Pelakon Eyka Farhana tidak menafikan antara sebab mengapa imej seksinya sering kali diperkatakan adalah kerana mereka sudah terbiasa menonton lakonannya yang sering tampil mengenakan pakaian yang tertutup.

Menurut Eyka atau nama sebenarnya Wan Atiqa Farhana Wan Sarmizi, orang luar seakan lebih tertumpu terhadap dirinya sedangkan imej Eyka sebelum ini pun memang sedemikian.

“Pada saya, seksi ini merupakan perkara yang subjektif. Lagipun daripada dulu lagi orang dah tahu saya begitu. Saya pakai je seluar pendek tapi penerimaan orang luar macam lebih tertumpu kepada saya.

“Ada je artis lain yang lebih seksi tapi orang luar tak berapa perasan sangat. Mungkin mereka dah terbiasa dengan imej saya ketika berlakon yang selalu membawa watak wanita berpakaian tertutup. Jadi, bila saya pakai crop top atau skirt, itu jadi isu kepada mereka,” katanya kepada MH.

IKLAN

Dalam pada itu, pelakon berusia 28 tahun ini juga lebih selesa untuk hanya berdiam diri daripada membalas kritikan netizen susulan imej yang diperkatakan itu.

Bagaimanapun, dia akan tetap mengambil segala kritikan daripada sudut positif.

“Apa yang saya gayakan itu adalah fesyen. Mungkin kalau fesyen saya ini agak keterlaluan, mungkin saya tak pakai lagi dah selepas itu,” katanya lagi.

IKLAN

Sementara itu, pelakon drama Anak Tebing ini juga memaklumkan dirinya kini aktif dalam bidang fesyen dan peragaan. Namun, kerjaya lakonan akan tetap menjadi kutamaannya sampai bila-bila

“Saya berehat daripada dunia lakonan sudah hampir setahun sebab saya nak cuba sesuatu yang baru. Jadi saya ceburkan diri dalam bidang branding, peragaan dan fesyen.

IKLAN

“Bagaimanapun, pada masa yang sama, saya masih akan berlakon juga. Brand dan fesyen juga merupakan minat saya. Begitu juga dengan lakonan. Sekarang ini barulah saya nak kembali semula berlakon,” ujarnya lagi

Baru-baru ini, Eyka telah dikritik hebat netizen gara-gara menjadi salah seorang selebriti tempatan yang menggayakan koleksi pakaian dalam jenama popular antarabangsa.

Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI