Beberapa hari lalu, pelawak Ali Puteh ada menitipkan luahan hati menerusi salah satu entri yang merakamkan foto permata hatinya, Sharifah Nur Ainul Mardhiah di Instagram.
Ali atau nama sebenarnya, Syed Ali Mubarak Syed Mohd Ridzuan, dilihat meninggalkan pesanan anaknya yang sinonim dipanggil Ainul itu agar terus kuat deminya dan si ibu.
“Berat mata memandang berat lagi bahu memikul. Untuk anak walid dan ibu sharifah nur ainul mardhiah, Walid tau kamu kuat.
Ads
“Soal duit walid usahakan..biar lah susah dan perit..ibu dan walid akan sentiasa bersama kamu..yg penting kamu kuat dan walid nak kamu terus kuat untuk ibu dan walid,” tulisnya.
Lalu, perkongsian menyentuh perasaan itu disusuli dengan pelbagai komen peminat yang rata-ratanya mendoakan agar si comel berkenaan segera sembuh.
Ads
Malah isterinya, Melati Fitri Abdullah turut berkongsi foto serta keadaan terkini anaknya itu, pada Khamis.
Untuk rekod, Ainul mengalami masalah masalah injap jantung terbalik dan jantung berlubang dan difahamkan sedang menantikan giliran untuk menjalani pembedahan di Institut Jantung Negara (IJN).
Foto: Instagram Ali Puteh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Jujur mengakui tidak punya kepakaran yang hebat dalam memasak, Ayda Jebat secara seloroh menjelaskan itu bukan masalah besar andai dia bergelar isteri kelak.
Malah katanya, bakal suami perlu memahami kekurangan si isteri dan sama-sama perbaiki demi keharmonian rumah tangga.
Ayda turut memberi pendapat, memasak bukanlah asas utama kebahagiaan dalam sesebuah rumah tangga, sebaliknya banyak hal lain yang perlu diambil kira.
“Saya mengakui saya tidaklah terlalu handal dalam memasak. Akan tetapi, jika punya luang masa, tugas saya lebih kepada menghias rumah.
“Lazimnya, tugas memasak diserahkan kepada ibu dan adik beradik lainnya,” terangnya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi Temberang ini turut membayangkan situasi di dapur adalah tugas bersama suami isteri.
“Jika saya berkahwin satu hari nanti, tugas memasak rasanya akan bergantung dan terserah kepada siapa pasangan saya.
“Saya tidak rasakan soal memasak itu adalah kriteria utama untuk jadi isteri, ia lebih kepada perbincangan dan saling bantu-membantu.
“Apapun, bila sudah bersedia ke arah itu, pastinya saya akan sanggup untuk lebih belajar soal tugas di dapur,” katanya optimis.
Terdahulu, Ayda ditemui pada majlis pelancaran produk terbaru Tefal di Sogo Kuala Lumpur, pada Khamis.
Dalam perkembangan lain, selebriti popular ini turut mengakui sedang berkawan rapat dengan Nabil Mahar.
Bagaimanapun, dia tidak mahu menjelaskan secara terperinci kerana ia masih awal untuk dikongsi.
“Dia seorang lelaki yang baik. Saya memang sedang berkawan dengannya dan masih dalam proses mengenali,” ulasnya jujur.
Sementara itu, Ayda hadir pada majlis berkenaan sebagai tetamu khas masakan bagi peralatan memasak terbaru Tefal.
Inovasi Thermo-Signal dilengkapi ciri khas titik merah yang dipertingkatkan serta diilhamkan daripada reka bentuk jam pasir untuk menunjukkan masa.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pelakon Wan Sharmila atau nama sebenarnya Wan Sharmila Wan Mohamed menjelaskan, dia sudah lama menyimpan hasrat menutup aurat dan nekad melakukan perubahan itu bersempena dengan ulang tahun kelahirannya ke-38 pada 12 Oktober lalu.
Memetik mStar, bintangi ini sebenarnya agak ‘takut’ untuk berkata ‘ya’ andai ada yang bertanya mengenai penampilan terkininya itu.
“Sebenarnya kalau ada sesiapa yang tanya tentang berhijab, saya takut nak cakap ‘ya’ tu. Selalunya saya akan minta mereka doakan sahaja… tapi apa yang saya sedang buat sekarang ni adalah saya cuba untuk ke arah itu.
“Apa yang peminat lihat di Instagram itu sebenarnya ya, saya dah mula pakai tudung sejak tiga hari lalu. Tapi sepanjang tempoh itu saya tak post gambar walaupun tengah bercuti di Osaka ketika ini sebab sangat takut malah tiada siapa pun yang tahu mengenainya. Tiga hari saya ‘peram’ gambar dan tak post.
“Saya rasa sedih dan terharu sebab niat saya untuk berhijab ini sebenarnya sudah lama tapi nak mulakan itu memang takut. Jadi masa saya betul-betul nekad nak buat tu, saya lakukan ia masa hari jadi saya,” katanya seperti yang dipetik.
Pada masa sama, Wan Sharmila turut mengakui penampilannya yang mengenakan hijab menerusi beberapa buah drama yang dilakonkan sebelum ini adalah permintaan peribadi dia sendiri selain memilih persalinan bersesuaian.
“Saya mula pakai masa saya dekat Osaka kerana saya fikir mungkin masa balik ke Malaysia nanti saya tak rasa kekok. Tak dinafikan kalau kawan video call sekarang ni pun saya jadi segan… rasa sangat lain.
“Dalam lakonan-lakonan sebelum ini yang saya pakai tudung pun saya yang minta sebab saya suka dan sebenarnya nak belajar… sekarang ini juga pun saya dah mula memilih pakaian yang bersesuaian,” jelas Wan Sharmila.
Sementara itu, pelakon ini tidak rasa takut andai tawaran lakonan berkurangan memandangkan dirinya percaya rezeki pasti akan lebih luas selepas ini.
“Pada pendapat saya, pakai tudung sebenarnya job lebih luas tetapi dugaan akan lebih banyak… Ini bukan perkara main-main, saya buat kerana ia tanggungjawab, bukan kerana fesyen.
“Saya juga nak ucapkan terima kasih buat mereka yang DM, mesej dan doakan saya… malah ada kawan-kawan rapat yang menangis, mereka buat saya betul-betul terharu.
“Cuma saya harap tiada siapa yang judge mengenai penampilan saya selepas ini. Takut pula ada yang cakap tudung tak cukup labuh atau apa… saya cuma harapkan sokongan mereka,” pinta Wan Sharmila.
Terdahulu beberapa entri foto dan video yang dikongsikannya menerusi Instagram yang menutup aurat mendapat perhatian dan para peminat turut mendoakan agar pelakon ini terus istiqamah.
Sumber/Foto: mStar/Instagram Wan Sharmila
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi terkenal, Adele mencuri perhatian pencinta muzik seluruh dunia apabila dia dilihat tampil kurus ketika menghadiri sambutan ulang tahun rakan baik, rapper Drake yang ke-33 tahun, baru-baru ini.
Elegan mengenakan persalinan gaun dedah bahu rona hitam, figura terkini penyanyi Hello itu nyata ‘memancing’ mata ramai.
Malah, wargamaya turut sama berkongsi foto terkini penyanyi berkenaan.
Pada masa sama, Adele turut berkongsi sekeping foto di majlis sama menerusi Instagram miliknya, beberapa hari lalu.
“I used to cry but now I sweat, Happy birthday to one of the kindest and funniest people I’ve met @champagnepapi,” tulisnya.
Adele turut meletakkan tanda palang #GingerMcKenna, iaitu nama watak lakonan Sharon Stone menerusi dilem Casino yang ditayangkan pada tahun 1995.
Adele berpisah Adele dan Simon berkahwin secara senyap-senyap pada tahun 2016 dan mengumumkan perpisahan mereka April lalu secara baik serta berjanji untuk komited membesarkan anak mereka secara bersama.
Foto: Cnn
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas sukses mencipta fenomena menerusi musim pertama, drama komedi bersiri, Jutawan Ekspres kembali dengan musim kedua yang dijangka tampil lebih menghiburkan menerusi jalan cerita lebih segar, konflik yang semakin ‘pecah’ serta pelbagai kejutan untuk tontonan seisi keluarga.