Tol dan Malaysia memang tidak boleh dipisahkan, malah banyak juga pelancong asing yang terkejut apabila melihat lambakan pondok tol di tengah jalan.

Namun sebagai seorang rakyat Malaysia, itu bukanlah sesuatu yang pelik dan aneh. Kita seakan sudah lali dan terbiasa dengan ‘pondok’ ini.

5 Tabiat Pelik Kita Semua Pernah Lakukan Ketika Di Tol, Mana Satu Yang Kerap Dilakukan?

Tetapi dalam banyak-banyak hal, perasan tak sebenarnya kita memang akan lakukan beberapa perkara pelik bila berhadapan dengan tol?

Tak caya? Nah, cuba lihat beberapa list tabiat pelik yang sering kita lakukan bila berada di hadapan palang tol!

 

1. Mengusik dan sengaja ingin buat penjaga tol ketawa

Pernah tak korang atau kawan-kawan korang sengaja sahaja mengusik penjaga tol? Adat lah kan, lagi-lagi bila dalam kereta ada lebih dari 2 orang. Memang menjadi!

IKLAN

Tetapi sebagai penjaga tol, mungkin ini bukanlah kali pertama yang mereka pernah lalui. Pasti macam-macam usikan yang pernah mereka terima. Entah-entah ada pula yang ‘tersangkut’.

 

2. Teragak-agak nak topup berapa…

Pernah tak ketika di tol korang tiba-tiba blank dan blur sekejap nak topup berapa ringgit? Lepastu bila nak keluarkan duit time tu lah pulak tak jumpa duit. Padahal kereta di belakang dah bersusun tunggu giliran.

Tambah stress bila orang belakang dah mula hon-hon. Aduh, padahal kita memang taka da niat pon nak melambatkan proses! Tapi perkara ni mesti kerap terjadi kat siapa-siapa, lepas dah bayar mulalah mengelabah tukar gear D dan terus memandu!

IKLAN

 

3. Lupa Perlahankan Bunyi Radio

Mungkin ada sesetengah penjaga tol akan kata sebegini tetapi percayalah, kadang-kadang kita sebagai pemandu memang tak pernah terlintas atau terfikir untuk perlahankan radio.

Tetapi sebenarnya tindakan ini salah, sebagai seorang penjaga tol sebenarnya mereka lebih suka jika pemandu perlahankan radio sebaik sahaja sampai di pondok tol kerana bimbang jika berlakunya salah faham ketika berkomunikasi.

 

IKLAN

4. Tersalah Aim

Jangan kata perempuan sahaja, lelaki pon adakalanya melakukan kesilapan yang sama apabila ‘tersalah aim’ jarak di antara tingkap kereta dengan tingkap pondok tol.

Situasi ini selalu terjadi kat orang yang menggunakan touch n Go, ada juga yang terlalu dekat sehingga hampir melangar benteng.

 

5. Merungut, Bila Tak boleh Topup…

Baik mengaku, pernahtak korang membebel kepada juru tol apabila mereka kata “maaf topup offline”?

Walaupun kita tahu tidak perlu panik tentang hal ini kerana boleh bayar di exit seterusnya tetapi kita mesti akan membebel pada juru tol kan?

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI