“Actually This Drama Untuk Slot Baru TV3, Tapi…,” – Aprena Manrose Update, Siaran Cukup Derita Itu Diganti Drama Baru, Heronya Masih Hisyam Hamid

Pelakon Aprena Manrose menolak teka-teki yang mendakwa dia kini berbadan dua berhubung perkongsiannya di Instagram sebelum ini.

Sebaliknya, apa yang dimaksudkan Aprena ialah drama terbaru lakonannya,  Hatinya Sedingin Salju bakal ditayangkan di slot Akasia TV3, menggantikan Cukup Derita Itu yang tidak dapat diteruskan tayangan.

Penggambaran drama arahan Along Kamaludin tersebut yang masih berbaki 20 episod tergendala ekoran situasi semasa negara ketika ini.

“My previous post, ramai yang jawab cakap i pregnant. mentang2 lockdown ingat kerja i buat anak je ke??? hahahha kidding.

IKLAN

“Anyway thanks alot for the doa! i wish guys! i wish to have a baby soon! keep doa pls. Amin, but its not that, its about my new drama akan keluar pada 24 Jun ini yang bertajuk #hatimusedinginsalju bersama hero yang tengah hot skrg ni @hisyamhamid7 yang tengah bercinta dgn Lani @ruhainies7 boleh pula dia berpaling tadah dekat kita. hahahhaha.

“So guys, actually this drama untuk slot baru di @tv3malaysia tapi mungkin disebabkan lockdown banyak production shoot yang terpaksa stop kjap jadi mungkin cerita ini dikeluarkan untuk slot Akasia sebab cerita ni memang dah lama habis shoot!

“So jangan risau. Haha i terkejut juga sebenarnya but alhamdulillah rezeki. Jadi kami satu team berharap semua enjoy the show!,” tulisnya.

IKLAN

Aprena pada masa sama turut mengharapkan sokongan semua pihak terhadap drama arahan Bahri Uma ini.

“Yang penting dapat hiburkan korang dengan cerita baru! kami sebagai penghibur akan cuba beri yang terbaik, jadi keep supporting us!

“But jap, korang rasa cerita ni pasal apa? cepat teka. Director @bahriuma, production @orangetreeproduction,” tulisnya lagi.