
Perasan atau tidak, fenomena Kpop semakin menular di Malaysia. Sana-sini ada sahaja geng-geng yang ‘gilakan’ muzik kpop ini.
Bukanlah bermaksud ia adalah satu yang perkara tidak baik memandangkan setiap orang ada citarasa mereka masing-masing kan?
Namun, tidak hanya terhad pada netizen,para selebriti juga dilihat ada yang dikatakan ada iras-iras Kpop ini sama ada dari paras rupa ataupun stail mereka.
Apa-apapun, jom lihat artis mana yag dikatakan macam Kpop ini!
- Alvin Chong

Mempunyai raut wajah seakan-akan warga Korea Selatan, Alvin memang sering kali dikaitkan seperti artis Kpop ini.
- Aiman Hakim Ridza

Sebuah foto Aiman sebelum ini dikatakan mempunyai wajah seakan-akan artis Kpop.
- Nazim Othman

Nazim sememangnya diketahui ramai terhadap minatnya kepada Kpop ini Lihat sahajalah dari segi pemakaian, dan stail yang dibawakannya. Kpop habis!
- Sean Lee

Sama seperti Alvin, Sean juga mempunyai raut wajah jambu dan kacak seakan-akan sama dengan orang Korea Selatan.
- Aeril Zafrel

Sebelum ini, Aeril pernah ditahan untuk bergambar semasa bercuti di negara Kpop. Ternyata, orang sana pun mengakui ketampanan Aeril kan?
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi
sekarang!

Pelakon versatil, Fasha Sandha berkongsi bakal melangsungkan pernikahan dengan tunangnya yang juga pelakon, Aidil Aziz, penghujung Mac depan.
Fasha memberitahu MH, majlis nikah dan bersanding akan diadakan di Perlis dan majlis sebelah lelaki berlangsung di Rembau, Negeri Sembilan.
“InsyaAllah kami merancang nikah hujung Mac ini. Majlis diadakan di Perlis atas permintaan ibu saya. Majlis nikah akan dibuat di masjid. Itu perancangannya saja,” katanya ringkas apabila ditanya mengenai persiapan kahwinnya.
Bagaimananpun, ibu kepada dua cahaya mata ini turut mengakui dia masih belum membuat persiapan secara sepenuhnya lagi gara-gara kekangan masa dan komitmen terhadap jadual penggambaran.
“Saya belum buat apa-apa persiapan lagi kerana sibuk dengan kerja hingga tidak terfikir mengenai majlis pernikahan. Berbeza Aidil yang sudah siap membeli kain untuk dibuat baju bagi ahli keluarganya.
“Malah dia juga sudah mulai mengemas rumah keluarganya di Rembau sebagai persediaan. Saya pula belum buat apa pun lagi,” katanya secara berseloroh.
Pada masa sama, Fasha juga memberitahu kerana sibuk, dia sendiri masih belum bertemu dengan perancang perkahwinan untuk berbincang selain belum mempunyai lokasi kahwin untuk majlis nikah dan sandingnya nanti di Perlis.
“Akan tetapi, mama mahu kami dinikahkan di masjid saja, malah majlis di Perlis juga dilakukan juga atas permintaannya juga,” jelas Fasha jujur.
Cuma yang pasti, Fasha memberitahu majlis kahwin di sebelah pihak perempuan mungkin dianjurkan secara sederhana sahaja.
Sementara majlis di pihak lelaki pula akan melibatkan jemputan yang lebih besar, sekitar 5,000 orang. Malah peminat juga mungkin dijemput untuk meraikan.
“Cuma mungkin rakan baik akan hadir di majlis nikah saya nanti di Perlis. Syukur meski agak jauh dari Kuala Lumpur, tetapi sudah ada rakan terdekat yang sudi ke sana, luangkan masa,” kongsi Fasha.
Sementara itu, bintang ini turut memberitahu sebelum ini dia agak ragu-ragu untuk berkongsi lebih mengenai status atau persiapan perkahwinan memandangkan ia belum boleh diputuskan lagi.
“Setiap kali ditanya mengenai tarikh pernikahan, saya takut untuk berkongsi kerana belum muktamad tadi. Tak berani untuk beritahu lebih-lebih.
“Apa pun, saya tidak boleh pentingkan diri kerana Aidil belum pernah melalui pengalaman ke jenjang pelamin. Jadi harap yang terbaik saja buat kami.
Terdahulu, fasha ditemui media di lokasi penggambaran drama Patah Sayap Bertongkat Paruh terbitan Zeel Production di Kapar, Selangor.
Turut sama terlibat di dalam drama rantaian tersebut ialah Datuk Aaron Aziz, Elly Mazlein, dan ramai lagi.
Fasha yang selesa solo selepas tiga tahun berpisah, dia kini bahagia bersama dua permata hatinya Putra Rayfal Ramli, 5 dan Putri Raysha Jemaima, 4 tahun. Terdahulu, Fasha dan Aidil mengikat tali pertunangan 18 November lalu.
A post shared by Fasha Sandha (@fashasandha) on
Foto: Instgram Fasha Sandha
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Pengacara, Iesya Toh baru-baru ini berhadap detik cemas apabila anaknya, Harraz Daiyan melecur selepas terkena air panas.
Berlaku dalam masa yang amat pantas, ibu berusia 36 tahun ini turut berkongsi rasa mengenai apa yang berlaku menerusi Instagram.
A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
“Setiap kali pejam mata terbyg kejadian air panas tu…setiap kali tu laa akan jadi byk ‘KALAU LAAA AKU TAK INI, TAK ITU…’
“Mommy tak kuat tgk awk mcmni. Mommy tak putus doa utk awk berdua, agar dilindungi Allah dari bala, bencana & kemalangan..setiap hari..semua ada hikmah. Allah Maha Mengetahui,” tulisnya.
Pada masa sama, Iesya turut menyatakan rasa terima kasih buat semua yang memberikan kata semangat atas apa yang terjadi.
“Alhamdulilah terima kasih Husband, umi, Mama, Tokmi, aunties, adik2, family & semua sahabat2 yg baik bagi semangat.. Ada kata ‘org yg anak 10 ök je jaga, kau ni mak yg cuai’ ya..
“Sya baca dan tambah sedih! Smpai xnak tgk diri sendiri! Terima kasih krn ‘membantu’.. Tokmi anak 9, ada sorang Uncle Sya pun tkena simbah bubur yg baru masak. Melecur teruk.
“Tokmi kata selalu Tokmi letak kt atas, nak jadi sbb hari tu kt bawah.. semua bersebab yg mana2 Ibu pun xmahu jadi. Harraz Daiyan nangis bile pain killer dah abis.Tolong doakan harraz ya,” pintanya.
Sementara itu, posting yang dimuat naik selebriti itu awal malam tadi turut membuatkan ramai yang bersimpati.
A post shared by Iesya Toh (@iesya_toh) on
“Malam tadi @harraz_daiyan xboleh tido.. die golek2 & merengek je.
“Tiba2 baru perasan die cabut semua jarum dgn tag nama die sekali.. Allahu akhbar.. Nasib baik laa darah tu tak memancut keluar.
“Esok, kul 9am die kena masuk OT balik.. dressing etc.. Mudahan berjalan dgn sempurna hendakNya,” tulis Iesya lagi.
Semoga Harraz kembali sembuh seperti sediakala, moga Iesya sekeluarga juga tabah menghadapi dugaan ini.
Perkembangan anak sulungnya yang kian baik itu turut dikongsi menerusi Instagram kanak-kanak berkenaan.
Foto: Instagram Ieysa Toh
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

Datuk Seri Vida memang dikenali suka meninggalkan komen berunsur gurauan di laman Instagram selebriti Malaysia.
Terbaru, pengasas produk kesihatan ini meninggalkan komen meminta job lakonan daripada pengarah terkenal, Micheal Ang.
“I nak berlakon juga,” tulisnya.
Mengambil komen Vida sebagai gurauan, Micheal dilihat memberikan reaksi lucu.
“Propa aje. Nanti masuk set nak balik la tu la ni la,” tulisnya membalas komen Vida.
Lalu, pengguna media sosial lainnya turut memberikan komen terhadap apa yang dikatakan DSV.
Ada yang tidak bersetuju penyanyi lagu I Am Me ini berlakon. Kata mereka, nanti asyik teringat Cik B pula.
Pada masa sama, ada juga yang menyindir usahawan ini apabila dia meminta job lakonan kononnya, Vida sudah tiada duit.
Aduhai, macam-macam komen yang diberikan. Apa kata korang pula?
Foto : Instagram Micheal Ang
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi sekarang!

