Nampaknya ramai yang bersedih apabila penyanyi, Adira Suhaimi tersingkir lebih awal. Di ruangan komen Instagram milik Adira dihujani rasa kecewa peminat.

Adira Tersingkir, Suami Tidak Hadir Ke Konsert

Malah, ada antara peminat yang hadir ke Royal Theatre Shah Alam gagal menahan sebak hingga menangis.

Adira Tersingkir, Suami Tidak Hadir Ke Konsert

Sehinggakan ada yang berkata Adira seolah-olah hilang fokus dan mempunyai masalah peribadi sehinga menganggu persembahannya di konsert AF Megastar. 

IKLAN

Bagaimanapun, Adira menafikan kenyataan itu. Sebaliknya, Adira terpaksa akui kesukaran menghafal lirik menggangu dirinya untuk membawa lagu Ikut Rentakku nyanyian asal Jaclyn Victor.

Adira Tersingkir, Suami Tidak Hadir Ke Konsert

“Saya sudah cuba yang terbaik dan orang tidak tahu apa saya lalui disebalik tabir bagi menjayakan persembahan ini tetapi rezeki tidak memihak kepada saya.

 

“Salah saya juga kerana memang terdapat banyak kekurangan terutamanya masalah saya menghafal lirik walaupun ada disediakan monitor,” katanya.

Adira yang mendapat kedudukan kedua terendah sebanyak 29.3 tersingkir bersama seorang lagi peserta, Azhar yang membawakan lagu Dalam Gerimis hanya meraih 17.1 peratus.

IKLAN

Adira Tersingkir, Suami Tidak Hadir Ke Konsert

Dalam masa sama, ditanya mengenai suaminya yang tidak hadir memberi sokongan kepadanya pada konsert malam itu, dia berkata suaminya tidak gemar hadir ke acara hiburan dan dia tidak kisah mengenai perkara itu.

IKLAN

Tambah Adira, bukan bermaksud suaminya Datuk Red tidak menyokong penglibatannya dalam AF Megastar.

Adira Tersingkir, Suami Tidak Hadir Ke Konsert

Sejak dulu lagi dia memang jarang ikut saya jika ada persembahan pentas atau pun menghadiri acara hiburan.

 

“Saya pula memang tidak kisah kerana sebelum berkahwin lagi saya memang sering seorang diri ke mana-mana dan hanya ditemani pengurus atau pun pembantu,” katanya.

Dalam perkembangan lain, Adira berkata akan meneruskan karier seninya walaupun tiada rezeki dalam petandingan ini dan akan sedang merancang mengeluarkan single terbaru.

Sumber : Mstar Online

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI