“3 Kali Dah Jumaat Berturut-Turut Tak Boleh Buat Ni Kira Munafiq Ke,” – Fakhrul Unic Beri Pencerahan

Masuk minggu ketiga Perintah Kawalan Pergerakan dan genap tiga Jumaat telah berlalu tanpa Solat Jumaat dilakukan di Malaysia. Akur dengan perintah yang dikeluarkan kerajaan, namun masih ada yang keliru akan hukum tiga kali tanpa Solat Jumaat.

Fakhrul Unic menerusi laman Instagram memberi pencerahan akan kegusaran yang melanda.

Jelasnya, maksud hadis mengenai hukum munafik jatuh ke atas sesiapa yang meninggalkan solat Jumaat dengan sengaja tanpa sebarang keuzuran.

Namun apa yang berlaku kini kerana ‘uzur’ yang bermaksud penyakit bagi individu dan untuk kemaslahatan umat.

“Ada yang tanya, 3x dah jumaat berturut2 tak boleh buat ni kira jd munafiq ke? .
betul ada hadis tu, tp maksud hadis tu siapa yang tinggal jumaat dengan sengaja. keadaan skrg ni kita dalam “keuzuran” .

“Jom tambah ilmu dgn jawapan menteri agama kita :

IKLAN

“Maksud hadis2 ini adalah meninggalkan dengan sengaja tanpa darurat atau sebarang uzur Syar’ie. Sedangkan isu yang melanda ini juga termasuk dalam bab keuzuran. .
Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda:

مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْهُ فَلَا صَلَاةَ لَهُ إلَّا مِنْ عُذْرٍ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْعُذْرُ ؟ قَالَ : خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ

“Maksudnya: “Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak menjawabnya (yakni datang menunaikannya) maka tidak ada solat baginya melainkan kerana uzur. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah keuzuran itu? Baginda menjawab: ketakutan dan sakit.”

“Riwayat Abu Daud (551) dan Ibn Majah (793)

“Perkataan ‘al-maradh’ adalah penyakit bagi individu dan untuk maslahat perseorangan. Akan tetapi dalam isu COVID-19 ini, ia adalah satu wabak penyakit berjangkit. Justeru, ia lebih bersifat maslahah ‘ammah (kemaslahatan umum) yang kita disuruh untuk kuarantin dan duduk di rumah (stay at home), yang perlu lebih lagi diutamakan.
.
Perkara ini juga sudah dibincangkan bersama pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pakar-pakar berkenaan isu ini. Ini selaras dengan satu kaedah yang menyebut:

الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ

IKLAN

“Maksudnya: “Menghukum sesuatu perkara adalah cabang daripada gambaran mengenainya.”

jawapan full di web zulkifilialbakri.com @drzulkifli.albakri .
#stayathome #hapuscovid19,” kongsinya panjang lebar.

View this post on Instagram

ada yang tanya, 3x dah jumaat berturut2 tak boleh buat ni kira jd munafiq ke? . betul ada hadis tu, tp maksud hadis tu siapa yang tinggal jumaat dengan sengaja. keadaan skrg ni kita dalam “keuzuran” . . jom tambah ilmu dgn jawapan menteri agama kita : . Maksud hadis2 ini adalah meninggalkan dengan sengaja tanpa darurat atau sebarang uzur Syar’ie. Sedangkan isu yang melanda ini juga termasuk dalam bab keuzuran. . Dalam sebuah hadis yang diriwayatkan daripada Ibn Abbas R.Anhuma, bahawa Nabi SAW bersabda: . مَنْ سَمِعَ النِّدَاءَ فَلَمْ يُجِبْهُ فَلَا صَلَاةَ لَهُ إلَّا مِنْ عُذْرٍ ، قَالُوا : يَا رَسُولَ اللَّهِ وَمَا الْعُذْرُ ؟ قَالَ : خَوْفٌ أَوْ مَرَضٌ . Maksudnya: “Barangsiapa yang mendengar azan tetapi dia tidak menjawabnya (yakni datang menunaikannya) maka tidak ada solat baginya melainkan kerana uzur. Mereka (para sahabat) bertanya: Apakah keuzuran itu? Baginda menjawab: ketakutan dan sakit.” . Riwayat Abu Daud (551) dan Ibn Majah (793) . Perkataan ‘al-maradh’ adalah penyakit bagi individu dan untuk maslahat perseorangan. Akan tetapi dalam isu COVID-19 ini, ia adalah satu wabak penyakit berjangkit. Justeru, ia lebih bersifat maslahah ‘ammah (kemaslahatan umum) yang kita disuruh untuk kuarantin dan duduk di rumah (stay at home), yang perlu lebih lagi diutamakan. . Perkara ini juga sudah dibincangkan bersama pihak-pihak seperti Kementerian Kesihatan Malaysia dan juga pakar-pakar berkenaan isu ini. Ini selaras dengan satu kaedah yang menyebut: . الْحُكْمُ عَلَى الشَّيْءِ فَرْعٌ عَنْ تَصَوُّرِهِ . Maksudnya: “Menghukum sesuatu perkara adalah cabang daripada gambaran mengenainya.” . . . jawapan full di web zulkifilialbakri.com @drzulkifli.albakri . #stayathome #hapuscovid19

A post shared by Fakhrul Radhi (@fakhrulunic) on

Foto : Instagram Fakhrul Unic