Pelakon dan atlet sukan lasak, Mat Redho akui masih trauma dengan insiden menimpa anak lelakinya yang laporkan hilang di perhentian bas Sekolah Kebangsaan Taman Tun Dr Ismail (2) sebelum ditemui selamat selepas tiga jam, baru-baru ini.
Menurut Mat Redho atau nama sebenarnya, Mohd Redha Rozlan dia kini lebih peka tentang persekitaran anak-anaknya lebih-lebih lagi sewaktu berada di luar.
“Sampai sekarang, saya masih lagi trauma. Mata ini selalu peka dan berjaga-jaga sewaktu mereka pergi ke taman permainan dan pusat membeli belah.
“Saya pasang mata walaupun mereka tidak perasan. Itu cara yang saya perbaiki ketika menjaga anak,” katanya kepada MH.
Mat Redho berkata sedemikian ketika ditemui di majlis sidang media program Maskulin Who’s Your Bro di Astro, Bukit Jalil pada Selasa.
Katanya lagi, insiden ini juga telah membuka matanya untuk lebih tahu tentang prosedur pihak polis berkaitan orang hilang yang sebelum ini disalah tafsir.
Ads
“Kita selalu tengok kejadian orang hilang di dalam filem atau drama, senario yang mereka tunjukkan adalah selepas 24 jam baru boleh buat laporan polis.
“Jadi, kita pun terikut. Sebenarnya perkara itu salah. Kalau kita rasa ragu-ragu atau sudah tak nampak anak dalam masa setengah jam, terus pergi ke balai polis.
“Mereka akan buat hebahan dalaman dan polis-polis ini akan mula mencari. Itu yang pihak polis minta saya maklumkan kepada semua juga,” katanya.
Ads
Menceritakan semula mengenai insiden tersebut, Mat Redha akui fikiran bercelaru sepanjang hampir tiga jam anaknya itu hilang.
“15 minit anak hilang dari pandangan ketika di taman permainan pun kita sudah gelabah. Inikan pula hilang tiga jam. Macam-macam perkara saya fikir ketika itu.
“Saya berfikir luar kotak dan mencari anak saya di dalam longkang. Takut terjatuh atau pengsan. Saya juga cari di almari sekolah takut jika ada orang khianat.
Ads
“Saya cari juga di dalam tasik di hadapan sekolah. Saya bukan doa perkara yang tidak baik tapi itu inisiatif saya sendiri,” katanya lagi.
Malah, dia juga turut mengalirkan air mata saat anaknya berjaya ditemui oleh pihak polis.
“Bila jumpa, saya menangis. Sejam lebih hilang pun saya sudah nangis. Dalam masa dua jam itu, macam-macam boleh jadi lebih-lebih lagi pada zaman sekarang.
“Ada yang kerat orang untuk ambil organ. Segala boleh berlaku dalam masa yang pantas. Saya takut dan risau,” katanya.
Pada masa, Mat Redho turut berterima kasih kepada pihak polis yang berjaya menemukan anaknya itu dan pengikutnya di media sosial yang turut sama membantu membuat hebahan.
Untuk berita terkini hiburan dalam dan luar negara. Jangan lupa ikuti kami di Telegram rasmi Media Hiburan di sini.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Tidak dapat dinafikan industri hiburan sangat dekat dengan masyrakat; baik tempatan mahupun antarabangsa.
Bagi korang yang terlepas mengenai dunia hiburan semalam, jangan risau, MH bariskan recap antara paparan yang menarik!
Berikut adalah TOP 5 berita semasa yang paling best!
1. Ranveer Singh dan Deepika Padukone Sudah Berkahwin!
Pelakon popular Bollywood, Ranveer dan Deepika selamat berkahwin pada 14 November di sebuah majlis eksklusif dan tertutup di Lake Como, Italy.
Kedua-dua mereka popular menerusi filem Bajirao Mastan akan mengadakan majlis resepsi pertama pada 21 November depan, khas buat keluarga dan 28 November pula, khusus untuk rakan-rakan artis dan media.
2. Kejutan TokTi Buat Fans Bertuah!
Seorang peminat tegar Tokti, Sofina telah membuatkan dirinya bagaikan dalam mimpi apabila dia teruja kehadiran penyanyi nombor satu negara itu mengetuk pintu rumahnya.
Hal itu berikutan kerana Sofina merupakan antara pengguna bertuah produk kecantikan TokTi.
3. Nadia Nasimnudin Selamat Timang Anak Ketiga, Cantik Namanya…
Tahniah buat Usahawan dan anak kepada pemilik Naza Group of Malaysia, Tan Sri SM Nasimuddin iaitu Nadia Nasimuddin telah selamat melahirkan cahaya mata ketiganya.
Memilih nama Taraa Camila, bayi comel itu kini berada dalam keadaan sihat dan baik.
4. Zarina Anjolie Bengang Individu Ejek Anaknya
Ibu mana yang tidak bengang apabila ada individu yang mengejek dan merendah-rendahkan anaknya.
Itulah yang dialami Zarina apabila seorang pengguna Instagram telah meninggalkan komen serta ‘tag’ namanya berikutan posting yang dimuat naik DS Aliff Syukri mengenai perkembangan anak angkatnya, Qayyum Aliffshah yang mempunyai masalah lewat bercakap.
5. Joe Flizzow Throwback Momen Menang Di AJL29
Rapper terkenal, Jor Flizzow meluahkan rasa bangganya apabila dia muncul sebagai juara dalam Anugerah Juara Lagu 29 (AJL29) menyanyikan lagu Apa Khabar (duet SonaOne).
Memegang tittle Penyanyi Terbaik Asia Tenggara EMA 2018. Joe turut memuji kehebatan Datuk Ramli MS sebagai seorang yang profesional dalam bidang muzik.
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Nampaknya, jenama pakaian Drew yang baru sahaja dilancarkan menimbulkan pelbagai reaksi negatif.
Walaupun koleksi pertama habis dijual dalam tempoh tidak sampai lima hari, namun netizen beranggapan koleksi baju yang memilih tekstur corduroy bersama gandingan logo kuning ‘smiley’ itu sebagai bosan dan lapuk.
Malah, faktor harga yang tidak masuk akal juga antara yang menjadi kritikan.
Netizen turut mempersoalkan sama ada Bieber layak mengeluarkan jenama pakaian sendiri memandangkan langkah itu sudah ketinggalan zaman. Drew diambil sempena nama tengah Bieber, Justin Drew Bieber.
Nampaknya, pengaruh penyanyi Baby ini cukup kuat, hakikat Drew ‘sold out’ dalam hanya beberapa hari tanpa sebarang promosi cukup membuktikan kehebatannya.
Foto : Drew House
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon dan pengacara Mira Filzah ada berkongsi cerita mengenai perjalanan hidupnya sebelum bergelar seorang artis.
Kongsi Mira menerusi Youtube rasmi Michael Ang, Chit Chat with Michael Ang baru-baru ini, dia amat menitiberatkan naskah lakonannya apabila bergandingan bersama pelakon lelaki.
“Sebelum saya terima sesuatu tawaran berlakon, saya akan baca sinopsis. Dari situ, saya tahu jalan penceritaannya,
“Tapi sebagai seorang pelakon, saya juga nak pegang karakter yang berbeza,
“Apa yang penting adalah hubungan komunikasi antara pengarah, dan pelakon (lelaki) untuk berbincang dari segi lakonan, apa yang boleh dan juga sebaliknya,” kata Mira yang seronok dengan kerjayanya kini.
Akui pelakon berusia 26 tahun ini lagi, dia mendedahkan bahawa dia terlibat dengan bidang peragaan sebelum bergelar selebriti.
“Sebelum saya masuk industri ini (hiburan), saya banyak buat photoshoot model Muslimah iaitu pakaian jubah. Jadi mereka (netizen) hanya nampak saya memang dengan imej yang berjubah.
“Tapi realitinya, semasa saya belajar dulu, saya memang sudah mengenakan jeans semasa. Saya sertai kelab kebudayaan, menari sempena makan malam di fakulti saya belajar dahulu.
“Jadi, mereka tidak nampak semua itu, mereka hanya nampak saya dengan pakaian ‘jubah’,” jelas Mira.
Terdahulu, bintang cantik ini turut memaklumkan dirinya sudah pun mengenakan tudung sejak umur 18 tahun.
Bergelar seorang selebriti Muslimah, dia mempunyai had antara lelaki dan perempuan.
“Tambahan pula, kita di negara Islam di Malaysia yang ada batas antara lelaki dan perempuan,
“Peminat dan artis kena ada batas dari segi bergambar, berbual antara lelaki dan perempuan,” akur Mira.
Dalam perkembangan lain, Mira akan bergandingan bersama Zul Ariffin dan Remy Ishak menerusi filem Sangkar yang akan ditayangkan pada 29 Ogos depan.
Video : Youtube
SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi! Download aplikasi seeNI sekarang!
Pelakon Nora Danish mengakui dirinya turut terkesan dengan nasib menimpa pelajar tingkatan satu, Zara Qairina Mahathir yang meninggal dunia selepas didakwa terjatuh dari bangunan di kawasan sekolah.