
AJL40
Selepas empat dekad menjadi platform yang mengangkat karya terbaik tanah air, Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) terus melakar evolusi menerusi sambutan ulang tahun yang lebih gah dan berprestij.
Menerusi acara AJL40: Pandangan Pertama (The First Look), TV3 mengumumkan pelbagai inisiatif serta pengisian istimewa sempena edisi ulang tahun ke-40, termasuk mengiktiraf Faizal Tahir dan Hael Husaini atas sumbangan besar mereka dalam mencorakkan landskap muzik Malaysia.
Memasuki usia empat dekad, AJL40 tampil dengan tema Meraikan 4 Dekad: Evolusi dan Masa Depan Muzik Malaysia serta mesej Love Your Legacy, Elevate Your Future,’.
Ia mencerminkan komitmen program berprestij itu dalam meraikan evolusi karya muzik tempatan, di samping membuka ruang kepada generasi baharu untuk membentuk masa depan industri.
Sejak diperkenalkan, AJL berkembang daripada sebuah pertandingan nyanyian kepada produksi muzik berskala besar yang menjadi penanda aras persembahan di Malaysia.
Lebih daripada sekadar pertandingan, AJL menjadi platform yang meraikan kreativiti komposer, penulis lirik dan penyanyi, selain memperkukuh ekosistem industri dengan menyatukan pelbagai generasi penggiat muzik.
Antara pengumuman utama pada AJL40: Pandangan Pertama (The First Look) ialah pengiktirafan Anugerah Ikon AJL40, yang menyaksikan Faizal Tahir dan Hael Husaini diumumkan sebagai penerima atas sumbangan serta impak besar mereka terhadap perkembangan muzik Malaysia.
Bersempena ulang tahun penganjurannya yang ke-40, AJL40 juga membawa kembali Anugerah Ikon AJL40 sebagai pengiktirafan istimewa bagi menghargai pengkarya yang menyumbang kepada industri muzik Malaysia menerusi penciptaan karya, pembangunan bakat serta pembinaan ekosistem muzik tempatan.
Faizal Tahir diiktiraf atas peranannya sebagai penyanyi, komposer, penulis lirik, penerbit muzik dan mentor yang banyak membimbing serta melahirkan generasi baharu penggiat muzik.
Sementara Hael Husaini pula menerima pengiktirafan hasil kejayaannya sebagai penyanyi, komposer dan penulis lirik yang konsisten menghasilkan karya berimpak tinggi, bukan sahaja untuk dirinya sendiri, malah buat pelbagai artis tempatan.
Komposer dan penerbit Aubrey Suwito pula dipilih menggalas tanggungjawab sebagai Pengarah Muzik AJL40.
Turut diumumkan ialah gandingan hos, Naz Rahman dan Sissy Imann, manakala Fizi Ali bersama Fiza Frizzy pula akan mengendalikan liputan karpet merah dan belakang pentas.
Baca Artikel Lain;
Dalam pada itu, sambutannya turut diperkaya menerusi penganjuran sulung Muzik Lab, yang berlangsung pada 11 Julai lalu yang menghimpunkan sesi perkongsian bersama penggiat industri, persembahan artis, sesi meet & greet.
Turut dijayakan ialah
Meet & Greet Yang Ke-40, siri jelajah yang menemukan para finalis dengan peminat di cawangan McDonald’s terpilih bermula 12 Julai sebelum melabuhkan tirainya di Kuala Lumpur pada 1 Ogos ini.Dalam pada itu, jualan tiket AJL40 yang dibuka sejak 26 Jun lalu dan terus menerima sambutan memberangsangkan.
Saksikan malam kemuncak Anugerah Juara Lagu Ke-40 (AJL40) yang akan disiarkan secara langsung dari Unifi Arena, Bukit Jalil pada 15 Ogos 2026 (Sabtu), jam 9.00 malam menerusi TV3 dan Tonton.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.