Dinobatkan selaku Bintang Paling Popular ke-36, penyanyi Aina Abdul menyifatkan kemenangan ini sebagai hasil pengorbanan dan usaha kerasnya sepanjang 10 tahun bergelar anak seni.
Menurut Aina, kemenangan ini juga tidak akan mampu dicapai tanpa sokongan luar biasa yang ditunjukkan oleh keluarga dan para peminat.
“Saya tidak menjangkakan langsung kemenangan ini. Perjalan ini tidak mudah. Segala yang berlaku ini 100% kerana peminat-peminat saya.
“Untuk genggam anugerah ini memerlukan banyak pengorbanan terutama dari segi masa dan tenaga. 10 tahun dalam industri ini tidak sia-sia.
“Jadi, saya nak dedikasikan kemenangan ini kepada ibu, abang dan peminat yang mengundi berjuta-juta.
“Tiada wang ringgit yang mampu membayar jasa mereka. Diharapkan karya-karya saya selepas ini akan terus membuatkan mereka gembira,” katanya kepada MH.
Ads
Penyanyi lagu Imagi itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media ABP36 yang berlangsung di Dewan Auditorium MBSA, malam tadi.
Bukan setakat itu, penyanyi berusia 31 tahun ini juga turut dinobatkan selaku pemenang kategori Penyanyi Wanita Popular buat dua tahun berturut-turut.
Bagaimanapun, Aina menganggap kemenangan ini bukanlah tiket untuk meninggi diri sebaliknya ia hadir dengan tanggungjawab.
“Kemenangan dua anugerah ini merupakan satu peringatan buat saya untuk terus bekerja keras. Saya sebenarnya takut.
Ads
“Ini bermakna saya perlu lebih banyak membuktikan kemampuan saya dalam industri ini.
“Dalam hidup ini, kejayaan juga boleh jadi satu dugaan. Namun, saya tetap bersyukur dengan kemenangan ini.
“Ada banyak hari saya akan berasa ‘down’. Oleh itu, anugerah-anugerah ini akan menjadi simbol kekuatan buat saya,” ujarnya lagi.
Dalam pada itu, Aina turut merakamkan ucapan penghargaan buat ibunya yang selama ini telah menjadi tulang belakang menyokong kerjayanya sebagai anak seni.
Ads
“Mungkin ini bukan kerjaya yang diidamkan ibu saya. Namun, selepas pemergian abah, mak saya yang menggalas tanggungjawab itu. Beliau sokong saya 100 peratus. Dia yang inginkan kejayaan ini.
“Sejak 2009 sehingga sekarang, benar kata orang, doa ibu tiada hijab. Ia terbukti malam ini. Ibu saya mungkin belum tahu keputusan malam ini.
“Dia selalunya akan rakam program ini dan tonton bersama saya,” akhirinya.
Terdahulu, Aina memperoleh undian tertinggi sebanyak 882,662 sekali gus dinobatkan selaku selebriti paling popular tahun ini.
Kemenangan tersebut membolehlam Aina membawa pulang hadiah utama berupa sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) mewah dan trofi.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Memiliki tubuh badan yang cantik dan jelita merupakan sebuah impian setiap wanita.
Pelakon, Ruhainies atau nama sebenarnya Nur Ruhainies Farehah Zainul Ilyas misalnya ada memaklumkan berita gembira bersama peminatnya di akaun Instagram miliknya.
Kongsi pelakon berusia 27 tahun itu, dia telah berjaya menurunkan berata badan sebanyak 2kg dalam masa seminggu.
“Swimming is the best cardio. I’ve lost 2kgs in a week! Korang suka buat activiti apa during free time? Cycling ? Hiking?,” tulisnya.
Pengacara, Ahmad Fedtri Yahya kini boleh menarik nafas lega apabila anak keduanya, Ahmad Wildan Arjuna selamat menjalani pembedahan pembuangan gigi rosak sebentar tadi.
Kongsinya, kanak-kanak berusia lima tahun itu mudah mengalami gusi berdarah dan bengkak.
Difahamkan, sebanyak lapan batang gigi Arjuna terpaksa dibuang akibat terlalu hitam yang boleh mengakibatkan jangkitan.
Penyanyi Datuk Awie, Datuk Hattan dan Hazama antara selebriti yang dilantik sebagai Duta Anti-Scam Jabatan Siasatan Jenayah Komersil (JSJK) Polis Diraja Malaysia (PDRM) dalam sebuah majlis yang berlangsung di Maktab Polis Diraja Malaysia, Cheras, Kuala Lumpur pada Selasa.
Tiga selebriti popular itu turut dianugerahkan sijil pelantikan yang disampaikan oleh Ketua Polis Negara, Tan Sri Acryl Sani Abdullah Sani.
Selain Awie, Hattan dan Hazama beberapa selebriti tempatan lain turut dilantik menggalas tugas serupa seperti Aedy Ashraf, Sara Ali, Diana Danielle, Pablo Amirul dan Khai Bahar.
Mengulas mengenai pelantikan itu, Awie atau nama sebenar Ahmad Azhar Othman, 54, berkata dia berbangga dipilih sebagai salah seorang duta bagi memberi kesedaran kepada orang ramai mengenai bahaya jenayah scam yang semakin berleluasa kebelakangan ini.
“Sejak kebelakangan ini kes-kes melibatkan jenayah scam semakin menjadi-jadi dan sebagai selebriti kami akan gunakan pengaruh yang ada untuk beri kesedaran kepada orang ramai.
“Kami berharap kempen ini akan dapat membuka mata orang ramai agar tidak mudah terpedaya dengan scammers yang tidak bertanggungjawab ini,” kata Awie.
Sementara itu, penyanyi Hazama pula berkongsi cerita ibunya pernah hampir menjadi mangsa scam.
Bagaimanapun, dia bersyukur ibunya bukan seorang yang mudah terpedaya dengan sindiket berkenaan.
“Ibu saya pernah hampir nak jadi mangsa tapi nasib baik dia cepat-cepat letak telefon bila dah rasa lain macam.
“Jadi, dengan lantikan ini saya akan terus menyebarkan mengenai jenayah scam agar tidak mudah tertipu lebih-lebih dalam kalangan warga tua,” kata Hazama.
Selain selebriti, beberapa atlet badminton juga turut dilantik seperti Datuk Wira Lee Chong Wei, Lee Zii Jia serta pemain beregu, Aaron Chia dan Soh Wooi Yik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara, jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Dunia fesyen Indonesia kehilangan sosok penting apabila pereka fesyen terkenal, Hengki Kawilarang menghembuskan nafas terakhir pada pagi Jumaat akibat komplikasi kesihatan yang dihadapinya sejak...