaimanapun, saya bersyukur dan berterima kasih kerana ada pihak yang sudi bertanya mengenai soal tajaan majlis perkahwinan kami.

“Cuma rasanya setakat ini, saya rasa lebih puas andai diri sendiri yang memilih dan menentukan,” akuinya jujur.

Mira terdahulu ditemui pada majlis rakaman program realiti, Ratu Hijabista di Kuala Pilah, Negeri Sembilan pada Jumaat.

IKLAN

Sementara itu, Mira turut mengulas berhubung isu ‘cultural appropriation’ seperti yang didakwa.

Jelasnya, dia tidak berniat menimbulkan sebarang isu menerusi penampilannya yang menyarung pakaian tradisional pengantin wanita masyarakat India, Lehenga.

Tampil membuat permohohan maaf andai ada pihak yang kurang senang, hal tersebut juga tanpa sengaja mencetuskan perdebatan dalam kalangan netizen.

Ikuti penjelasan Mira mengenai perkara tersebut di sini;

https://www.instagram.com/tv/CELjXgIJrCZ/?igshid=1q821yx7ayfow

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI