Terpilih untuk mara ke peringkat seterusnya ketika menghadiri uji bakat Dewi Remaja 2019 pada Sabtu dan Ahad lalu, Instafamous Aina Shuada bersyukur atas pemilihannya.
Meski belum pun dipilih sebagai finalis, namun keupayaannya untuk mara ke peringkat seterusnya dianggap sebagai tuah.
Difahamkan juga, Aina merupakan teman wanita kepada pemain bola sepak kebangsaan, Syazwan Andik dan keduanya sering memuat naik gambar bersama.
Penyanyi Sufian Suhaimi memaklumkan bahawa dia kinimengambil seorang anak angkat, Faeq Razeeq.
Kongsi penyanyi lagu Di Matamu ini, umur dan kerjaya bukanlah penghalang baginya untuk berbuat demikian.
“SUFIAN AMBIL ANAK ANGKAT
“Bismillahirrahmanirrahim. Saya rasa tajuk diatas dah cukup untuk menyampaikan cerita apa yang ingin dikongsi.
“Pertama sekali, saya bersyukur dengan nikmat hidup ini.
“Allah cukup pemurah dalam melimpahkan rezeki kepada saya, begitu juga kepada yang lain.
“Usia 27 tahun bagi saya bukanlah terlalu muda untuk memikul tanggungjawab.
“Selain ibu ayah, keluarga, saya memerlukan tujuan untuk bekerja lebih kuat.
“Banyak masa saya gunakan untuk mencari perasaan apa yang kurang selama ini.
“Of course, I’ve been spending a lot of time talking to Allah. Semua saya ceritakan. Ada juga rakan-rakan yang menjadi pendengar setia saya.
“Tapi bila jumpa kawan yang dah ada anak ni, rasa tu lain, rasa penuh. Theres something special about babies.
“When they’re around, i feel complete. Mungkin belum masanya untuk tamatkan zaman bujang, tapi i can feel this is the perfect time to have one anak angkat, itu juga satu rezeki.
“Welcome to my life, Faeq. Ayah Yan sayang @babyfaeq tau,” tulis Sufian.
Pelakon popular, Remy Ishak teruja apabila bertemu dan swafoto bersama idolanya, Datuk Jamal Abdillah baru-baru ini.
Malah, bintang filem Sangkar itu juga tidak menyangka bahawa penyanyi yang popular dengan lagu Kekasih Awal Dan Akhir terlebih dulu menegurnya.
“Idola sepanjang zaman! terserempak dengan Dato’ Jamal Abdillah waktu nak ke interview & promosi @dendam_pontianak di MHI @tv3malaysia & @koolfmmy pagi tadi.
“Terharu sungguh saya bila idola ni jerit panggil nama saya dari jauh! “REMY…!!! SANGKAR!!”- laung beliau dari jauh! perghhh!!
“Terima kasih Dato’ sebab noticed saya dalam dunia seni ni.
“Saya memang membesar dgn lagu2 nyanyian Dato’ sejak kecil, suara saya pun sebijik macam Dato’ kalau saya menyanyi, agak2 boleh tak kita berduet satu hari nanti Dato,” tulis Remy.
Penyanyi muda yang kini muncul menerusi single terbaru berjudul Kembali, Isma Sane mengakui agak berdebar dalam menantikan reaksi peminat terhadap lagu berkenaan, apatah lagi apabila single sulungnya, Derita memberi impak positif.
Bagaimanapun kata Isma kepada MH, dia percaya kepada rezeki dan apa sahaja respon yang diterima dari peminat adalah suatu kritikan terbaik dalam perkembangan seninya
“Memang takut apabila bercakap mengenai harapan untuk lagu baru memandangkan Derita sudah berada di tempat yang baik di hati peminat. Apa pun saya percaya rezeki.
“Kalau kembali dapat ikut rentak Derita saya boleh cakap ‘Alhamdulillah’. Kalau sebaliknya pun, saya syukur dengan apa adanya.
“Kembali adalah kesinambungan bagi single Derita dan menerusi Kembali, ia secara dasarnya menceritakan mengenai si isteri yang ingin kembali ke pangkuan suami.
“Jujurnya selepas Derita, saya mulai tulis lirik untuk lagu tersebut,” kata penyanyi berusia 21 tahun itu panjang lebar.
Mengikuti pengajian di Politeknik Sultan Idris Shah dalam jurusan Kejuruteraan Elektronik, Isma juga turut merancang untuk memberi lebih tumpuan dalam kerjaya nyanyian.
“Saya baru sahaja tamat belajar. Bagaimanapun setakat ini fokus saya kepada bidang nyanyian terlebih dulu.
“Cuma ada terfikir untuk sambung belajar dan sekarang saya sedang tunggu waktu untuk graduasi Mac depan,” jelas Isma yang menyifatkan ibunya dalam sumber inspirasi terbesar di dalam apa sahaja perkara yang dilakukan.
“Saya memang punya hubungan rapat dengan Mak. Apa sahaja saya kongsi bersamanya. Saya hanya ada dia, bapa telah pun meninggal lebih 10 tahun lalu ketika saya berusia 10 tahun.
“Saya anak bongsu dari sembilan beradik dan dari kecil tidak pernah terpisah dengan Mak. Susah senang memang bersama.
“Cuma ketika ini saya sudah tinggal berasingan dengannya sejak beberapa bulan lalu demi kerjaya bersama kakak dan abang. Mujur ada ketikanya, Mak ada melawat kami, jadi kerinduan itu terubat.
“Bila jadi artis, saya tidak menafikan kehidupan mulai berubah. Meski tidak banyak, namun sekurang-kurangnya saya sudah mampu untuk bantu keluarga juga,” jelasnya optimis.
Dalam perkembangan lain, muzik video Kembali yang telah pun dilancarkan menerusi YouTube sejak 30 Ogos lalu sudah pun ditonton hampir 400,000 kali.
Bernaung di bawah label Begood Music, single sulung Isma mencipta sukses, dengan mendapat tontonan lebih 20 juta kali di platform sama.
Isma terdahulu ditemui media pada majlis pelancaran muzik video single terbarunya itu di Pak John Steamboat, IOI City Mall, Putrajaya baru-baru ini.
Foto: Instagram Isma Sane
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Siti Nordiana mengakui agak berat hati untuk melepaskan anak tunggalnya, Muhammad Rayyan Nakhaie yang bakal menyambung pengajian di sebuah institut pengajian tinggi swasta serta menetap di asrama.