Tidak dinafikan, sejak akhir-akhir ini banyak betul drama-drama TV yang sedap untuk ditonton.

Selain memaparkan barisan-barisan selebriti yang hebat, jalan cerita setiap drama ditayangkan juga tidak mengecewakan.

Selain Dendam Arora, Titian Cinta, Raisha dan Duda Pujaan Dara, banyak lagi drama-drama terbaik yang boleh kita tonton.

Nah 7 senarai drama yang boleh korang follow!

1.Dekatkan Jarak Kita

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

Channel: TV3
Hari: Isnin – Rabu
Waktu Siaran: 10 malam
Tarikh Mula Siaran : 21 November 2017

Pelakon: Ayda Jebat, Syafiq Kyle, Azhan Rani, Catriona Ross, Wan Sharmila, Nadia Brian, Raja Hakim, Riena Diana, Emma Akma, Rashid Jaafar, Aishah Atan , Ziyan Ibrahim.

Sinopsis:

Berkisahkan tentang pasangan kembar Tashriq dan Sofea yang terpisah sejak kecil. Namun Sofea yang mempunyai penyakit leukimia telah meninggal dunia kerana mengalami masalah kemurungan, sebelum kematian, Sofea telah mengamanahkan rakan baiknya Alyssa untuk mencari keluarga kandungnya dan menyamar sebagai dirinya.

2.Syurga Yang Kedua

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

Channel: Astro Prima (105) & Maya HD (135)
Hari: Isnin – Jumaat
Waktu Siaran: 6.00 petang
Tarikh Mula Siaran : 12 Disember 2017

Pelakon: Zarul Husin, Fasha Sandha, Elizad Sharifuddin, Nur Qistina Raisah, Doria Rachel Jolly, Beego , Fazlina Ahmad Daud, Dian P Ramlee, Aziza Kazan, Afifah Nasir, Dato Jalaludin Hassan, Fana Azizan.

IKLAN

Sinopsis:

Konflik rumahtangga antara pasangan suami isteri Daniel dan Sabrina yang tidak dikurniakan cahaya mata sehingga menimbulkan perbalahan antara menantu dan ibu mertua hingga menyebabkan si ibu membuat keputusan untuk meminta anak lelakinya berpoligami bersama seorang doktor bernama Vivy.

3.Kerna Syurga Bukan Percuma

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

Channel: Astro Oasis (106) & Maya HD (135)
Hari: Isnin – Rabu
Waktu Siaran: 9.00 malam
Tarikh Mula Siaran : 6 November 2017

Pelakon: Fikry Ibrahim, Elfira Loy, Fendy Bakry, Fadzil Zahari, Syatilla Melvin, Dania Azmi, Fahad Iman, Syafnida Shuhaimi, Azzahra Ahmad, Liza Rafar, Haeriyanto Hassan, Fahmy Reza, Ami Haryani, Zul Helmy.

Sinopsis:

Seorang remaja lelaki yang nakal cuba mencari jalan kedua memperbaiki kehidupannya untuk menjadi seorang yang lebih baik. Tetapi semua itu bukanlah mudah seperti yang disangka.

4.Lelaki Itu Pemilik Hatiku

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

IKLAN

Channel: TV3
Hari: Isnin – Khamis
Waktu Siaran: 7.00 petang
Tarikh Mula Siaran : 31 Oktober 2017

Pelakon: Raja Afiq, Puteri Aishah, Julia Farhana Marin, Syazuwan Hassan, Dilla Ahmad, Fish Fazil, Ariff Aziz, Jaja Iliyes.

Sinopsis:

Luqman Hakimi yang merupakan anak seorang jutawan yang menyahut cabaran calon menantu ibunya untuk memikat hati Nurin gadis yang berkerja disebuah kedai cenderamata untuk mengelakkan diri daripada berkahwin dengan Andrea. Namun seperti biasa, takdir berubah hingga Luqman atau lebih dikenali sebagai Luke berubah hati dan jatuh hati pada gadis ini.

5.My Coffee Prince

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

Channel: Astro RIA (104)
Hari: Isnin – Khamis
Waktu Siaran:10 malam
Tarikh Mula Siaran : 27 November 2017

Pelakon: Fattah Amin, Janna Nick, Fahrin Ahmad, Diana Danielle, Daiyan Trisha, Sean Lee, Zain Hamid, Syafiq Ahmad, Ellie Suriaty, Faez Azemi, Sharifah Shahirah, Jasmin Hamid, Ejoy Azari.

Sinopsis:

IKLAN

seorang gadis bernama Dani yang berperwatakan kasar ala boyish yang ditawarkan berkerja di sebuah cafe dan jatuh cinta dengan pemilik cafe tersebut. Oleh kerana takut kehilangan kerja, Dani tidak mahu memberitahu jantina sebenarnya kerana bimbang jika kehilangan peluang perkerjaan. Dalam masa yang sama, pemilik cafe tersebut telah jatuh cinta dengan Dani dan mula meragui seksualitinya kerana menyangka Dani adalah seorang lelaki.

6.Dia

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

Channel: 103
Hari: Jumaat – Ahad
Waktu Siaran: 9.00 malam
Tarikh Mula Siaran : 14 Oktober 2017

Pelakon: Irwansyah, Janna Nick, Izara Aishah, Adi Putra, Sandrinna Michelle Skornicki, Kevin Andrean, Juliana Moechtar, Aleza Shadan, Zamarul Hisham, Tatiana Sivek

Sinopsis:

Kisah seorang pemuda jujur dan rajin yang terpaksa melaksanakan wasiat arwah bapanya mewarisi empayar pernigaan di Malaysia dan terpaksa berkahwin dengan anak kenalan ayahnya di Malaysia walaupun hakikat sudah punyai kekasih hati.

7.Kalis Kasih

7 Senarai Drama TV Hits Boleh Follow Setiap Hari!

Channel: Tayangan Ekslusif di tonton
Tarikh Mula Siaran : 24 November 2017

Pelakon: Mawar Rashid, Amar Baharin, Gambit Saifullah, Elvina Mohamad, Syazwan Zulkifli, Nadia Aqilah, Ifa Raziah, Hasnul Rahmat.

Sinopsis:

Kerana cemburu seorang gadis bandar bernama Amanda mula mengambil kesempatan atas kebaikan sepupunya yang berkerja sebagai pengasuh anaknya, Dania. Melihat kemesraan antara anaknya dan Dania, pelbagai benda jahat yang dilakukan sehingga menyebabkan berlaku kematian dan sebagainya.

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI