Selalunya kita tengok tajuk drama sekarang ni akan ada profesion seperti Suami ku bomba, pilot, doktor, fotografer dan banyak lagi.

Jarang sekali kita nak dengar cerita berkisarkan anak ‘profesion’ tersebut lebih-lebih mengenai seorang Jeneral kan?

Berikutan itu, satu drama bersiri yang diadaptasi daripada novel tulisan Hezzy Azra mula ditayangkan di Radio Televisyen Malaysia (RTM) TV 2 bermula 24 Januari sebanyak 26 episod.

Di sini MH nak kongsi 4 perkara kenapa drama harus ditonton oleh semua lapisan masyarakat.

4 Sebab Drama Dia Anak Jeneral Best Untuk Ditonton!

1. Adaptasi Novel

Mungkin ramai yang akan skeptikal memandangkan sudah banyak sangat drama adaptasi novel ini tapi seperti yang MH katakan, drama ini berkisarkan anak kepada seorang Jeneral menunjukkan ia berbeza kan?

Mengisahkan Leftenan Jeneral Datuk Hambali dan isterinya, Noriah yang mempunyai 3 orang anak perempuan iaitu Shima, Shida dan Syirin. Dua daripada sudah berkahwin dengan pilihan bapa mereka, maka tinggal lah anak bongsu, Syirin yang turut dipaksa mengikuti jejak langkah kakak-kakaknya.

IKLAN

Konflik bermula apabila Syirin membantah untuk dijodohkan dengan Nukman yang merupakan anak seorang pegawai beruniform. Saat hati Syirin terbuka untuk menerima perkahwinan tersebut, kekasih lama Nukman pula muncul kembali.

Entah bagaimana, Syirin berkenalan pula dengan Zakhif, kontraktor yang bertanggungjawab menyiapkan kerja-kerja pembaikan di rumahnya. Akhirnya dia mengambil keputusan untuk memutuskan pertunangan dengan Nukman dan berkahwin dengan Zakhif.

Ternyata keputusan tersebut mengundang kemarahan ayahnya, Jeneral Hambali. Berjayakan Zakhif untuk ambil hati bakal bapa mertuanya itu?

4 Sebab Drama Dia Anak Jeneral Best Untuk Ditonton!

IKLAN

2. Ada Fattah Amin

Watak utamanya Zakhif akan diterajui oleh Fattah Amin manakala Syirin pula oleh Niena Baharun. Para peminat Fattah mesti ‘excited’ kan?

Sementara itu, antara pelakon lain yang turut membintangi drama ini adalah Datuk Tarmimi Segar sebagai Jeneral Hambali, Aida Khalida sebagai Noriah, Mas Khan sebagai Nukman dan Mimi Ernida sebagai Diara.

4 Sebab Drama Dia Anak Jeneral Best Untuk Ditonton!

IKLAN

3. Jalan Cerita Berbeza

Kalau melihatkan sinopsis tu pun dah boleh agak jalan ceritanya yang berbeza kan? Yalah, selalunya ibu mertua yang tak suka menantu, ini terbalik pula.

MH difahamkan macam-macam terjadi dalam usaha Zakhif nak cuba ambil hati Jeneral yang keras hati itu. Kalau nak tahu apa kenalah tonton tau!

4 Sebab Drama Dia Anak Jeneral Best Untuk Ditonton!

4. Anak Seorang Jeneral/ Pegawai Beruniform Boleh ‘Relate’

MH yakin siapa anak kepada pegawai beruniform memahami bagaimana rasanya ada ayah macam Jeneral Hambali ni kan? Kalau nasib baik sikit mungkin yang tak keras kepala macam beliau.

Waktu siaran drama ini adalah setiap Rabu dan Khamis jam 8.30 malam. Jangan lupa tonton ya!

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI