Pelakon Aedy Ashraf teruja dan tidak percaya apabila filem terbaharu lakonannya, Kahar: Kapla High Council terus merekodkan pencapaian sukses apabila kini mencecah kutipan sebanyak RM13 juta setakat ini.
Filem arahan Razaisyam Rashid terbitan Astro Shaw bersama beberapa produksi lain itu ditayangkan di pawagam seluruh negara sejak 28 November lalu.
Sukses RM13 Juta!
“Kalian memang ‘amazing’! Tak percaya kita mampu capai box-office RM13 juta, 13 juta kali terima kasih dari kami kepada kalian yang menonton filem kami!
“Kemenangan ini bukan hanya kepada kami, tetapi untuk kalian juga. Dedikasi kami kepada setiap daripada kalian hebat, yang sentiasa memberikan sokongan yang tidak pernah berakhir. Terima kasih.
Ads
“Terus mencintai dan sokong filem tempatakan kita, okay?,” kongsinya.
Dedikasi tersebut dikongsikan Aedy menerusi satu hantaran yang dimuat naik di Instagram, pada Jumaat.
Ramai Memuji Para Pelakon
Selain Aedy, naskhah yang mendapat klasifikasi 18 dari Lembaga Penapis Filem (LPF) turut menampilkan Amir Ahnaf, Fadhli Masoot, Sky Iskandar, Fazziq Muqris, Ayie Khairie, Thompson Goh, Khenobu dan Hasnul Rahmat.
Ads
Meninjau ke ruangan komen, rata-rata peminat memberikan penghargaan sama selain tak kurang yang memuji keberkesanan para barisan pelakonnya yang mampu menjiwai watak dengan baik.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas kejayaan besar dengan penjualan tiket habis terjual pada tahun lalu, SAH Entertainment teruja untuk mengumumkan Konsert Galau anjuran mereka buat kesekian kalinya.
Bagi edisi kali ini, penganjur bakal menampilkan sebuah konsert yang lebih menarik dan bakal mengukir momen tersendiri menerusi Konsert Galau The Finale.
Konsert Galau The Finale akan berlangsung pada 22 Februari 2025 di Arena @ EXPO dan menjanjikan suatu persembahan yang tidak dilupakan apabila ia bakal menyaksikan figura seni hebat dua Indonesia dan Malaysia, bakal membuat persembahan di atas satu pentas.
Menerajui barisan artis yang akan membuat persembahan pada malam itu nanti ialah kumpulan Ungu dan disokong dengan persembahan eksklusif Rossa, Nidji, Fabio Asher, dan Exists.
Menurut Pengarah Urusan Sah Entertainment iaitu Sufi Rashid, konsert yang bakal dianjurkan itu akan mencipta satu lagi detik bersejarah di Singapura.
“Pada Disember 2023, SAH Entertainment sukses mencipta sejarah dengan menganjurkan
Konsert Galau pertama dan terbesar di Singapura.
“Persembahan pada malam itu memang tidak dapat dilupakan, sehingga kebanyakan yang hadir menonton pun ada yang masih mengingati momen-momen ketika konsert berlangsung dan bagi saya itu salah satu perkara yang memberangsangkan.
“Jadi kali ini pihak kami akan tampilkan sekuel yang ditunggu-tunggu dan optimis untuk berikan yang terbaik buat mereka yang hadir untuk Konsert Galau The Finale nanti, Insya-Allah,” katanya.
Sufi pada masa sama menjelaskan, barisan artis yang dipilih untuk Konsert Galau The Finale disusun melalui tinjauan yang dibuat pasukannya menerusi komuniti SAHabats di Telegram.
“Sama seperti tahun lepas, barisan tahun ini disusun rapi dengan bantuan komuniti SAHabats setia kami aplikasi sosial tersebut.
“Melalui tinjauan pendapat interaktif, mereka memilih artis yang paling mereka ingin lihat
beraksi, di atas pentas secara langsung,” jelasnya lagi.
Tiket boleh dibeli melalui laman sesawang SISTIC dan mereka yang berminat digalakkan untuk mendapatkan tiket lebih awal sebelum habis terjual dan segala perkembangan mengenai konsert terbabit boleh diketahui menerusi media sosial rasmi Konsert Galau
The Finale.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi, Adira Suhaimi terpaksa menolak beberapa tawaran kerja pada minggu lepas disebabkan keadaan kesihatannya yang tidak mengizinkan sehingga menyebabkan dia pengsan.
Menurut Adira, dia bersyukur kerana kesemua pihak menganjur faham dengan situasi yang dialaminya itu.
“Saya dimasukkan ke hospital selama lima hari. Banyak juga tawaran yang saya terpaksa batalkan. Namun, pihak penganjur memang betul-betul faham.
“Saya memang betul-betul rebah dan sedar-sedar sahaja berada dalam ambulans,” katanya kepada MH.
Penyanyi lagu Pujaan Hati itu berkata sedemikian ketika ditemui di majlis pengenalan duta dan pelancaran produk terbaharu Elegant Cosmetics, baru-baru ini.
Katanya lagi, ini merupakan kali pertama dia pengsan sehingga terpaksa dikejar ke hospital dengan menaiki ambulans.
“Saya memang ada rasa demam tapi saya ingatkan ia demam biasa sahaja. Sebelum ini, saya pernah lalui demam yang sama. Jadi, saya ingat semuanya okay.
“Saya memang tak jangka sampai boleh pengsan. Alhamdulillah ada abang-abang dan kakak-kakak ipar saya ketika itu. Mereka bertindak pantas untuk hubungi ambulans.
“Saya memang tak pernah pengsan seumur hidup. Jadi, semua orang risau,” katanya lagi.
Jelas Adira lagi, keadaannya kini sudah beransur pulih namun masih lagi dalam pemantauan.
“Doktor kata saya alami tekanan darah rendah, terlalu penat bekerja dan demam. Dahulu saya memang ada tekanan darah rendah tapi dah lama tak kena.
“Sejak mengandung anak pertama sehingga ketiga, tak pernah ada masalah. Jadi, saya memang tak jangka akan berlaku hal seperti ini.
“Alhamduillah keadaan saya ketika ini sudah okay tapi masih perlu dipantau. Ada beberapa temu janji yang saya kena hadir,” kongsinya.
Dalam pada itu, Adira akui dirinya kita harus bijak membahagikan masa diantara kerja dan rehat.
“Kadang-kadang kita ingat diri ini kuat dan boleh buat semua kerja. Bila dah pengsan, mungkin itulah petandanya. Jadi, selepas ini, saya akan lebih berhati-hati dan curi masa untuk berehat.
“Namun, untuk tawaran kerja pada bulan Disember ini, kita telah terima lebih awal. Namun saya akan cuba untuk tidak terlalu penat atau stress.
“Kerja tetap kerja tapi kena juga ada masa untuk diri sendiri. Selama ini, kalau saya cuti sekali pun, saya akan sibuk meluangkan masa bersama anak-anak di rumah kerana itu sahaja masa yang saya ada” akhirinya.
Terdahulu, Adira dan pelakon terkenal, Fattah Amin telah diperkenalkan selaku duta baharu bagi jenama Elegant Cosmetic.
Pada acara sama, Elegant Cosmetic turut melancarkan dua produk baharu iaitu Setting Mist dan Face Mist.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pempengaruh media sosial, Nur Amalina Jasmin mengakui dia pernah berdepan masalah jerawat yang sangat serius dan kulit muka breakout sekali gus menyebabkan keyakinannya berkurangan.
Nur Amalina mula dikenali di media sosial apabila salah satu videonya yang menggayakan busana sebuah jenama menjadi viral di TikTok.
“Saya antara pempengaruh yang mempromosikan pelbagai jenama dalam bidang fesyen dan kecantikan. Video pertama saya, saya pernah kena body shaming.
“Orang cakap saya terlalu konfiden walaupun badan besar. Daripada kritikan yang saya dapat, saya jadikan ia sebagai batu loncatan untuk terus yakin dan beri inspirasi kepada orang.
“Kalau tanya saya sedih ataupun tidak? Semestinya sedih pada awalnya. Namun, saya kena hadap sebab ini pilihan saya untuk tonjolkan diri kepada khalayak umum.
“Konten ‘fyp’ kita tak boleh jangka. Saya perlu jalani kehidupan seperti biasa,” katanya yang turut mengakui akan kepentingan penjagaan kulit wajah demi keyakinan diri.
“Saya percaya, bila seseorang itu sedang berhadapan dengan masalah kulit, ia boleh membuatkan diri rasa stres. Misalnya bila wajah ‘breakout’ saya tak boleh mengenakan solekan.
“Mujur saya buat konten fesyen juga. Kalau ada hari muka saya seperti tak berapa baik, saya akan berhenti buat review produk kecantikan. Saya fokus buat konten fesyen dahulu,” katanya lagi.
Dia pada masa sama tidak kisah berbelanja lebih untuk membeli produk penjagaan kulit.
“Produk untuk menjaga kulit muka selalunya tahan lama. Saya akan berhabis dalam RM200 hingga RM300 sebulan. Kita semua kena jaga penampilan dan perlu tunjuk keyakinan diri.
“Semua orang boleh cantik dan perlu berusaha menjadi cantik,” katanya yang turut menjelaskan keluarga menjadi sumber kekuatannya terhadap apa yang dilakukan ketika ini.
Amalina yang ditemui selepas majlis ‘Pastels Community Get-Together’ di Cyberjaya, baru-baru ini.
Sementara itu, pengasas The Pastels Shop, Sarini Zainal berkata, acara berkenaan diadakan sebagai meraikan pencapaian terbesar pertumbuhan jenama itu.
Selain itu, pihaknya optimis di dalam memperkasakan pengguna melalui pendidikan dan ketelusan dalam penjagaan kulit terutamanya dalam mengetengahkan dua produk terbaik jenama mereka iaitu Invisible Sunscreen dan Bakuchiol Solution.
Invisible Sunscreen, produk yang diformulasi dengan bahan berasaskan air dan mesra wuduk misalnya, sukses meraih populariti luar biasa dan viral di TikTok dengan lebih250,000 ribu unit jualan.
Kejayaan ini mencerminkan pemahaman The Pastels Shop terhadap keperluan penjagaan kulit pengguna Malaysia.
“Selama bertahun-tahun, ramai di antara kita yang menggunakan produk penjagaan kulit yang direka untuk iklim luar negara sehingga mendapati ia terlalu berminyak, mengeringkan atau terlalu berbau.
“Jadi seebagai jenama tempatan, kami menangani cabaran ini dengan menghasilkan produk yang disesuaikan dengan iklim dan cita rasa pengguna dengan harga mampu milik bermula dari RM8.90 hingga RM89,” katanya.
Sebagai graduan kejuruteraan kimia dan biologi dari Korea University, Sarini bertekad untuk mengubah persepsi masyarakat mengenai jenama penjagaan kulit tempatan.
“Kami membina kepercayaan dan keyakinan terhadap keselamatan serta kualiti formulasi kami dan Pastels Community adalah platform media sosial yang menjadi medium saya berkongsi tips kecantikan dan nasihat penjagaan kulit.
“Saya berharap Pastels Community yang terdiri daripada pelbagai latar belakang dan pendidikan ini menjadi pempengaruh dalam menyebarkan ilmu kecantikan dan produk yang selamat kepada masyarakat,” katanya.
Dia pada masa sama turut bercadang menubuhkan The Pastels Shop selain mempelbagaikan aktiviti Pastels Community seperti percubaan produk baharu, lawatan kilang dan makmal serta melibatkan komuniti luar.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Penyanyi Amira Othman menegaskan dia dan suaminya, Fattah Amin, tidak akan menarik laporan yang dibuat kepada Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM) berhubung sebuah akaun media sosial yang didakwa telah lama menyebarkan fitnah terhadap mereka sekeluarga.