Masuk minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dan genap tiga Jumaat telah berlalu tanpa Solat Jumaat dilakukan di Malaysia. Akur dengan perintah yang dikeluarkan kerajaan, namun masih ada yang keliru akan hukum tiga kali tanpa Solat Jumaat.
Fakhrul Unic menerusi laman Instagram memberi pencerahan akan kegusaran yang melanda.
Jelasnya, maksud hadis mengenai hukum munafik jatuh ke atas sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.
Namun apa yang berlaku kini kerana ‘uzur’ yang bermaksud penyakit bagi individu dan untuk kemaslahatan umat.
“Ada yang tanya, 3x dah jumaat berturut2 tak boleh buat ni kira jd munafiq ke? .
betul ada hadis tu, tp maksud hadis tu siapa yang tinggal jumaat dengan sengaja. keadaan skrg ni kita dalam “keuzuran” .
“Jom tambah ilmu dgn jawapan menteri agama kita :
“Maksud hadis2 ini adalah meninggalkan dengan sengaja tanpa darurat atau sebarang uzur Syar’ie. Sedangkan isu yang melanda ini juga termasuk dalam bab keuzuran. .
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:
“Maksudnya: “Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak menjawabnya (yakni datang menunaikannya) maka tidak ada solat baginya melainkan kerana uzur. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah keuzuran itu? Baginda menjawab: ketakutan dan sakit.”
“Riwayat Abu Daud (551) dan Ibn Majah (793)
“Perkataan ‘al-maradh’ adalah penyakit bagi individu dan untuk maslahat perseorangan. Akan tetapi dalam isu COVID-19 ini, ia adalah satu wabak penyakit berjangkit. Justeru, ia lebih bersifat maslahah ‘ammah (kemaslahatan umum) yang kita disuruh untuk kuarantin dan duduk di rumah (stay at home), yang perlu lebih lagi diutamakan.
.
Perkara ini juga sudah dibincangkan bersama pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pakar-pakar berkenaan isu ini. Ini selaras dengan satu kaedah yang menyebut:
الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ
“Maksudnya: “Menghukum sesuatu perkara adalah cabang daripada gambaran mengenainya.”
jawapan full di web zulkifilialbakri.com @drzulkifli.albakri .
#stayathome #hapuscovid19,” kongsinya panjang lebar.
Demi menghormati saranan kerajaan yang melaksanakan Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) sebagai usaha memutuskan rantaian wabak koronavirus (COVID-19), penyanyi baru, Fadh Majid, melancarkan single sulung, Bukan Takdirku melalui platform media sosial, Instagram (IG) dan Bigo.
Segmen yang dinamakan Borak Santai Bersama Fadh Majid itu telah dilakukan 27 Mac lalu, berjalan secara serentak diIG dan Bigo Live selama 1 jam bermula dari 8.30 hingga 9.30 malam.
Sementara itu, pada jam 9 malam pula, video lirik lagu berkenaan turut dilancarkan menerusi saluran YouTube Todak Music.
Tidak hanya menjawab pelbagai soalan yang diajukan oleh pengikutnya, Fadh juga sempat berinteraksi secara langsung bersama guru vokal, Cikgu Shafie yang mengajarkannya teknik nyanyian; penyanyi terkenal, Shiha Zikir termasuk rakan media dari unit hiburan.
Positif dan memahami situasi yang berlaku di seluruh dunia ketika ini, Fadh turut menjelaskan dia dan syarikat rakamannya Todak Music, bukannya tidak sensitif apabila meneruskan hasrat untuk melancarkan lagu ini ditengah-tengah masyarakat seluruh dunia berasa terancam dengan wabak COVID-19.
Sebaiknya, tarikh pelancaran lagu tersebut sudah dirancang lebih awal.
“Meskipun dalam keadaan penularan wabak COVID-19 dan PKP, ada sesetengah kerja perlu kita laksanakan. Seperti pelancaran hari ini, tarikh yang dipilih sebenarnya sudah lama dirancang.
“Atas dasar kepekaan dan keprihatian, malahdemi kebaikan bersama, saya dan Todak Music mengambil inisiatif untuk menjadikan platform digital seperti Instagram dan Bigo sebagai landasan utama bagi pelancaran dan promosi single ‘Bukan Takdirku’ sepanjangkita mengharungi krisis wabak Covid19”
“Memandangkan ini saja cara terbaik buat masa sekarang bagi memperkenal dan mempromosikan single saya.
“InsyaAllah apabila keadaan sudah reda nanti, pastinya akan ada sebuah majlisdilakukan,” kata pemilik nama lengkap, Muhammad Fadhlullah Abdul Majid ini.
Sejak krisis COVID-19 juga, bintang ini turut menerima apa juga ketentuan Allah SWT dengan hati yang terbuka.
“Sebagai hambaNya saya sudah berikhtiar, terserah kepada Allah SWT untuk menentukan perjalanan lagu ini. Mungkin berjaya atau sebaliknya, mudah-mudahan nasib berpihak kepada saya kerana saya yakin lagu ini mampu pergi jauh,” akuinya.
Terdahulu, single Bukan Takdirku merupakan hasil nukilan dari Fadh sepenuhnya.
Lagu ini mengisahkan cinta yang terputus di tengah jalan dan bagaimana setiap daripada kita harus meredai sesuatu perpisahan yang terjadi.
“Biasanya bila bercakap mengenai lagu putus cinta, ia diekspresikan dengan rasa benci, kesal, menyalahkan pasangan, dendam dan emosi yang bercampur-baur. Jarang lirik lagu putus cinta mengangkat konteks perpisahan itu sebagai takdir Allah SWT yang harus kita terima dengan hati yang terbuka.
“Ayah saya selalu berpesan, jangan terlalu terbawa-bawa dengan perasaan amarah apabila kita kecundang dalam percintaan dan jangan sesekali berdendam.
“Redakan pemergian insan yang kita kasihi kerana mungkin Allah SWT menjanjikan sesuatu yang lebih baik dalam kehidupan kita yang seterusnya,” kata penyanyi berusia 26 tahun ini lagi.
Pelakon Julia Ziegler berkongsi berita gembira bersama peminatnya menerusi akaun Instagram, beberapa hari lalu.
Julia atau nama penuhnya Julia Bob Fauzi Ziegler memaklumkan bahawa dia kini sedang hamil anak kedua dan difahamkan, usia kandungannya kini mencecah usia tujuh bulan.
Di samping itu, pelakon berusia 35 tahun ini turut berkongsi foto imbasan ‘ultrasound’ kehamilannya bersama peminat.
“Hello #JJbaby2 #30weekspregnant #lovestoryjuliajohan #ivanagonnabeabigsister,” tulisnya pada entri terkait.
Serentak dengan itu, rata-rata rakan selebriti serta peminat menitipkan ucapan tahniah kepada Julia.
Untuk rekod, Julia mendirikan rumah tangga bersama seorang jurutera mekanikal, Johan pada 1 Januari 2017 dan dikurniakan seorang cahaya mata perempuan, Ivana Johan, setahun.
Foto: Instagram Julia Ziegler
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Pereka fesyen terkenal, Rizman Ruzaini memilih untuk menyerahkan kepada proses perundangan apabila namanya terpalit dengan kontroversi melibatkan tuntutan wang berjumlah RM1.3 juta oleh suami...