Lebih 20 tahun dalam bidang seni, jelas Siti Nordiana meski sudah kalis dengan kritikan perihal penampilan diri, namun ada kala ia melukakan hati.

Misalnya, bintang ini turut diminta memperbaiki gigi. Bagaimanapun, tambah penyanyi Gurauan Berkasih ini, dia punya sebab kukuh untuk tidak melakukannya.

Dedah Nana, selagi ia tidak memudaratkan, tiada sebab kukuh untuk dia mengubah kurniaan Allah.

Ada juga yang minta saya betulkan gigi. Ia memang melukakan hati dan terasa down. Ada sebab mengapa saya tidak betulkan gigi dengan memakai pendakap gigi. Saya tidak mahu kerana bimbang akan ganggu atau mengubah suara sewaktu menyanyi.

“Gigi ini tidak memudaratkan diri dan saya okay. Harap-harap selepas ini, janganlah ada yang memberi komen sebegitu lagi. Komen yang elok-elok sahaja ya,” jelasnya secara seloroh kepada MH.

Tidak mahu bertoleransi dengan kes melibatkan body shaming anaknya, Rayyan juga sering menjadi mangsa buli di sekolah hanya semata-mata kerana berbadan besar.

IKLAN

“Body shaming merupakan satu perkara yang serius. Ia sudah ketinggalan zaman jadi tolonglah hentikan. Bukan sahaja yang berbadan plus size dikutuk, malah kalau terlalu kurus pun menjadi mangsa.

“Isu ini sudah lapuk kerana individu yang menjadi mangsa body shaming kadang-kadang lebih yakin daripada mereka yang berkata-kata.

“Selalunya orang yang kurang yakin akan mengutuk orang lain supaya dia berasa lebih hebat. Tolonglah hentikan.

“Anak saya sendiri menjadi mangsa kawan-kawan di sekolah. Mereka gelarkan dia ‘gemuk’. Ia tidak bagus. Kita harus menerima hakikat bahawa manusia hidup dalam pelbagai bentuk dan bebas berfesyen.

IKLAN

“Sebagai ibu, saya tidak pernah memanggil dia gemuk. Saya perlu bijak mengendali situasi agar anak tidak terasa dia seperti dipinggirkan.

Saya sendiri pun pernah menjadi mangsa buli. Dulu selepas mendapat anak, berat saya naik dan seringkali orang tegur kenapa berat badan naik. Saya percaya, semua akan sakit hati jika penampilannya dikutuk,” ulasnya yang pernah meminta anaknya untuk kawal pemakanan.

Terdahulu, Nana ditemui pada majlis pelancaran jenama Mis Claire X Siti Nordiana baru-baru ini, di Kuala Lumpur.

IKLAN

Serentak dengan itu, jenama berkenaan melancarkan kempen #KitaMisClaire yang merupakan inisiatif untuk menyokong kumpulan wanita Plus Size.

Ia bertujuan memupuk kesedaran di kalangan orang ramai tentang keburukan body shaming di kalangan masyakat.

Siti Nordiana bekerjasama untuk mendedikasikan koleksi pilihannya dari Mis Claire khas untuk wanita plus size di Malaysia.

Koleksi ini boleh didapati menerusi laman sesawang Mis Claire, butik ataupun di Robinson Kuala Lumpur dengan harga bermula dari RM82.00 sehingga RM120.00.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI