Penyanyi, Marsha Milan merancang untuk mencuba kaedah persenyawaan in-vitro (IVF) hujung tahun ini dalam usaha untuk mendapatkan anak selepas lapan tahun berkahwin.
Menurut Marsha atau nama sebenarnya, Marsha Milan Londoh, dia kini sedang membuat persiapan daripada segi mental dan fizikal sebelum memutuskan untuk membuat keputusan besar tersebut.
“Sebelum ini, setiap tahun saya akan bagitahu nak buat IVF tapi mungkin saya belum bersedia sepenuhnya.
“Namun, saya sudah berbincang dengan suami dan kami mungkin akan cuba pada tahun ini. Kalau tak bersedia juga, kita tangguh lagi,” katanya kepada MH.
Pada masa sama, penyanyi lagu Kembali Terang ini juga memaklumkan dirinya kini giat mencari tahu dengan lebih mendalam tentang rawatan IVF ini.
Ads
“Saya sedang mempersiapkan diri untuk bersedia dan pada masa sama, saya sedang mendalami ilmu IVF. Ramai yang kata perjalanan IVF ini bukan senang.
“Saya juga ada bertanya kepada beberapa kawan yang ada pengalaman. Malah, salah seorang kawan saya ketika ini sedang menjalani rawatan IVF.
“Jadi, saya ada bertanya dan dia juga berkongsi pengalaman. Dia juga masih di fasa awal dan saya nak cari tahu tentang prosedurnya.
“Ada yang kata proses ini menyakitkan dan saya juga rasa sedikit seram. Jadi, saya perlu sedikit waktu untuk bersedia,” ujarnya lagi.
Ads
Katanya lagi, pelbagai aspek yang perlu dipertimbangkan sebelum menjalani prosedur tersebut termasuklah perancangan kerjaya seninya.
“Memang betul. Sebab itu ada banyak aspek yang menyebabkan saya menangguhkan proses IVF. In Sha Allah, kalau tiada halangan, mungkin pada hujung tahun ini,” ulasnya lagi.
Ads
Sementara itu, Marsha juga bersyukur kerana dikurnia suami dan keluarga yang sangat memahami serta menyokong usahanya untuk mendapatkan zuriat.
“Suami saya juga sangat terbuka dalam soal IVF ini. Malah, dia pun tak tedesak untuk ada zuriat. Kadang kala, saya pula yang beriya ajak berbincang.
“Suami pula yang tenang. Katanya, ada rezeki, adalah nanti. Ibu mentua pun ada juga bertanya pada awal tahun lepas. Selepas itu, dia tak tanya lagi dah,” akhirinya.
Sekadar informasi, Marsha mendirikan rumah tangga dengan ahli perniagaan, Mohamed Shaiful Nizam Mohamed Ismail pada 31 Disember 2015.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan. Klik di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan usahawan Abby Abadi terkejut dengan kes jangkitan pandemik Covid-19 di negara ini kian menunjukkan peningkatan.
Malah, bintang ini turut mengingatkan ramai agar sentiasa berada di rumah andai tidak mempunyai urusan penting di luar.
Lebih baik andai masa yang ada diluangkan bersama keluarga selain melakukan aktiviti bermanfaat yang seterusnya dalam membawa kita semua dalam golongan beriman.
“Hari ni 871 kes, Allahu. Lama lagi rasanya PKPB ni sbb sepanjang bulan ni, kes makin hari makin tinggiii.
“Jadi, kalau ada urusan penting baru keluarlah k. Kalau takde, dirumah saja ye. Luangkan masa dgn keluarga, buat perkara2 yg bermanfaat yang memasukkan kita dalam golongan org2 yg beriman k.
“Itulah hikmah PKPB ni sbnrnya,” tulis Abby sambil menitipkan pesanan buat semua, termasuk buat ahli keluarganya.
“Mana yg belum solat, mulalah solat. Mana yg belum tutup aurat cuba belajar2 tutup aurat Mana yg lupa nak jaga ikhtilat belajarlah supaya jauh dari. Mana yg masih leka bermaksiat.
“Masih seronok enjoy2 tanpa ALLAH tanpa ISLAM 24/7 bermuhasabahlah agar sempat bertaubat sebelum terlambat
“Sy mengingatkan lebih utk diri Sy, suami, anak2 Sy, mak ayah Sy, adik beradik Sy, anak beranak Sy, saudara mara Sy. Siapa yg suka.. ambillah juga sebagai peringatan. Yg tak suka abaikan,” tulisnya lagi menerusi Instagram.
Serentak dengan perkongsian berkenaan, rata-rata pengguna media sosial turut meninggalkan reaksi masing-masing.
Foto: Instagram Abby Abadi
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Selamat diijabkabulkan bersama lelaki pilihan hati pada 18 Januari lalu, bintang versatil Elly Mazlein sekali lagi membuatkan para peminatnya teruja apabila berkongsi foto keluarga besarnya di belah pihak suami.
Menerusi Instagram, pelakon utama Kampung People itu gembira dan bersyukur kerana dirinya kini mempunyai famili besar.
Terdahulu, Elly turut berkongsi beberapa fotonya saat diraikan pada majlis sambut menantu di kampung halaman suaminya, Mohamad Azlan Che Nuh di Kuala Krai, Kelantan.
Pelakon Nadzmi Adhwa telah memuat naik sekeping gambar beserta kapsyen sempena ulang tahun perkahwinan ibu bapanya yang ke-30 tahun.
Namun, dalam memberi ucapan buat kedua orang tuanya itu, dia juga ada menyelitkan mengenai status untuk mempunyai isteri.
“Happy 30 Years Anniversary My Dunya and My Jannah.. May Allah always bless you both with health, wealth prosperity and happiness.. My treasure. Nanti angah hadiahkan menantu ya. Eh! Berangan tak salahkan…,” tulisnya.
Dikecam kerana dikatakan berkelakuan kurang sopan di sebuah program televisyen baru-baru ini, usahawan sensasi Liana Rosli atau lebih dikenali sebagai Kak KM, menjelaskan tindakannya itu adalah atas permintaan pihak produksi.