Sejak semalam nama rapper yang juga merupakan anggota kumpulan K-Clique, MK hangat diperkatakan.
Ia susulan selepas tularnya sebuah video yang memaparkan MK atau nama sebenarnya Muhammad Hairi Amin Hamdan sedang memimpin seorang wanita ketika menghadiri sebuah majlis baru-baru ini.
Video berdurasi hampir 30 saat itu dikongsikan oleh seorang individu di aplikasi Tik Tok.
“Ada yang patah. Bukan kayu tapi hati,” tulis individu tersebut.
MK bersama gadis berkenaan dilihat mengenakan pakaian sedondon serba hitam sewaktu menghadiri majlis tersebut.
Ads
Malah, MK juga dilihat sempat melambaikan tangan buat para tetamu yang hadir.
Menjengah di ruangan komen, rata-rata netizen memberikan reaksi pelbagai selain turut tertanya-tanya siapa gerangan wanita tersebut.
“Sesuai cantik molek. Moga berbahagia.
“Ada yang patah tapi bukan kayu dan hati. Semua patah tengok macam ni.
Ads
“Dah la saya redakan.
“Kalah tanpa bertanding ni.
“Sentiasa tersenyum. Respek dengan MK,” antara komen-komen netizen di Instagram.
Ads
Setakat ini, video tersebut telah pun meraih lebih 2 juta tontonan dan turut dihujani ribuan komen.
Dalam perkembangan lain, MK baru sahaja muncul menerusi filem terbarunya yang berjudul Bunga Dan Kayu yang kini sedang ditayangkan di saluran Astro First.
Selain MK, filem ini juga turut dibintangi pelakon-pelakon ternama tanah air seperti Azira Shafinaz, Zalif Sidek, Yazmin Aziz dan ramai lagi.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
Sumber & Kredit Foto: Sugardoll.finie Instagram MK K- Clique
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!
Selepas filem dialek Negeri Sembilan, Gadis Jolobu The Movie, Syarikat Zebra Studio kini dalam proses menghasilkan filem baharu, JanGo.
Menariknya, naskhah ini mengetengahkan budaya Melayu dan Cina untuk tayangan global yang sekaligus, menjadi filem rentas budaya dalam dwi-bahasa pertama di Malaysia, menggabungkan empat pelakon Melayu dan Cina sebagai pemain watak utama.
JanGo iaitu ringkasan untuk Jangan Goyang ialah produksi usaha sama antara Zebra Studio dari Malaysia dan Times Multimedia Innovation Ltd yang berpangkalan di Hong Kong.
Pengasas dan Penerbit Eksekutif Zebra Studio, Saraleana Nattaya Azmi, berkata idea menghasilkan filem JanGo dicetuskan dua pelakon utamanya, Khir Rahman dan Joey Daud.
“Ketika penggambaran filem Gadis Jolobu The Movie, Khir dan Joey mengetengahkan idea menghasilkan filem JanGo. Saya tanya apa maksud JanGo, ini kerana saya tidak melihat program realiti yang pernah mereka sertai.
“JanGo adalah nama kumpulan Khir, Joey dan Vicha, mereka pernah diangkat sebagai juara dalam program realiti itu. Dari pada situ, datangnya idea menghasilkan filem JanGo.
“Namun, lebih istimewa kami turut menggabungkan pelakon berbangsa Cina. Untuk JanGo 1.0, kami akan fokus di Malaysia, kemudian, Khir dan Joey akan terbang ke Shanghai, China menjalani penggambaran filem JanGo 2.0.
“Sepatutnya, kami perlu ke China terlebih dahulu disebabkan mempunyai pelabur dari China. Namun, kami belum sempat membuat kajian. Jadi kami terpaksa menghasilkan filem JanGo 1.0 di Malaysia,” katanya.
Tambah Saraleana, JanGo juga mengetengahkan beberapa unsur komedi antara budaya Melayu dan Cina di Malaysia.
Malah, pihaknya teruja menjalin kerjasama dengan syarikat produksi Hong Kong kerana projek itu menonjolkan campuran budaya dalam masyarakat berbilang kaum di Malaysia.
“Saya mahu pelakon Malaysia diberi peluang mengetengahkan bakat ke luar negara terutama di Hong Kong dan China.
“JanGo dianggap suatu peluang untuk menarik penonton antarabangsa. Dengan pendekatan ini, ia membolehkan kita mencapai matlamat membawa karya dari Malaysia ke peringkat global,” katanya pada majlis pelancaran filem JanGo, baru-baru ini.
Yang turut hadir, Pengarah Pengeluaran, Syarikat Times Multimedia Innovation Ltd Hong Kong, Tony Leung.
Mengulas tahap keyakinannya untuk menerbitkan filem JanGo 2.0 ketika sambutan terhadap filem sulung masih belum pasti, Saraleana percaya karya komedi mampu diterima baik di mana-mana sahaja.
“Genre filem ini adalah komedi dan aksi. Jadi, ia boleh diterima dengan baik di seluruh dunia.
“Sebelum ini, jika kita tengok komedi di Malaysia, ia membabitkan Melayu sahaja. Sama juga dengan filem komedi Cina.
“Namun, menerusi filem JanGo, kami mahu campuran komedi Melayu dan Cina. Jadi, pelakon Cina yang dipilih dalam filem ini boleh bercakap dalam bahasa Melayu.
“Joey dan Khir akan bertutur bahasa Cina untuk menceritakan bagaimana kita hidup dengan dua kaum ini.
“JanGo seperti filem Rush Hour yang menggabungkan pelakon Cina dan kulit hitam. Jadi, kami yakin filem JanGo boleh diterima dengan baik,” katanya lagi.
Selain Khir dan Joey, filem JanGo turut mengetengahkan pelakon Cina yang popular di Singapura, Zhang Yaodong dan Chris Tong.
Bagi Saraleana, gabungan pelakon memainkan peranan penting untuk membawa filem tempatan ke peringkat global.
Sehubungan itu, dia yakin gabungan empat pelakon terbabit boleh membawa filem JanGo ke peringkat lebih tinggi.
“Kalau hendak bawa karya ke peringkat global, kita tak boleh menggunakan pelakon sama. Perlu campur dan ketengahkan pelbagai pelakon dengan pelakon berpengalaman dan baharu perlu seiring,” katanya.
Bakal diarahkan sutradara berpengalaman, CL Hor, filem JanGo mula menjalani penggambaran di Lembah Klang, sejak beberapa hari lalu.
JanGo mengisahkan dua sahabat karib yang bekerja di ladang durian. Suatu hari, mereka membuat keputusan meninggalkan kampung halaman demi kehidupan lebih baik di kota.
Secara tidak sengaja, mereka ditawarkan dua ketua agensi perisikan untuk menjadi ejen rahsia dan melakukan misi ke China.
“Hari-hari orang tanya sampai saya sendiri tak tahu nak jawab macam mana sebenarnya.” Demikian kata model dan pelakon, Datin Seri Maria Farida apabila berdepan dengan netizen yang sering bertanya mengenai rahsia awet mudanya.
Menurut Maria,53, dia akui tiada merujuk sebarang penjagaan khusus, sebaliknya memilih untuk jalani hidup dengan tenang dan positif selain bersyukur dengan genetik yang dianugerahkan.
“Sebenarnya saya tidaklah menjaga sangat. Cuma saya rasa bertuah kerana mungkin memiliki genetik yang baik daripada keluarga. Jujur saya tidak berapa nak ambil apa-apa misalnya produk anti-aging dan sebagainya.
“Cuma mungkin sebab saya juga tidak merokok. Cuba jaga kesihatan dan selalu jadi seorang yang positif.
“Mungkin saya ‘dapat’ (awet muda) daripada ibu. Umurnya sudah lebih 70 tahun, tapi ramai yang anggap dia muda berbanding usia sebenar,” katanya.
Ditanya mengenai harapan bersempena dengan ulang tahun kelahiran yang disambut Mac lalu, Maria berharap semoga dia sekeluarga dilimpahkan rahmat dariNya.
“Saya hanya mendoakan diri saya sihat sentiasa, tiada apa-apa penyakit yang kronik. Saya harap ahli keluarga saya juga terhindar dari sebarang musibah termasuk Covid-19 dan semoga semuanya menjadi lebih baik, insya-Allah,” katanya.
Menyambut kedatangan 1 Syawal di ibu kota, Maria seperti biasa meraikan lebaran dengan apa adanya, mengenangkan situasi semasa ketika ini.
“Raya kami sekeluarga sederhana sahaja sebab kita tahu, virus Covid-19 masih lagi belum reda. Meski ada kelonggaran itu dan ini, tapi saya jujurnya masih lagi rasa risau. Jadi kami tidak buat rumah terbuka, hanya ahli keluarga sahajalah.
“Masih lagi rasa takut-takut, tak berani nak keluar tanpa hal penting. Alhamdulillah saya masih belum terjangkiti (Covid-19). Cuma sebelum ini suami dan ibu pernah disahkan positif.
“Saya melihat sendiri bagaimana ia berlaku dan itu sesuatu yang sangat merisaukan. Alhamdulillah mereka kini sudah pun sembuh daripada virus berkenaan,” katanya lagi.
Issey Fazlisham memuat naik potret bersama ibunya, Allahyarhamah Asiah Haron, 62, yang meninggal dunia akibat serangan jantung pada Julai 2019 bersempena sambutan Syawal dan Hari Ibu.
Menurut Issey, foto berkenaan yang dikongsikan di Instagram merupakan gambar terakhir arwah ibu yang diambil tiga tahun lalu.
Pelakon dan usahawan, Memey Suhaiza percaya setiap perkara yang berlaku dalam hidup pasti terselit hikmah, meskipun ada kalanya perlu berdepan pelbagai ujian dan cabaran.