Terukir senyuman kegembiraan bagi pelakon Amyza Aznan apabila namanya diumum sebagai penerima anugerah Pelakon Pembantu Wanita Terbaik Drama di Anugerah Skrin 2019.
Kongsi Amyza, ini merupakan pertama kali dia memenangi anugerah berkenaan setelah hampir 20 tahun bergelar pelakon.
“Kali pertama menang anugerah setelah 20 tahun bergelar pelakon. Saya rasa gembira yang tak terkata,” katanya ringkas.
Menurut Amyza, dirinya tidak pernah meletakkan harapan yang tinggi untuk menang namun rezeki berpihak kepada dirinya.
Ads
Di samping itu, pelakon kelahiran Alor Gajah, Melaka ini meluahkan rasa syukur dan puas atas kemenangan ini.
“Saya tak berharap untuk menang dan tak jangka, tapi bila saya menang ni saya rasa sangat gembira, puas hati.
Ads
“Saya rasa sangat berbaloi selama 20 tahun saya tunggu untuk menang, Alhamdulillah,” katanya lagi.
Pencetus Ummah(PU) Rizz atau nama sebenarnya Muhammad Haris bin Mohd Ismail berkongsi pengalaman istimewa bersama Hafidz Roshdi sewaktu sama-sama menjalani penggambaran di Kota London tidak lama dulu.
Jelas penceramah bebas ini, dia cukup kagum dengan keperibadian pelakon tersebut yang cukup menjaga solat fardhu lima waktu dan tidak pernah meninggalkan solat sunat Dhuha sebanyak 12 rakaat sekiranya berkelapangan.
Lebih mengagumkan, Hafidz turut memasang penggera di telefon bimbit untuk mengejutkannya pada waktu Subuh dengan kata-kata amaran ‘bangun solat’.
Berkongsi detik bahagia mengenakan busana pengantin di Instagram, pelakon Risteena meluahkan kata-kata cinta kepada kekasih hati yang disifatkan sebagai insan istimewa yang cukup memahami dirinya.
Jelas kakak kepada Ruhainies ini, meski usia perkenalan begitu singkat, namun dia sama sekali tidak pernah menyangka lelaki ini cukup sempurna.
“Done fitting. Counting days. Hari bahagia adalah impian setiap wanita. Tetapi kebahagiaan saya bermula setelah awak datang dan mengisi hari-hari saya.
“Kisah cinta saya bermula ketika saya berjumpa dengan seseorang yang terlalu menyintai saya. Di awal perkenalan kami tidak banyak bercakap. Saya tak pernah sangka akan ada seseorang yang akan menyintai saya sebanyak ini.
“Disaat saya menghadapi saat sukar dalam hidup, dia sentiasa ada. Dia seorang yang akan buat apa sahaja untuk happykan saya, setiap permintaan saya, dia cuba tunaikan. Tak pernah merungut. Sentiasa melayan karenah saya.
“Dia seorang yang akan tahu bila saya okay dan bila saya tak okay. Dia tahu apa yang saya suka, apa yang saya tak suka.
“Terlalu cepat dia mengenali saya. Semakin hari dia cuba untuk lebih mengenali saya,” tulisnya.
Jelas wanita berusia 29 tahun ini lagi, di dia juga sangat bertanggungjawab dan bijak mengambil hati keluarga.
“Walaupun pada awal perkenalan kami tidak banyak bercakap tetapi sekarang tidak ada sehari pun kami tak berjumpa. Walaupun habis shooting lewat, sekejap pun dia akan datang untuk jumpa saya.
“We can’t go a day without seeing each other. Benda yang boleh buat dia sedih, bila dia terpaksa jauh dengan saya. How sweet!
“Masa saya accident, dia orang pertama yang sampai walaupun 3 pagi. Masa saya sakit, dia orang yang sentiasa ada dengan saya. Dia jaga family saya. Dia seseorang yang selalu ambil berat pasal family saya, itu buatkan saya jatuh hati,” kongsinya lagi.
Mematrikan lagu Cinta Luar Biasa sebagai kisah perjalanan cinta mereka, jelasnya, dia kini bersedia untuk menjalani hidup bersama.
“Terima kasih, Cinta. Awk selalu cuba untuk tidak sakitkan hati saya, tak boleh tengok saya sedih dan nangis. Kalau saya nangis, awk akan susah hati.
“Jadi, jangan buat saya sedih okay? Jauh lagi perjalanan kita. Jadilah orang yang sama sampai bila-bila.
“Lagu Cinta Luar Biasa akan sentiasa jadi lagu kita. Kerana cinta kita luar biasa. Ini merupakan langkah pertama untuk langkah yang berikutnya. Saya bersedia menjalani hari-hari saya bersama awak. Suka duka bersama awak. Dengan izin Allah,kita mulakan dengan bismillah. To be continued,” jelasnya panjang lebar.
Dalam pada itu, menjengah ke Instagram Isa Khan, lelaki yang dikaitkan dengannya turut berkongsi sekeping video disulami lagu yang sama, Cinta Luar Biasa.
Nazrief Nazri kini bergelar suami kepada model hijab Aizatul Aqma Hamdan dengan sekali lafaz.
Pasangan sama cantik sama padan ini diijabkabulkan di Seavoy House, Titiwangsa, jam 6.10 petang pada Jumaat.
Nazrief yang berusia 28 dan isterinya yang berusia 25 tahun itu selamat dinikahkan jurunikah Masjid Ibnu Sina, Titiwangsa, Saiful Hamizi.
Pengantin lelaki menyerahkan mas kahwin RM80 dan wang hantaran RM15,000 selain menyerahkan tiga dulang hantaran dan berbalas lima daripada pihak perempuan.
Memetik Harian Metro, bekas finalis Hero Remaja itu merakamkan rasa syukur kerana majlis nikahnya berjalan lancar hari ini.
“Alhamdulillah, majlis pernikahan berjalan dengan lancar seperti direncanakan.
“Lebih setahun mengenali hati budi, kami juga sepakat mengakhirinya dengan perkara yang wajib iaitu pernikahan seperti dituntut agama,” katanya seperti yang dipetik.
Sebelum ini, Nazrief juga menghantar rombongan merisik Aizatul pada 30 Jun tahun lalu.