Imbas kembali memori bersama suami tercinta, pelakon Betty Rahmad berkongsi cerita saat perkenalan dengan kekasihnya, Ardy Damis (yang kini sudah bergelar suami). 

Perkara itu dikongsikan adik kepada Erma Fatima bersempena dengan ulang tahun perkahwinannya yang kedua tahun menerusi video yang dirakamnya.

Kami sudah saling mengenali termasuk kahwin sudah lapan tahun. Zaman bercinta dulu, kami kenal atas kawan iaitu, Nora Danish dan Nedim Nazri (Ned).

“Ketika itu, Nora bisik pada saya bahawa dia (Ardy) adalah jodoh saya, tetapi saya sukar untuk menerima teman lelaki ketika itu sebab saya dah lama single.

Pada awalnya, kami sama-sama ke konsert Alicia Keys, kemudian saya ke rumah Nora dan nampak dia, ketika itu saya tak ada perasaan terhadap dia lagi.

“Beberapa hari kemudian, saya, Nora dan kira-kira 20 orang kawan pergi bercuti di Phuket, Thailand dan itu adalah pertama kali kami berborak. Setibanya di Kuala Lumpur, kami pun saling berjumpa,” kongsinya.

Bak kata orang, cinta tanpa pergaduhan itu tidak lengkap dalam sesebuah perhubungan.

IKLAN

Begitu juga yang dialami pasangan ini apabila mereka mulai bergaduh sehingga hampir putus asa.

Sampai satu tahap, kami gaduh dan saya rasa putus asa. Kemudian, saya buat solat istikarah dan saya berdoa.

“Ajaibnya, selepas berdoa, saya seolah-olah terfikir dan terbayang pasal dia sahaja. Kemudian saya mesej, nak jumpa dan minta maaf sebab bergaduh dulu, saya juga seorang yang degil, keras kepala dan ego.

“Kemudian, dia maafkan saya dan kami berbaik. Beberapa minggu kemudian, dia melamar saya dan jumpa keluarga, Kami langsungkan pertunangan,  berkahwin dan sehingga hari ini kami ada anak, Ady Wira,” akhirnya.

IKLAN

 

Sehingga kini, video tersebut telah ditonton hampir 100,000 tontonan. 

Terdahulu, Betty dan Ardy Damis berkahwin pada 4 Februari 2018 dan dikurniakan seorang anak, Ardy Wira yang kini berusia satu tahun. 

IKLAN

 

Foto : Instagram Betty Rahmad

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI