Malaysia sememangnya kaya dengan pelbagai bangsa dan juga loghat, mana taknya, setiap negeri kan ada dialek masing-masing.

Itulah yang menjadikan Malaysia ini unik, apabila kita jejakkan kaki ke kawasan tertentu…automatik mesti nak belajar cakap loghat negeri itu kan?

Penggunakan loghat atau dialek ini sangat meluas hingga seringkali digunakan dalam sesebuah drama atau filem.

Namun begitu, ada sesetengah drama atau filem ini menggunakan sepenuhnya dialek sesuatu negeri dalam naskhah mereka.

Di sini MH kongsi 8 drama/ filem yang menggunakan dialek!

1.This Is Pilah! (Negeri Sembilan)

Ini Kuala Pilah okay! Bukan Philahdhelphia. Mengisahkan hasrat seorang pemuda di Kuala Pilah yang mahu memperisterikan gadis idamannya tetapi terpaksa berdepan dengan halangan bapa gadis itu kerana berasa dari suku yang sama. Agak-agaknya dapatkah mereka ‘melanggar’ adat untuk bersatu?

8 Drama / Filem Yang Menggunakan Dialek Negeri!

2.Mak Cun (Kedah/Utara)

Drama Mak Cun sememangnya amat menghiburkan apabila menceritakan kisah Mak Cun giat menjalankan perniagaan bedak sejuknya di kampung, namun dia berhadapan dengan persaingan sengit daripada Manisah yang pindah ke kampung dengan memperkenalkan rawatan baharu berupa suntikan kolagen.
Setakat ini, Mak Cun sudah bersiaran hingga musim ke-3.

 

IKLAN

3.Bunohan (Kelantan)

Filem Bunohan merupakan karya daripada pengarah filem Dukun, Dain Said mempunyai jalan cerita yang sangat ‘deep’ berkisarkan budaya, masyarakat dan kekeluargaan.

 

4.Budak Kelantan (Kelantan)

Filem ini bertemakan kisah kehidupan dua orang sahabat lama kelahiran Kelantan di tengah-tengah ibu kota Kuala Lumpur yang jauh berbeza gaya hidupnya berbanding di kampung halamannya, diselitkan unsur-unsur rohaniah di sebalik kehidupan “gedebe” dan realisme yang seolah-olah melampau di ibu kota.

8 Drama / Filem Yang Menggunakan Dialek Negeri!

 

IKLAN

5.Mami Jarum (Pulau Pinang/utara)

Filem arahan Prof Datuk A Razak Mohaideen ini mempopularkan dialek utara dan berkenaan kisah ‘makcik bawang’ zaman dahulu yang suka bergosip dan membawang rakan-rakan mereka.

 

6.Cun! (Kedah/Utara)

Siapa boleh lupa pelakon Remy Ishak cakap Kedah dalam filem ini. Mengisahkan seorang pengacara TV terkenal (Maya Karin) yang membawa diri ke sebuah desa terpencil di Kedah setelah mendapati tunangannya, seorang bintang filem terkenal (Jehan Miskin), bermain kayu tiga dengan seorang pelakon baru (Marsha Londoh).

Di desa tersebut, beliau jatuh hati dengan kehidupan desa yang damai disamping tertarik dengan pemuda desa (Remy Ishak). Pelbagai kisah lucu dan menarik dirakam dalam tempoh tersebut sebelum beliau dijejaki semula oleh penerbitnya (Ning Baizura) dan kembali membawanya ke Kuala Lumpur.

IKLAN

8 Drama / Filem Yang Menggunakan Dialek Negeri!

 

7.Tombiruo (Kadazan Dusun)

Kali ini kita terbang ke Sabah dan mempelajari dialek Kadazan Dusun bersama filem Tombiruo. Mengisahkan Tombiruo yang dikatakan menjaga rimba daripada ancaman para musuh.

 

8.Hantu Kak Limah Balik Rumah (Perak)

Filem bergenrekan komedi seram yang menggunakan sepenunya bahasa Perak mengisahkan orang kampung yang ingatkan bahawa ‘Hantu Kak Limah’ kembali ke rumah menghantui penduduk kampung di situ.

Filem yang sarat dengan mesej kemasyarakatan dan juga bagaimana netizen tidak harus terlalu cepat mempercayai mengenai sesuatu perkara.

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI