Terkejut MH dengar bila dengar khabar angin yang mengatakan bahawa selebriti, Suzy dan Lee Min Ho sudah kembali bersama dan berpacaran.

Namun, sayang sekali apabila agensi kedua-dua selebriti ini tampil menafikan berita tersebut.

Agensi Suzy Dan Lee Min-ho Nafi Mereka Kembali Bercinta

 

IKLAN

“Tidak benar bahawa [Lee Min-ho] sudah kembali berpacaran dengan Suzy. Khabar angin yang mengatakan bahawa mereka sering ‘dating’ secara senyap-senyap,” tulis agensi Min-ho.

Dalam pada itu, agensi Suzy, JYP Entertainment turut mengeluarkan kenyataan yang sama.

“Selepas berbincang dengan Suzy, kami dapat sahkan bahawa khabar angin tersebut adalah palsu,” tulis mereka pula.

Perkhabaran ini mungkin menyedihkan buat peminat yang berharap agar pasangan ini kembali bersama, tapi dah bukan jodoh mereka kan?

IKLAN

Agensi Suzy Dan Lee Min-ho Nafi Mereka Kembali Bercinta

IKLAN

Pasangan tersebut mula berpacaran pada tahun 2015 dan berpisah pada tahun lalu dengan alasan jadual sibuk. MH perasan juga ramai selebriti yang berpisah sering memberikan alasan kesibukan jadual membuatkan hubungan mereka renggang seterusnya berpisah.

Apa-apapun, MH rasa kedua-dua mereka mempunyai raut wajah yang cantik/ ‘handsome’ jadi tentu tak ada masalah kan kalau nak cari cinta baru?

Sumber: Koreaboo

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI