Amboi nampaknya Mami atau nama komersial Mas Idayu mengamuk lagi di D’Academy Asia.
Jika sebelum ini Baby Shima menjadi mangsa, kali ini Darling, salah seorang peserta Malaysia turut menjadi mangsa teguran Mas Idayu.
Mas Idayu mempersoalkan adakah peserta tersebut telah mendapatkan latihan secukupnya sebelum melakukan persembahan kerana ada beberapa kesalahan.
Malah, Mas Idayu turut mengingatkan untuk jangan ada sesiapa yang kehadapan untuk memujuk peserta yang ditegurnya itu seperti yang terjadi tempoh lalu.
Dalam masa yang sama, Mas Idayu turut menegur beberapa kesalahan Darling seperti tidak cukup tenaga.
Tambahnya lagi, sewaktu reheasel dia telah mendengar nyanyian Darling dengan baik namun apabila sewaktu persembahan, ia bertukar menjadi sesuatu yang kurang memuaskan.
Sedar dengan apa yang bakal terjadi selepas ini, Mas Idayu memberitahu video yang dirakam ini pasti akan menjadi viral sekali lagi dan besar kemungkinan akan dihentam sekali lagi.
Sungguhpun begitu, Mas Idayu tetap terpaksa menegur setiap kesalahan yang dilakukan peserta terutamanya dari Malaysia.
Mas Idayu juga sempat bertanya pada peserta tersebut adakah ingin meneruskan usaha atau sebaliknya. Jika YA, Darling perlu fokus untuk menimba ilmu.
Sebelum mengakhiri teguran itu. Mas Idayu turut meminta Darling mengambilnya sebagai iktibar dan pengajaran.
Okay tak nak cakap banyak, tonton sendiri video yang dimaksudkan…
Malah MH turut terjumpa sebuah video di mana ada juri lain turut bergaduh dan tidak setuju dengan Mas Idayu.
Amboi nampaknya pertandangan ini semakin panas! Apapun MH percaya setiap teguran itu ada kebaikannya bukan?
Download aplikasi seeNI sekarang!
KLIK DI SEENI