Tahniah buat pelawak dan pelakon, Zizan Razak yang telah menerima Anugerah Ikon Media Sosial 2017 pada hari rabu yang lalu.

Apa yang menarik, Perdana Menteri Malaysia, Datuk Seri Najib Razak turut memuat naik fotonya bersama Zizan di laman sosial Instagram rasmi miliknya.

Apa yang mencuit hati, selain aksi spontan Zizan yang sempat dirakamkan, Datuk Seri Najib Razak turut menulis kapsyen yang agak mencuit hati mengusik gaya lentok Zizan.

Abang Long Fadil jumpa #DaBoss manja-manja lentok kepala pula. #MSMW2017

A post shared by Najib Razak (@najib_razak) on

IKLAN

“Abang Long Fadil jumpa #DaBoss manja-manja lentok kepala pula.” Tulisnya

Ruangan komen di Instagram Perdana Menteri itu juga dihujani pelbagai reaksi daripada sebahagian pengikutnya di laman sosial yang begitu teruja.

“Abang Long Fadil Lentok Kepala Pula” – Datuk Seri Najib Razak

IKLAN

Perkongsian Datuk Seri Najib Razak telah menerima jumlah likes sebanyak 29,000 setakat ini. Rata-rata memuji sikap sportingnya.

Dalam pada itu, Zizan yang kini mendapat lebih 4 juta pengikut di Instagram turut berterima kasih kepada semua yang telah menyokongnya selama ini.

IKLAN

“Terima kasih kepada malaysia social media chambers @mysmchambers dan MSMW 2017 untuk Award Social Media Icon. Terima kasih juga pada presiden malaysia social media chambers @shahuldawood untuk penghargaan ini.

Sementara itu, PM turut dianugerahkan Anugerah Kepimpinan Global pada majlis anjuran Dewan Sosial Media Malaysia itu.

Setakat ini Najib Razak mempunyai 337,000 pengikut di Instagram, 3.3 juta pengikut di Facebook dan 3.8juta pengikut di Twitter.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI