
Malam kemuncak Anugerah Industri Muzik ke-25 (AIM25) menyaksikan penyanyi Mimifly mencipta kejayaan besar apabila berjaya merangkul lima kategori pada acara yang berlangsung di Borneo Convention Centre Kuching (BCCK), malam Sabtu.
Lagu Temberang, Serumpun dan Nara nyata membawa tuah buat Mimifly apabila masing-masing membantu penyanyi itu meraih lima trofi menerusi kategori Video Muzik Terbaik, Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik, Lagu Perayaan Terbaik, Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu dan Lagu Dengan Hasil Tertinggi Di TikTok.
Sementara itu, Biduanita Negara, Datuk Seri Siti Nurhaliza turut cemerlang apabila meraih empat trofi menerusi kategori Vokal Wanita Terbaik, Lagu Tradisional Terbaik dan Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa.
Lagu Pesanan Buat Diri menerusi album Gema Bumantara ciptaan Aubrey Suwito dan Datuk Habsah Hassan pula dinobatkan sebagai Lagu Terbaik AIM25.
Baca Artikel Lain;
Dalam masa sama, penyanyi dan komposer terkenal, Aisha Retno turut mencipta sejarah tersendiri di dalam kerjaya seninya apabila album [RE.HAB] dinobatkan sebagai Album Terbaik dan Rakaman Album Terbaik.
Kejayaan memenangi kategori Album Terbaik, ia melayakkan Aisha membawa pulang Dana Kandungan Digital (DKK) bernilai RM200,000 oleh Kementerian Komunikasi melalui MyCreative Ventures.
Malah, Aisha turut memenangi sebuah lagi trofi dalam kategori Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik menerusi lagu O.R.B.I.T.
Sementara itu, penyanyi asal Sabah, Arddley Nicholas mencipta kejutan apabila dinobatkan sebagai pemenang trofi Vokal Lelaki Terbaik menerusi lagu Sandiwara Cinta.
Turut menjadi sorotan di dalam edisi AIM kali ini apabila Alpha turut berjaya membawa pulang dua trofi menerusi kategori Artis Baru Terbaik dan Lagu Pop Terbaik.
AIM25 turut menganugerahkan Anugerah Sri Wirama kepada Ratu Rock Tanah Air, Ella atas sumbangan serta dedikasinya dalam mewarnai dan memperkasa industri muzik tanah air sepanjang lebih empat dekad.
AIM25 dikendalikan pasangan hos popular, Awal Ashaari dan Scha Alyahya manakala barisan penghibur terdiri daripada nama besar termasuk Siti Nurhaliza, Hujan, Estrange, Mimi Fly, Hael Husaini, Anggrek dan ramai lagi.
Berikut adalah senarai penuh pemenang AIM25:
Artis Baharu Terbaik
* Alpha (Mona Lisa Bang Bang)
Vokal Lelaki Terbaik
* Arddley Nicholas (Sandiwara Cinta)
Vokal Wanita Terbaik
* Datuk Seri Siti Nurhaliza (Kesuma)
Vokal Kumpulan Terbaik
* Inteam (Satukan Syurga)
Kumpulan (Band) Terbaik
* Sekumpulan Orang Gila (SOG) & Amir Masdi (Mahkota)
Vokal Duo/Kolaborasi Terbaik
* Hael Husaini & Nadeera (Peluk)
Video Muzik Terbaik
* Temberang (Mimifly/ Hafiz Rashid)
Lagu Tema Terbaik Dalam Filem/Drama
* Hazama: Aku Bukan Narsisis (Dia Bukan Syurga)
Lagu Rock Terbaik
* Bila Sampai Waktu (Faizal Tahir & Mimpi)
Lagu Pop Terbaik
* P Ramlee Saloma (Alpha)
Lagu Rap/Hip Hop Terbaik
* Tanya Tuhan (Yonnyboii & Malique)
Lagu Pop Elektronik/Dance Terbaik
* Temberang (Mimifly)
Lagu Tempatan Bahasa Inggeris Terbaik
* O.R.B.I.T (Aisha Retno)
Lagu Tempatan Bahasa Cina Terbaik
* Love Yourself (Yise Loo)
Lagu Tempatan Bahasa India Terbaik
* Pache Maina (Buggimaan)
Kolaborasi Terbaik Oleh Artis Tempatan Dan Artis/Penggubah Antarabangsa
* Siti Nurhaliza (Cenderamata)
Lagu Nasyid Terbaik
* Fitnah Akhir Zaman (Halim Ahmad)
Lagu Etnik Terbaik
* Pelangi Pasti (Marsha Milan)
Lagu Perpaduan Terbaik
* Matahari Malaya (MC Syze & Noh Salleh)
Lagu Tradisional Terbaik
* Pesan Buat Diri (Siti Nurhaliza)
Lagu Borneo Terbaik
* Dayang Bintang (Mawat)
Album Terbaik
* [RE.HAB] (Aisha Retno)
Lagu Terbaik
* Pesanan Buat Diri (Siti Nurhaliza)
Anugerah Khas
Anugerah Sri Wirama
* Ella
Kategori Pra-Anugerah
Lagu Perayaan Terbaik
* Serumpun (Mimifly)
Kulit Album Terbaik
* Misompuru (Marsha Milan)
Rakaman Lagu Terbaik
* Gasoline (Akim & The Majistret)
Rakaman Album Terbaik
* [RE.HAB] (Aisha Retno)
Susunan Muzik Terbaik Di Dalam Lagu
* Nara (Mimifly)
Lagu Paling Tinggu Distrim
* Seni Berdamai Dengan Takdir (Naim Daniel & Adnin Roslan)
Video Muzik Rasmi Paling Banyak Ditonton Di Pelantar Video Utama
* Meriah Lain Macam (Hael Husaini & Nadeera Zaini)
Lagu Dengan Hasil Tertinggi Di TikTok
* Serumpun (Mimifly)