Kecoh atmosfera hiburan dunia apabila Kylie Jenner bertindak menyembunyi kandungan dan sudah pun bergelar ibu muda sejak beberapa bulan lalu pada usia 21 tahun. Lebih menarik, gambar yang dimuat naik selebriti muda itu berkenaan anaknya di Instagram berjaya menjadi antara gambar yang paling mendapat banyak tanda suka di dunia!

Malah pada masa sama, kakak tirinya pula, Khloe juga sedang menghitung hari menanti kelahiran anak pertamanya bersama pemain basketball, Tristan Thompson.

Umpamanya, apa sahaja yang berlaku terhadap keluarga selebriti popular dunia ini akan menjadi buah mulut ramai, lebih-lebih lagi apabila siri realiti mereka, Keeping Up With The Kardashian’s menyambut ulang tahun ke-10 baru-baru ini.

Jom ketahui apakah antara sebab yang menyebabkan keluarga ini menjadi antara familii yang paling dikenali di dunia!

Terkenal kerana Robert Kardashian

Ini Antara Sebab Mengapa Famili Kardashian Jadi Keluarga Paling Dikenali Di Dunia!

IKLAN

Keluarga ini mulai menempa nama sebagai keluarga selebriti apabila bapa mereka, Robert Kardashian menyertai pasukan penguambela di dalam kes pembunuhan melibatkan pelakon dan ahli sukan popular, O.J Simpson. Liputan meluas yang diberikan terhadap kes berkenaan sekitar awal 90-an lalu turut terpalit kepada ahli keluarga Kardashian yang lainnya. Hingga kini, ia dikenali sebagai antara kes popular ikonik dunia.

‘Drama’ dalam drama

Bagi para peminat siri TV realiti berkenaan, pasti ada yang dapat mengagak bahawa ada sesetengah adegan atau ‘drama’ yang berlaku di dalam keluarga mereka sepeti sudah dirancang atau diadakan-adakan. Sejak ditayangkan sekitar Oktober 2007, pelbagai kisah berlaku, hingga menarik minat netizen untuk mengikutinya daripada musim ke musim. Ibu mereka, Kriss Jenner khabarnya menjadi individu bertangunggjawab di dalam soal ‘menetukan’ apakah drama yang perlu dilakukan anak-anaknya, demi mengaut keuntungan seterusnya mendapat rating tinggi.

IKLAN

Raih pendapatan tertinggi

Ini Antara Sebab Mengapa Famili Kardashian Jadi Keluarga Paling Dikenali Di Dunia!

Seiring dengan rating dan perhatian yang bukan calang-calang terhadap siri TV tersebut, Kim Kardashian dikatakan mendapat bayaran paling tinggi di kalangan adik-beradiknya yang lain untuk tampil di dalam siri berkenaan. Difahamkan, Kim dibayar lebih 10 juta USD untuk tampil di dalam rancangan itu dan amaun berkenaan akan bertambah sekiranya produksi mahukan suaminya, rapper Kanye West untuk tampil di dalam program realiti itu!

IKLAN

Cicin tunang antara termahal

Ini Antara Sebab Mengapa Famili Kardashian Jadi Keluarga Paling Dikenali Di Dunia!

Kim Kardashian mengambil keputusan untuk berkahwin dengan kekasihnya, Kanye West di dalam sebuah majlis tertutup. Bukan hanya majlis eksklusif itu mendapat liputan paparazzi, namun kisah di balik majlis itu juga turut menjadi buah mulut ramai. Antaranya ialah cincin tunang dari Kanye buat Kim yang dikatakan berharga lebih 3 juta USD. Pasangan yang kini sudah dikurniakan tiga cahaya mata ini juga turut diabadikan sebagai penghias muka depan sebuah majalah fesyen terkemuka. Bagaimanapun, tindakan editorial majalah itu yang menampilan mereka sebagai cover lengkap dengan tanda palang #WORLDSMOSTTALKEDABOUTCOUPLE turut mendapat reaksi berbelah bahagi netizen. Ada yang suka dan ada yang sebaliknya…

 

 

SeeNI semua! MEDIA HIBURAN ada gossip hangat nak dikongsi!
Download aplikasi seeNI sekarang!

KLIK DI SEENI