Penyanyi senior, Zur Eda reda dengan ujian yang menimpa dirinya selepas memaklumkan rumahnya telah dinaiki air ekoran hujan lebat yang melanda beberapa kawasan di negeri Selangor, baru-baru ini.

Menurut pemilik nama lengkap Zuraidah Mokhtar ini, hujan lebat menyebab paras air meningkat dengan sangat laju sehingga dia dikatakan tidak sempat untuk menyelamatkan beberapa barangan berharga.

 

View this post on Instagram

 

A post shared by Zur Eda (@zuredamokhtarofficial)

“ALLAH UJI ALLAH SAYANG. Simpan sini untuk kenangan Feb 2022. Rumah dilanda banjir.

“Air masuk terlalu laju sampai tak sempat nak angkat barang-barang berharga. Tapi masih bersyukur kami anak beranak cucu cucu semua selamat,” tulisnya.

“Air Laju, Tak Sempat Nak Angkat Barang Berharga,” – Rumah Banjir & Air Naik Hingga Paras Betis, Zur Eda Reda Ujian Allah “Air Laju, Tak Sempat Nak Angkat Barang Berharga,” – Rumah Banjir & Air Naik Hingga Paras Betis, Zur Eda Reda Ujian Allah

Perkhabaran tersebut dikongsikan sendiri oleh penyanyi lagu, Pelitaku itu menerusi hantaran terkini yang dimuat naik di laman Instagram.

Menerusi entri yang sama, Zur Eda turut berkongsi beberapa foto memaparkan keadaan rumahnya yang terletak di Sungai Buloh dinaiki air sehingga ke paras betis.

IKLAN

“Air Laju, Tak Sempat Nak Angkat Barang Berharga,” – Rumah Banjir & Air Naik Hingga Paras Betis, Zur Eda Reda Ujian Allah

Bagaimanapun, penyanyi yang popular pada era 80-an ini tetap menzahirkan rasa syukur kerana tiada perkara yang tidak diingini berlaku terhadap seluruh ahli keluarganya.

Katanya lagi, dia juga amat berterima kasih kepada semua pihak yang mengambil berat mengenai musibah yang melanda dirinya itu.

“Terima kasih kawan-kawan yang call dan whatsapp tak henti-henti bertanya khabar dan juga yang mendoakan buat saya dan keluarga.

IKLAN

“InshaAllah, Allah gantikan dengan rezeki yang lebih baik amin,” kongsinya lagi.

Melihat di ruangan komen, rata-rata netizen turut menzahirkan rasa simpati selain turut memberikan kata-kata semangat buat Zur Eda.

“Semoga dipermudahkan segalanya kak. Moga kakak dan family sihat semuanya.

“Keep strong mama. InsyaAllah Allah nak bagi yang terbaik buat mama sekeluarga.

IKLAN

“Allahu, semoga kakak terus tabah.

“Ada hikmah besar yang disimpan. Sabar dan reda. Semoga Allah permudahkan semuanya,” antara komen-komen netizen di laman Instagram.

“Air Laju, Tak Sempat Nak Angkat Barang Berharga,” – Rumah Banjir & Air Naik Hingga Paras Betis, Zur Eda Reda Ujian Allah

Terdahulu, selain aktif menyanyi, Zur Eda juga kini dilihat sibuk mengusahakan bisnes makanan yang diberi nama Zur Eda Kitchen.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

Sumber: Instagram Zur Eda

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI