Pempengaruh dan usahawan, Ahmad Iqbal Zulkefli yang kini bergelar bapa selepas menjaga bayi lelaki, Ahmad Ziyad berkongsi momen indah bersama permata hati buat tatapan pengikutnya di Instagram.

Sambil memuat naik foto kandid bedua, Iqbal turut mencoretkan kapsyen berunsur humor menerusi ruangan kapsyen.

“Cepat-cepatlah Ziyad anak Ayah besar. Agaknya apa reaksi Ziyad apabila besar nanti dia tahu Ayahnya aneh tak sama seperti orang lain?

“Ibu-ibu yang suka beranak tolonglah beranak banyak-banyak bagi saya jaga. Saya janji hari pertama lahir anak Puan diberi makan mewah nasi ayam dan kopi Starbuck,” tulis Iqbal.

IKLAN

Perkongsian yang dilakukannya dua hari lalu itu mencuri perhatian ramai dan ada yang meninggalkan komen masing-masing.

Sementara itu di dalam hantaran berbeza, dia turut dipuji kerana memilih untuk menjaga Ziyad sepenuh hati.

“Ada yang tidak percaya saya jaga sendiri Ahmad Ziyad. Saya tidak bersedia ambil ‘baby sitter’ oleh kerana kurang yakin dan saya mahu Ahmad Ziyad dapat kasih sayang sepenuhnya dari air tangan saya sendiri. Ini kali pertama saya menjaga bayi sepenuh masa seawal lahir dari kandungan.

IKLAN

“Saya faham bagaimana jika kewangan tidak teguh, membesarkan bayi sangat mencabar kerana susu, lampin dan pakaian memerlukan kos yang banyak.

“Waktu tidur saya juga sudah tidak normal. Tahniah kepada ibu-ibu di luar sana, saya kagumi ketabahan dan kehebatan mendewasakan seorang manusia.

“Macam mana komen saya sebagai lelaki bujang apabila menjadi ayah, sudah luluskah untuk kali pertama belajar?,” tulisnya lagi.

IKLAN

Untuk berita hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan, klik di sini.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI