Wany Hasrita mengakui dirinya percaya rezeki dan positif meski tuah tidak menyebelahinya untuk sekali lagi menggenggam trofi Bintang Paling Popular di Anugerah Bintang Popular BH ke-32 (ABPBH32) baru-baru ini.
Tahun lalu, bintang yang baru sahaja muncul menerusi single duet bersama Datuk Jamal Abdillah berjudul Belenggu Rindu itu dinobatkan sebagai Bintang Paling Popular, mengetepikan calon kegemaran lainnya.
“Menang atau tidak itu adatlah di dalam sesebuah pertandingan. Tahun lalu rezeki saya dan tahun ini rezeki orang lain.
“Mungkin tahun depan rezeki saya balik, kalau tahun ini tidak berjaya ada yang lagi baik untuk saya, insyaAllah.
“Jadi saya percaya Dia ambil sesuatu dari kita untuk berikan yang lebih baik. Saya positif,” katanya yang mengakui dirinya tidak pernah meletakkan harapan tinggi andai dicalonkan menerusi mana-mana anugerah.
Mengulas mengenai kemenangan Mira Filzah yang meraih lebih enam juta undian peminat lalu dijulang sebagai bintang paling popular, Wany menyifatkan selayak bintang berusia 26 tahun itu diberikan pengiktirafan.
“Bagi saya Mira layak atas kemenangannya itu. Akhir-akhir ini pun peminat dapat lihat dia punya banyak naskhah lakonan dan pengacaraan.
“Bagi saya setiap individu tu, Tuhan sudah tetapkan rezeki masing-masing,” jelasnya lagi kepada MH.
Tahun lalu, Wany meraih undian tertinggi menerusi kategori Penyanyi Wanita Popular dengan lebih dua juta undian, mengejutkan ramai apabila menafikan kemaraan pencabar terdekatnya ketika itu, Khai Bahar.
Selepas memuat naik posting perihal masalah rumah tangga yang dihadapi, penyanyi Lufya Omar kemudiannya telah memadam luahan tersebut dan menyifatkan dugaan yang berlaku terlalu berat untuk dihadapi.
Jelasnya lagi, fitnah yang dilemparkan netizen menerusi ruangan komen agak keterlaluan.
“Terima kasih untuk doa dan kasih sayang anda semua kepada lufya. Tekanan yang fya rasakan melampaui kemampuan lufya untuk menyimpan perkara ini sendiri.
“Lufya bertambah sedih apabila membaca komen-komen yg mengundang banyak fitnah terhadap dia dan lufya delete posting smlm untuk ketenteraman semua pihak. Hati wanita ni jika dijaga, dibaja, dan disiram dengan perhatian dan kasih sayang tak mungkin meletop tak tentu pasal.
“Don’t take women for granted. Pls understand us, shower us with love and tenderness. Why is it so hard to do that?? Am i not worthy to be loved? I love my family but i need to be happy to raise my child in a good manner. I want her (Laana Haura) to be happy too. Im just a human not an angel,” luahnya.
Walau bagaimanapun, menjengah ke ruang Instagram suaminya, Che Hafiz pula, tiada sebarang kenyataan diberikan.
Semoga permasalahan ini dapat diselesaikan dengan baik.
Foto : Instagram Lufya
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Bintang media sosial, Nur Hayati Tahir mengimbau kembali video pertamanya yang mula mendapat perhatian ramai.
Mengisahkan perihal si penghutang yang cuba untuk ‘lari’ dari bayar hutang, video tersebut telah menjadi tular pada Julai 2017.
Gadis viral yang berasal dari Besut, Terengganu ini menggunakan loghat unik telah banyak menghasilkan video gurauan tetapi sarat dengan mesej dan dekat dengan kehidupan masyarakat.
“Hutang uuuiii.. Ni ke parody pertama yang angkau semua tengok dulu ui ? Siapa kenal akoo melalui parody ni ? Atau parody sigkenal ? Yom la kita throwback balik er , Herherher.. #hutang #2017 #taekgigi #uuuiii#herherher,” tulisnya.
Memiliki lebih 300,000 pengikut di Instagram, Hayati juga pernah dijemput sebagai tetamu undangan menerusi program Motif Viral.
Selain mendapat pujian, tidak kurang juga yang mengecam, tetapi dia hanya berfikir positif kerana ada komen memberi nasihat yang tidak menjatuhkan dirinya serta tidak menghalangnya untuk terus berkongsi video.
Selebriti dan usahawan, Neelofa menyangkal dakwaan penglibatannya bersama suami, PU Riz dalam program realiti terbaharu, Mualim Muda bakal menjadi tumpuan utama berbanding para peserta yang bertanding.