4 Hero Drama Pujaan Malaya Masa Kini

Peranan seorang hero di dalam setiap drama adalah merupakan sesuatu yang penting untuk menangkap hati penonton.

Ramai artis lelaki yang pernah menjadi hero telah membuat hati penonton cair dengan lakonan mereka.

Jom kita lihat lima hero drama yang menjadi pujaan Malaya.

1. Shukri Yahaya

IKLAN

Walaupun sudah agak lama di dalam industri seni namun nama Shukri Yahaya mula dikenali dan meningkat naik menerusi drama Asam Pedas Untuk Dia pada tahun 2015. Lakonannya yang begitu mantap seringkali membuat hati peminat-peminatnya cair tatkala menonton drama yang dilakonkannya. Shukri juga pernah memenangi anugerah Aktor Pilihan di majlis Anugerah Drama Festival Kuala lumpur ke-4 2017 dan itu merupakan anugerah terbesar buatnya sepanjang berada dalam industri hiburan.

2.Zul Ariffin


Artis berdarah kacukan Melayu dan Belanda ini tidak pernah gagal untuk menambat hati penonton. Watak hero yang sering dibawakannya pasti akan terselit unsur romantik dengan gaya lakonannya yang bersahaja. Zul dilahirkan pada 25 Oktober 1986 di Taiping, Perak dan dia mula bergiat dalam bidang seni ada tahun 2008 dalam drama pertama lakonannya menerusi drama Awan Dania yang menampilkan Scha Alyahya sebagai watak utama drama tersebut. Drama yang telah melonjakkan namanya dalam industri seni adalah menerusi drama Rindu Awak 200% pada tahun 2014 dan telah digandingkan bersama pelakon wanita, Ayda Jebat.

3.Syafiq Kyle


Syafiq Kyle atau nama sebenarnya Mohd Syafiq Shamim bin Abdul Razak telah dilahirkan pada 24 Jun 1992. Dia merupakab bekas finalis Hero Remaja 2011/2012 dan telah mendapat tempat kedua di dalam pertandingan tersebut. Selepas memenangi pertandingan tersebut, namanya mula menjadi pilihan penerbit dan pengarah untuk membintangi drama. Lakonan pertamanya adalah menerusi drama Iparku Diva pada tahun 2011 dan dalam drama Kerana Terpaksa Aku Relakan pada tahun 2014 namanya mula menjadi sebutan masyarakat yang mula meminatinya.

IKLAN

4.Fattah Amin

Juara Hero Remaja 2011/2012, Fattah Amin kini semakin meningkat naik namanya dalam industri seni. Walaupun sering dikecam dengan lakonannya yang diistilahkan sebagai ‘kayu’ namun berkat kesabaran dan kegigihannya untuk terus maju dalam industri telah membuatkan dia semakin berjaya dalam industri. Pelbagai anugerah telah diterima olehnya dan itu sudah cukup untuk membuktikan yang dia memang diminati dan dikenali ramai. Selain menjadi seorang pelakon, Fattah juga sudah mula berjinak-jinak dlaam bidang nyanyian dan single pertamanya adalah Wanita Terakhir.

Jadi dalam ke empat-empat hero di atas yang mana satukah menjadi pilihan anda? Masing-masing mempunyai kelebihan tersendiri dan tidak dapat dinafikan kesemua mereka mampu membuat hati kaum wanita cair dengan lakonan mereka.