Berita

Aedy Ashraf Syukur Sambutan Luar Biasa Tarung: Unforgiven, Kaut RM10.5 Juta Dalam Seminggu! – “Kejayaan Yang Sangat Bermakna.”

Share

Filem aksi tempatan yang sedang hangat menggegarkan pawagam, Tarung: Unforgiven terus mencipta fenomena apabila berjaya meraih kutipan RM10.5 juta selepas seminggu ditayangkan.

Malah, filem terbitan Alpha47 itu turut menduduki tangga pertama carta Top 10 Movie GSC sekali gus mengenepikan beberapa filem antarabangsa lain.

Menurut pengarahnya, Razaisyam Rashid, dia teruja melihat sambutan luar biasa daripada penonton dan berharap momentum tersebut akan terus berkekalan.

“Dari hari pertama tayangan, kami sudah dapat rasa kehangatan dan semangat dari penonton untuk filem ini.

“Harapan saya, semoga Tarung: Unforgiven dapat jadi pemangkin baharu untuk filem aksi tempatan pergi lebih jauh, besar dan berani.

“Kepada yang sudah menonton, terima kasih kerana jadi sebahagian daripada perjalanan ini.

“Buat yang belum menonton, inilah masanya untuk rasai sendiri pengalaman filem ini di pawagam,” katanya dalam kenyataan pada Khamis.

Baca Artikel Lain;

https://www.mediahiburan.my/tarungunforgiven-kena-tumbuk-pun-tak-mengapalah-aedy-ashraf-sanggup-sparing-dengan-zul-ariffin-demi-nak-offer-berlakon/

Aedy Ashraf Hargai Sokongan Penonton

Sementara itu, pelakon yang juga Penerbit Eksekutif Tarung: Unforgiven, Aedy Ashraf menyifatkan kejayaan tersebut sebagai sesuatu yang amat bermakna buat seluruh pasukan Alpha47 yang bertungkus-lumus menghasilkan karya terbaik.

“Kejayaan ini memang sangat bermakna buat seluruh pasukan Alpha47 dan semua yang terlibat dalam pembikinan filem ini.

“Kami hasilkan filem ini dengan penuh dedikasi, pengorbanan dan jiwa. Bila tengok reaksi penonton di pawagam dan video TikTok, hari-hari mereka memberikan respon yang positif,” kongsinya lagi.

Dalam masa sama, Aedy turut merakamkan penghargaan kepada semua pihak yang terus memberikan sokongan terhadap filem tersebut.

“Itu kepuasan terbesar untuk kami. Terima kasih kepada semua yang dah menyokong Tarung: Unforgiven.

“Kepada yang belum sempat menonton, kami nak mengajak anda semua ke pawagam sekarang dan alami sendiri pengalaman sinematik Tarung: Unforgiven” ujarnya.

Tarung: Unforgiven menampilkan barisan pelakon seperti Aedy Ashraf, Mierul Aiman, Zul Ariffin, Bront Palarae, Azira Shafinaz, Sharifah Sakinah, Amir Ahnaf dan ramai lagi.

Filem ini mengisahkan Hatta, lakonan Mierul Aiman, seorang bekas juara silat yang bergelut untuk meneruskan kehidupan normal selepas berdepan tragedi hitam.

Keadaan menjadi semakin rumit apabila kakaknya, Aisha lakonan Sharifah Sakinah, mengalami masalah kesihatan kritikal yang memerlukan rawatan segera dengan kos perubatan tinggi. Situasi tersebut menjadi titik tolak kepada perkembangan konflik yang lebih besar dalam penceritaan filem ini.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik disini

Published by
Aizam Manaf