Siapa yang tak marah apabila ada pihak cuba mengambil kesempatan dengan menjalankan perniagaan ‘Online’ menggunakan gambar peribadi tanpa kebenaran dengan tujuan mempromosikan sesuatu jenama.

Begitulah yang dirasai oleh pelakon, Aeril Zafrel apabila ada pihak menggunakan gambarnya dan isteri, Wawa Zainal untuk tujuan publisiti di laman media sosial.

Justeru itu, Aeril membuat kenyataan penafian yang membabitkan dirinya dengan pihak tersebut menerusi laman Facebook miliknya.

IKLAN

Aeril Zafrel Bengang Ada Pihak Guna Gambarnya Dan Isteri

IKLAN

“Pihak ini telah menggunakan gambar saya dan isteri TANPA KEBENARAN untuk tujuan promosi dan perniagaan mereka.

Saya dan isteri juga TIDAK TERLIBAT dalam urusan perniagaan syarikat tersebut. Justeru, kami tidak akan bertanggungjawab bagi segala perkara berbangkit yang berkaitan pihak tersebut,”tulisnya.

Dalam pada itu, dia mengeluarkan kenyataan tersebut bagi mengelakkan ramai orang ‘tertipu’ dengan publisiti tersebut.

IKLAN

“Tujuan hal diwar-warkan bagi mengelak sebarang kemungkinan yang boleh mendatangkan kemuradatan, kerugian dan ketidak-baikan dalam perkara-perkara yang tidak diingini berlaku pada saya dan isteri juga kepada mana-mana pihak lain yang berurusan dengan entiti perniagaan tersebut.

“Pihak pengurusan kami sedang dalam usaha mengambil tindakan undang-undang ke atas pengendali page tersebut kerana keengganan bekerjasama meskipun beberapa kali amaran telah diberikan oleh pihak kami,” tulisnya lagi.

Wah, macam-macam ya sekarang sampai ada yang sanggup menipu demi nak mencari duit. Apa-apapun, MH harap dengan penjelasan Aeril ini, maka orang ramai pun ‘alert’ lah dengan perkara ini.

Sumber: Facebook Aeril Zafrel

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI