Penyanyi rap dan usahawan, Caprice mendedah tujuan utama dia menubuhkan sebuah badan bukan kerajaan (NGO), Munafik Hunter adalah membela nasib mangsa-mangsa yang tertindas dek kerana perbuatan jahat.

Menurut Caprice atau nama sebenarnya Ariz Ramli, dia telah terima pelbagai jenis aduan dan kini merupakan waktu terbaik untuk merialisasikan hasratnya itu.

“Adakah Sebab Dia Pelac*r, Layak Diperkosa?,” – ‘Munafik Hunter’ Bantu Tak Kira Status, Caprice Buka Ruang Mangsa Bersuara

“Sejak empat tahun lalu, saya memang berhasrat untuk membuka sebuah NGO. Saya kerap mendapat mesej di media sosial tentang kes pedofilia, rogol, serangan seksual dan macam-macam lagi.

“Namun, selapas ada sesuatu yang berlaku baru-baru ini, ia telah membuatkan saya tergerak hati untuk tubuhkan NGO, Munafik Hunter,” katanya kepada MH.

Caprice berkata demikian ketika ditemui pada majlis pelancaran produk Thor X yang berlangsung di JW Mariot Hotel, Kuala Lumpur pada Rabu.

“Adakah Sebab Dia Pelac*r, Layak Diperkosa?,” – ‘Munafik Hunter’ Bantu Tak Kira Status, Caprice Buka Ruang Mangsa Bersuara

IKLAN

Jelas penyanyi lagu Takdehal Bro ini lagi, dia amat bersimpati dengan nasib mangsa yang terpaksa hidup dalam keadaan trauma kerana tidak diberi peluang untuk bersuara.

“Kebanyakkan kes melibatkan gangguan seksual di Malaysia ini, hal paling susah adalah untuk mencari bukti kerana kebanyakkan kes ini berlaku di sekolah, rumah atau di dalam kereta.

“Ada mangsa yang menghantar mesej kepada saya memberitahu, dia dirogol oleh guru ketika berumur enam tahun dan kini dia sudah berusia 28 tahun dan sudah berkahwin. Dia simpan trauma tersebut betahun-tahun.

“Jadi, ramai mangsa telah berkongsi harapan supaya ada sebuah NGO boleh membela mangsa-mangsa gangguan seksual, rogol dan sebagainya. Itulah permulaan kepada pertubuhan ini,” ujarnya lagi.

IKLAN

Pada masa sama, Caprice turut menyangkal dakwaan segelintir pihak yang mengatakan motif pertubuhannya itu seperti ingin melakukan kerja tuhan.

“Adakah Sebab Dia Pelac*r, Layak Diperkosa?,” – ‘Munafik Hunter’ Bantu Tak Kira Status, Caprice Buka Ruang Mangsa Bersuara

Katanya lagi, dia akan tetap membantu sesiapa sahaja tanpa mengira darjat atau status.

IKLAN

“Orang munafik merupakan manusia yang kononnya berpewatakan baik tetapi melakukan jenayah. Kedudukan mereka di neraka adalah di tempat paling bawah.

“Membela mangsa gangguan seksual bukan bermakna kita buat kerja tuhan. Andai kata kita berjumpa dengan orang fasik yang melakukan kejahatan seperti seorang pelacur, dia datang dan bagitahu, dirinya telah dirogol oleh pemandu teksi.

“Sebagai orang Islam, patutkah kita membantu mereka yang dizalimi atau buat bodoh sahaja? Adakah kita akan cakap disebabkan kamu pelacur, memang patut kamu dirogol?

“Kalau kita ikut pemikiran netizen Malaysia, negara kita akan terus ke belakang jika tiada pemimpin hang berani melawan golongan munafik yang berterabur di Malaysia ini,” akhirinya.

Terdahulu itu, Caprice memaklumkan dirinya telah menerima hampir 5000 permohonan daripada orang untuk menjadi sukarelawan bagi pertubuhannya itu.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI