Untuk rekod, Ain telah mendirikan rumah tangga bersama Mohd Nor Ab Mutalib, 33 pada 1 Februari yang lalu.
Ain, sebelum merupakan anggota kumpulan Awok dan menyertai program komedi terbitan Astro, Skool of Lawak pada 2014 serta Projek Komedi Warna setahun selepas itu. Tahniah!
Foto : Instagram Ain Sufia
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pemenang tempat kedua Big Stage 2019, Neeta Manishaa terharu serta menerima dengan hati terbuka keputusan malam final program realiti berkeaan yang telah bersiaran secara langsung dari Auditorium Majlis Bandaraya Shah Alam, pada Ahad.
Akur dengan berbezaan markah dari segi undian peminat, bintang berusia 26 tahun ini bagaimanapun turut memuji persembahan serta kredibiliti sang juaranya, Han-Byul.
Neeta berkata demikian kepada MH sejurus sidang media usai malam kemuncak.
“Apabila tinggal nama saya dan Han-Byul sahaja yang belum diumumkan, saya sudah tidak kisah mendapat kedudukan mana sekalipun. Ini kerana, saya pernah menduduki tempat kedua dari segi undian peminat sehinggalah pada tahap sekarang, sudah rasa sangat bersyukur.
“Sekurang-kurangnya saya mendapat tempat kedua cuma yang paling penting, saya puas dengan dua persembahan yang sudah dijayakan. Apa sahaja keputusannya selepas itu, saya berserah,” katanya optimis.
Ditanya apa reaksi apabila para juri profesional sepakat memberikannya markah paling tinggi berbanding empat saingan lainnya, Neeta mengakui bukan perkara mudah untuk menjadi peserta paling awal membuat persembahan.
“Saya antara yang membuat persembahan terawal dan saya memang fobia bila berdepan situasi sedemikian. Kiranya peserta pertama yang membuat persembahan kena setkan satu standard tersendiri.
“Jadi dengan pemarkahan dari pihak juri profesional, kiranya saya sudah set standard sendiri. Malah, ketika sesi raptai pun, masing-masing memberikan persembahan yang baik dan ‘power’.
“Lebih baik untuk saya fikirkan mengenai persembahan yang kedua pula. Sejurus selesai pusingan pertama, saya ke bawah dan tak tonton persembahan lainnya untuk fokus pada diri sendiri,” kata Neeta yang turut berbangga atas kemenangan peserta Korea Selatan itu.
Atas kemenangan yang diraih, Neeta membawa pulang wang tunai berjumlah RM50,000 serta sebuah trofi.
Lebih bermakna, Neeta turut dinobatkan sebagai VIVO BBNU Of The Week untuk minggu ketujuh Big Stage 2019 buat kali yang ketiga.
“Saya berharap peminat bangga dengan pencapaian saya sebab ada juga yang anggap saya seperti ‘wakil Malaysia’ di Big Stage.
“Meski saya tak berjaya rangkul gelaran juara, tetapi saya tetap berharap agar ada sesuatu yang boleh dibanggakan.
“Pada masa sama, saya berharap agar apa yang telah saya berikan sepaniang minggu itu mampu gembirakan hati semua,” terang Neeta jujur.
Dalam saingan akhir, Neeta mengumpul markah sebanyak 60.90 peratus dari pihak juri sementara Han-Byul di kedudukan kedua dengan 60.67 peratus.
Bagaimanapun, undian online yang melibatkan 30 peratus markah secara keseluruhan berpihak kepada Han-Byul sekaligus bergelar juara musim kedua.
Sementara itu, Adzrin mendapat tempat ketiga sementara Irfan Haris dan Dinda Permata masing-masing diumumkan sebagai pemenang keempat dan kelima.
Final Big Stage 2019 yang dipancarkan menerusi Astro Ria dan Ria HD, menyaksikan Misha Omar sebagai juri jemputan sementara Datuk Seri Siti Nurhaliza san Cakea Khan berada di posisi juri tetap.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Aktres Rita Rudaini mengakui dia tidak rasa marah atas apa yang telah ditulis lelaki yang mempersoalkan taraf anak-anaknya, cuma rasa terkejut kerana individu yang berbuat demikian adalah seorang yang matang.
Malah, difahamkan lelaki berkenaan juga sudah pun berkeluarga dan mempunyai dua orang anak.
“Saya tak ada marah, cuma saya terkejut. Kalau yang komen itu budak sekolah, saya boleh fikir mungkin yang menulis itu tidak matang dan tak pernah ada pengalaman jadi seorang ibu.
“Akan tetapi apabila saya tengok Instagramnya, saya difahamkan dia seorang bapa kepada dua orang anak dan suami, saya terkejutlah.
“Saya cakap pada dia, awak pun ada isteri, dia pun seorang ibu yang sah taraf macam saya. Awak pun ada ibu, kenapa awak tergamak cakap pada saya sampai macam tu sekali? Kalau awak boleh hina saya nampaknya awak tidak menghormati isteri dan ibu awak,” jelas Rita.
Pada masa sama, bintang Mami Jarum ini juga tidak menyifatkan dirinya sempurna tetapi apa yang mahu ditekankannya ialah bercakap menggunakan akal dan menggunakan media sosial secara berhemah.
“Apa yang saya mahu ialah buat permohonan maaf secara terbuka dan itulah yang dilakukannya sebentar tadi. Saya terima… Saya tidaklah cakap saya baik macam malaikat atau apa.
“Saya sudah cakap pada dia…oh tindakan bodoh saya. Saya bagitahu balik padanya, saya tak cakap saya pandai.
“Tapi kita bercakap guna akal. Kalau ada akhlak kita mesti tahu bagaimana nak bercakap dengan orang lain,” katanya lagi.
Ditanya sama ada bintang ini bertanya apakah punca individu tersebut menulis komen sedemikian dengan mempersoalkan taraf anak-anaknya, ini kata Rita;
“Dia kata, dia tak tahu macam mana boleh cakap macam tu. Saya pula cakap disebabkan komen awak, ia dah berlarutan di media sosial. Jadi impak yang besar adalah kepada anak-anak saya.
“Sampai pergi sekolah cikgu tanya, dah dapat tangkap ke orang tu. Anak saya pun tanya kenapa Mummy, dapat tangkap siapa? Benda macam tu bagaimana saya nak jelaskan?,” katanya panjang lebar.
Terdahulu, Rita membuat laporan polis terhadap pemilik akaun yang didakwa mempersoal status taraf kedua-dua anak lelakinya di Instagram (IG).
Rita terpaksa mengambil tindakan kerana komen berkenaan bersifat keterlaluan serta menjatuhkan maruahnya sebagai ibu dan wanita yang pernah mendirikan rumah tangga dan memberi tempoh selama 14 hari untuk individu itu tampil bertemu serta membuat permohonan maaf secara terbuka.
Lalu dua lelaki, Ahmad Najib Mat Arif dan Hafiiz Ahmad Mustaffa hadir ke perkarangan Balai Polis Mutiara Damansara kira-kira pukul 8.30 malam semalam untuk bersemuka seterusnya membuat permohonan maaf.
Meski permohonan maaf sudah diterima, pihak Rita masih mempertimbangkan sama ada ingin meneruskan saman malu atau sebaliknya.
Ikuti temu bual penuhnya di sini;
#MHLive Akhirnya individu yang memberi komen mempersoal taraf anak-anak pelakon, Rita Rudaini tampil membuat permohonan maaf
Posted by MEDIA HIBURAN on Wednesday, October 30, 2019
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Menyifatkan Ironman Langkawi 2019 sebagai aktiviti paling ‘gila’ yang pernah dilakukan seumur hidup, penyanyi dan hos, Alif Satar menerusi Instagram menyatakan rekod 15 jam 5 minit dan 49 saat adalah satu detik menakjubkan dalam hidupnya.
Bintang berkenaan berjaya tamatkan cabaran dengan catatan masa berkenaan.
“What an amazing feeling.. can’t wait to share my story to you guys soon. Terima kasih semua yang datang support, bagi semangat sepanjang Pantai Cenang.
"I’m sorry kalau your sorakan tak terbalas, was in a really bad shape mentally. Alhamdulillah made it through..probably the craziest thing i’ve ever done. 3.8km swim…180km cycling.. and a 42km run.. all in 15 hours 5 minutes and 49 seconds.
"p/s Tony Stark is not Ironman… i am #IronmanLangkawi2019,” kongsinya.
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on Oct 26, 2019 at 5:50pm PDT
Pada masa sama, Aliff turut mendedahkan dia juga disengat obor-obor sewaktu acara renang dan ragu-ragu sama ada perlu mendapatkan rawatan medikal atau tidak.
“Coming out from swim after 3.8km swim.. masa ni tengah pikir “should i go to the medic?” sebab leher rasa macam pedih terbakar kena love bite jelly fish kat leher, but carried on.
"The perfect swim, tapi banyak juga drama time ni.. nanti aleep cerita kat youtube. p/s 3.8 km swim in 1 hour 16 minutes,” tulisnya lagi.
A post shared by Alif Satar (@alifsatar) on Oct 28, 2019 at 6:16pm PDT
Jelas penyanyi I Want You To Love Me ini, bahang matahari yang cukup ekstrem menyukarkan perlumbaan saat berbasikal, namun dia berjaya menamatkan saingan dalam jangka masa tujuh jam dan 1 minit untuk 180 kilometer.
“2nd discipline, the longgg ride..180km total elevation of 2000m. Masa ni panas terik dia EXTREME.. banyak juga drama yang berlaku time ni, nanti wa cerita kat vlog. p/s 180km in 7 hours and 1 minute,” jelas Alif.
Pelawak Jep Sepahtu mencuri perhatian apabila menitipkan nukilan istimewa menerusi ruangan Direct Message (DM) Instagram buat pemain bola sepak kegemarannya, Cristiano Ronaldo yang bakal mengetuai cabaran Portugal di kejohanan Piala Dunia FIFA 2026.