Meski menampilkan persembahan yang memukau, penyanyi, Ernie Zakri nasib tidak menyebelahi apabila terpaksa pulang dengan tangan kosong selepas tidak memenangi sebarang trofi di Anugerah Juara Lagu ke-37, pada Ahad

Susunan serta kualiti vokal yang mantap yang ditunjukkan sewaktu membawakan lagu Korban nyata belum cukup untuk memenangi hati para juri bagi menobatkan dirinya selaku pemenang untuk kategori Vokal Terbaik.

Anugerah Vokal Terbaik diungguli Aina Abdul yang turut diumumkan sebagai juara utama AJL37.

Hasil tinjauan MH di laman media sosial, rata-rata peminat memberikan kata-kata semangat selain turut berharap agar Ernie terus menghasilkan karya-karya yang hebat pada masa akan datang.

“Masih tak boleh move on dari persembahan lagu Korban #AJL37 semalam. Vocal arrangment kemas, flawless dan nampak effortless. Emosi dalam lagu pun sampai. Modulation lepas bridge tu pun on point. Tapi, tu la tak ada rezeki semalam. Its okay, Ernie Zakri tetap menang di hati aku.

“To Ernie Zakri, you did your best though. Mungkin tahun ni belum sampai rezeki you but please don’t give up and make more lagu2 yang berkualiti untuk kami yg meminati your voice. Your performance is my favorite for tonight. Hugs.

IKLAN

“The dress, the voice. Spectacular! Keep making music.

“Kalah menang itu rezeki. No one can deny you did great last night. One competition doesn’t define you as an artist. Semoga menjadi pembakar semangat untuk berkarya lebih hebat di masa akan datang.

“Terkorbam dari mendapat anugerah. Takpe Kak Ninie you always the best la. Tak menang award tapi menang di hati kami okay,” antara komen-komen netizen.

IKLAN

AJL37: “Menang Di Hati Kami,” – Pulang Tangan Kosong, Peminat Tiup Kata Semangat Buat Ernie Zakri AJL37: “Menang Di Hati Kami,” – Pulang Tangan Kosong, Peminat Tiup Kata Semangat Buat Ernie Zakri AJL37: “Menang Di Hati Kami,” – Pulang Tangan Kosong, Peminat Tiup Kata Semangat Buat Ernie Zakri

Pada acara yang berlangsung di Axiata Arena, Bukit Jalil itu, Aina menerusi lagu Terus hidup telah dinobatkan selaku Juara AJL37 dan Anugerah Vokal Terbaik sekaligus membawa pulang hadiah terkumpul berjumlah RM112,000 beserta trofi.

Tempat kedua pula telah dimenangi Joe Flozzow dan Sonaone yang mencipta kejutan menerusi lagu Satu Malam Di Temasek yang membolehkan mereka membawakan pulang hadiah wang tunai RM50,000 dan trofi

IKLAN

Sementara itu, tempat ketiga yang menawarkan hadiah sebanyak RM30,000 beserta trofi telah dimenangi oleh Alif & The Locos menerusi lagu Yang Terindah.

Dalam pada itu, penyanyi Shiha Zikir menerima Anugerah Persembahan Terbaik menerusi lagu Irama manakala Khai Bahar pula diumumkan sebagai Penyanyi Pilihan Alha Alfa.

Kedua-kedua penyanyi ini meraih hadiah wang tunai masing-masing berjumlah RM12,000 dan trofi.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

https://youtu.be/8ttp5ExNbn0

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI